Purple Flowers

Friday 18 November 2011

~ Giler Novel ~

Entah kenapa sejak tiga empat bulan kebelakangan ini rasa kemaruk untuk membaca novel begitu menebal. Dulu kalau baca pun ikut pada keadaan... meaning... ada novel baru baca. And selalunya pinjam dari adik kesayangan. Itu pun masa duduk di KL... and sejak 4 tahun ni dah kembali duduk kat kampung ngan parents... so stock bahan bacaan dah kurang.

Tapi lately ni, kalau tak dapat stock pinjam... pasti akan cuba beli sendiri. Kalau tak dapat beli... e-Novel pun sudah memadai. Begitu kemaruk sekali!

Apakah mungkin kerana novel melayu kini semakin berkembang?

Dulu novel favourite hanya dari Sidney Sheldon dengan John Grisham. Tapi sekarang dah berpaling arah sebab nak baca untuk santai.. untuk rehatkan minda dan malas nak fikir yang berat-berat... esp novel Inggeris. Nak support novelis Melayu pulak!

Novel melayu yang kategori berat dan paling best adalah novel ciptaan Ramlee Awang Murshid (RAM) ... mmg addicted kalau dah mula baca novel-novel beliau. Terasa bagai kita ada sama dalam cerita rekaan beliau itu. Hampir semua novel beliau sudah habis dibaca.. kecuali Pei Pan, Anugerah Pertama, Igauan Maut, Mandatori dan yang terbaru Rayyan Fantasi.

Paling suka koleksi Novel epik Laksamana Sunan.....
Gambar pinjam tanpa izin - kredit to arvnilahazelnut

dan Trilogi Tombiruo.....
 
Yang lain-lain tak tahu macamana nak susun ikut yang paling best... sbb rasa seperti semua setara.  Sehingga kini, novel dari RAM yang terbaru dibaca adalah Mikhail & 9 Nyawa.... and as usual, tidak mengecewakan.

Yang dah dibaca!


Selain dari novel-novel RAM... takde ler yg specific penulis novelnya.  Main baca jer ikut rekomen teman-teman maupun yg ditelek dan dibelek sinopsis muka belakang novel tersebut.  So far amat berpuas hati dengan few novels ni walaupun jalan ceritanya a bit cliche.... seperti Adam & Hawa, M.A.I.D, AD & IZ and few others. Latar ceritanya hero mesti kacak dan kaya sesangat... heroin lak so and so jer... pehtu kahwin terpaksa (walaupun suka!) then asing tempat tidur sebab tak sure hati masing-masing.. bla..bla.. bla...

Novel yang lain sikit penceritaannya dari yg disebutkan diatas dan best sesangat ...  Novel Doktor Cinta.  Memula baca novel ni dekat penulisan2u.com... tapi hanya setakat bab 27... lepas tu penulis suruh beli novel!!! Novel ni best sebab semua konflik dah settle baru hero dan heroin disatukan... For me, memang tak rugi untuk memiliki novel ni... bermacam-macam rasa ada dalam novel ni. Satisfaction...

Ni satu lagi novel... dibaca dengan keadaan adrenaline yang tak berapa nak stabil... hehehee... bila dah start membacanya...  rasa tak boleh nak stop... kena habiskan juga, kalau tak... buat apa pun tak tenteram, asyik teringatkan novel ini aja. Lafazkan Kalimah Cintamu - memang puas membacanya. In fact rasa macam nak ulang baca lagi ni...






Tuesday 15 November 2011

~ EMOSI ~



Hujan di luar tidak renyai
Di jendela ku termenung santai
Tiba-tiba hati terasa damai
Setelah sekian lama dilanda badai
Namun keresahan mula mengintai
Kenangan lama mula melambai
Membuatkan emosi terbuai-buai
Mengenangkan nasib diri yang terabai
Hidup dilalui dengan lemah longlai
Terkenangkan hati yang hancur berkecai
Diri pula terbiar tersadai
Bagaikan ombak menghempas pantai
Setiap yang berlaku pasti ada nilai
Keindahan kehidupan harus dicapai
Angan-angan mula datang membelai
Dengan lembut beralun gemalai
Membuka harapan yang kian lunyai
Peluang kedua harus digapai
Tidak semestinya jadi mempelai
Kerna ianya akan tambah mamai
Jangan diimpikan jari diinai
Kelak diri tergantung di ampai
 Akhirnya kian terkulai
Terbaring lesu di lantai
Menantikan jawapan yang tak sampai-sampai
...