Purple Flowers

Tuesday 24 September 2013

~ Kasih Bertamu {Bab 16}

Bahirah meletakkan tas tangan juga kunci keretanya di atas meja. Telefon bimbit diambil dan dihidupkan semula.  Sejak dari tengahari dia mematikan telefon bimbitnya. Ada tiga SMS masuk.  Bahirah menekan butang SMS. Nasriq! Telefon dicampakkan di atas katil.

Bahirah kemudian menghempaskan tubuhnya di katil. Letih sungguh dia. Maklum lah sedari pagi dia keluar hingga lewat malam baru balik rumah. Badan terasa letih tapi minda terasa ringan. Hati juga terlalu happy dengan apa yang dia ketahui dan temui hari ini.

Masih teringat akan pujukan Puan Sri Badariah yang dipanggil umi itu, untuk dia bermalam di rumah agam mereka. Bahirah terpaksa menolaknya. Masih terlalu awal. Dia masih segan. Bahirah perlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru ini.

Sepupu-sepupunya yang baru dikenali, cukup baik dan berperibadi mulia. Dengan mudah mereka dapat menerima kehadiran Bahirah dalam  keluarga mereka. Sedar tak sedar, kini dia memiliki seorang ibu, dua orang abang dan seorang adik perempuan yang dimpi-impikan selama ini.  Namun, Bahirah masih keliru dengan Irwan Shah. Renungan dan layanan dia lain dari adik-adiknya. Bahirah sendiri tak tahu macamana nak tafsirkan apa yang dia rasa.  Setiap kali mata mereka bertentangan, Bahirah rasa lain sangat. Mungkinkah kerana Irwan Shah kurang berbual dengannya? Irwan Shah lebih banyak memerhati dari berkata-kata. Tidak seperti Irfan Shahn yang begitu peramah dan membuatkan Bahirah senang bila berbual dengan Irfan Shah. Memang tidak dinafikan, kedua-dua sepupunya ini tampan orangnya. Bahirah perasan akan itu. Namun bagi Bahirah, Irfan Shah lebih tampan sedikit dari Irwan Shah.

Setelah bergolek-golek ke kiri ke kanan atas katil, Bahirah lantas menarik tubuhnya turun dari katil. Sambil melangkah longlai ke almari, dia mencapai tuala dan kain batik. Di bibir kedengaran dendangan kecil dari Bahirah sambil kaki melangkah ke kamar mandi.

Setelah selesai menyegarkan badan, Bahirah ke dapur. Cerek air dicapai. Air diisikan ke dalam cerek. Setelah itu dinaikkan atas dapur, dan api dipasang.  Sementara menantikan air masak, Bahirah duduk di meja dapur. Duduk termenung sambil mengulang kembali segala apa yang berlaku tengahari tadi. Memang dia tidak menyangka yang dia ada keluarga. Rasa seperti bermimpi pulak. Apatah lagi bila dia diberitahu yang dia kini ada harta.

“Ada harta???” Bahirah menegakkan badannya tiba-tiba. Bagai terkena renjatan elektrik. Dia tersedar akan sesuatu.

Pantas Bahirah meninggalkan dapur dan menuju ke kamar nya.  Mata melilau mencari. Jari runcingnya menari-nari di dagu.  Bahirah cuba berfikir dimana dia letak benda tu? Oh ya… jari dipetik.  Bahirah lantas mencapai tas tangannya. Yang dicari sudah ditemui. Bahirah segera membuka sampul yang diberikan oleh Haji Talib padanya tadi.  Dengan senyum lebar, dia melabuhkan punggungnya di birai katil.

Belum sempat kandungan sampul dikeluarkan, kedengaran cerek sudah menjerit-jerit minta diangkat. Dengan sampul masih di tangan, Bahirah segera ke dapur. Sebaik api dipadam, Bahirah terus duduk di kerusi dapur. Tak sabar ingin mengetahui apa isi di dalam sampul tersebut. Semasa di pejabat Haji Talib, Bahirah segan untuk membuka sampul tersebut. Dia tidak mahu kelihatan sebagai seorang yang gelojoh apatah lagi di hadapan keluarga yang baru ditemuinya.

Sebaik isi sampul dikeluarkan, Bahirah dapati ada dua buku akaun dari bank yang berbeza. Kedua-duanya atas nama dia sendiri. Terbeliak mata Bahirah tatkala melihat jumlah angka yang tertera di dalam kedua-dua buku tersebut. Terlepas buku-buku itu dari pegangan Bahirah. Tergamam dia di situ.

“Ya Allah… betul kah apa yang aku lihat ni?”

Diambil kembali buku-buku bank tersebut. Mulut masih ternganga. Mata masih terbeliak. Nasib baik di rumah itu tiada orang lain. Kalau tak mesti kecoh.

Setelah beristighfar berkali-kali sambil mengurut dadanya, akhirnya Bahirah bangun dan terus ke kabinet dapur. Bahirah ingin minum minuman panas untuk menghilangkan gemuruh yang datang. Tin milo dicapai. Susu pekat di peti sejuk diambil. Semuanya dimasukkan ke dalam mug dan akhir sekali air panas dituang. Tangan ligat mengacau bancuhan dengan sudu. Pergerakan Bahirah tak ubah seperti robot.  Apa yang dilakukan tidak seiring dengan apa yang difikir.  Fikiran seperti kosong. Blank!

Bahirah membawa mug yang berisi bancuhan milo ke meja. Mata masih tidak beralih pandang dari buku-buku bank yang terbuka di atas meja itu. Dengan mata yang terpejam, Bahirah menyuakan mug ke bibir. Dihirupnya perlahan. Terasa segar badan tatkala milo panas masuk dan mengalir ke dalam. Barulah Bahirah dapat melepaskan nafas yang dirasakan sudah tersekat dari tadi.

“Mak datuk! Aku kaya rupanya…. Syukur Ya Allah… syukur Alhamdullillah,” itu yang terluah akhirnya setelah sekian lama terpana dengan apa yang tercatit di dalam buku-buku bank tersebut. Bahirah menadah tangan dan menyapunya ke muka.

Ya…. Bahirah kini boleh digelar jutawan. Hasil simpanan dari saham Badshah Holdings selama lebih 20 tahun telah benar-benar menjadikan Bahirah jutawan. Tapi kenapa hatinya tidak berapa gembira? Kenapa dia rasakan seperti ada yang tak kena? Apakah kerana dia rasakan bahawa dia tak layak untuk memiliki wang sebanyak ini. Selama ini pun dia tak pernah terlibat dengan Badshah Holdings. Malah abahnya juga hanya terlibat semasa peringkat awal penubuhan Badshah Holdings itupun atas nama Badshah Sdn Bhd. Bahirah rasakan dia tak patut terima wang sebanyak ini. Dia mesti lakukan sesuatu.

Bahirah lantas mencapai telefon bimbitnya. Nombor Haji Talib segera ditekan.  Seketika kemudian terdengar suara Haji Talib di talian.

“Assalamualaikum uncle,” Bahirah memberi salam.

“Waalaikumsalam Irah. Anything dear?” Haji Talib sedikit kehairanan.  Baru tadi mereka jumpa sekarang Bahirah call pula.

“Maaf uncle! Ganggu uncle malam-malam ni.  Irah ada hal nak bincang dengan uncle.  Sementara tengah ingat ni, baik Irah cakap terus dekat uncle,” ujar Bahirah.

“OK.. shoot,” Haji Talib membalas rengkas.

“Begini uncle. Irah ingat Irah nak buka satu tabung biasiswa untuk anak-anak cemerlang dari Rumah Anak-Anak Yatim Darul Hikmah. Setiap tahun kita beri biasiswa pada tiga orang pelajar yang paling cemerlang. Tak perlu lah diorang nak apply mana-mana bantuan kalau dah ada biasiswa seperti ini.  Wang untuk tabung tu permulaan Irah akan masukkan RM 100,000.  Nanti tiap-tiap bulan Irah akan masukkan RM10,000. Uncle fikir macamana, ok tak?” Bahirah menyatakan rancangan yang sedang ligat bermain di fikirannya.

Tidak terdengar jawapan dari Haji Talib.  Senyap saja di balik sana.

“Uncle?  Are you there?” Bahirah memanggil Haji Talib.

“Uncle ada ni.” Terdengar satu keluhan dilepaskan. “Uncle terharu sangat.  I just don’t know what to say. Tapi macam ni lah. Uncle setuju sangat dengan plan Irah ni.  Benda baik takkan uncle nak bantah.  Apa kata, bila Irah ada masa or bila kita ada masa, we set the time. Kita duduk dan berbincang bersama.  Uncle akan tolong Irah untuk menguruskan semua ini,”

“Betul uncle?” suara Bahirah agak tinggi sedikit.  Excited punya pasal. “Betul uncle boleh tolong Irah?” tanya Bahirah lagi untuk kepastian.

“Sudah tentu sayang.  Kalau boleh uncle nak join sekali,” Haji Talib memberi jaminan.

“Alhamdullillah. Syukur Ya Allah!”  Bahirah benar-benar gembira.  Sesuatu yang diimpikan, tapi tak pernah terfikir akan menjadi kenyataan, kini bakal menjadi realiti.

“Sebelum tu uncle.  Nanti Irah nak bagi RM50,000 untuk Rumah Anak-Anak Yatim tu. Boleh  tak uncle tolong sampaikan? Tapi janji jangan bagitahu siapa yang beri duit ni,”

“Boleh saja Irah. Boleh saja. Uncle sangat-sangat berbangga dengan Irah.  Dan uncle pasti abah dan ibu Irah jua gembira di Sana.  Moga dengan apa yang Irah buat ini dapat meringankan beban mereka di Sana,” tanpa Bahirah sedar, Haji Talib menuturkan bicara ini dengan airmata mengalir di pipi tuanya.

“Kalau macam tu, nanti bila kita jumpa, kita bincang lagi yer uncle.  Hopefully soonest possible,”

“Insyaallah.  Nanti kalau uncle ada kelapangan uncle call Irah and we set one appointment, ok?”

“OK Uncle. Thanks again.  Selamat malam uncle. Assalamualaikum,”

“Waalaikumusalam Irah. Sweet dream!” selepas mendengar salamnya disambut, Bahirah mematikan talian.  Dia merenung telefon bimbitnya dengan senyum lebar.  Telefon bimbitnya dicampakkan di atas sofa di ruang tamu. Dia melangkah semula ke dapur.

Tiba-tiba lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan berkumandang dan menyebabkan Bahirah terperanjat. Telefon bimbitnya!

Kelam kabut Bahirah lari ke ruang tamunya semula.  Bahirah mencapai telefonnya dan terus menjawab panggilan tanpa melihat siapa pemanggilnya.

“Hello… Assalamualaikum.”

“Waalaikumusalam… Cik Bahirah?” satu suara garau kedengaran dari sebelah sana. Bahirah memandang pada skrin telefonnya. Nombor yang tidak dikenali. Siapa pulak ni?

“Ya saya… siapa sana?”

“Dah tak kenal suara saya? Baru saja kita bertemu pagi tadi…”

Berkerut dahi Bahirah cuba memikirkan siapa gerangan yang menelefonnya malam-malam buta begini. Siapa dia jumpa pagi tadi? Bahirah cuba mengingatinya semula.

“Oh ya… encik ni.. encik…,” apa pulak nama mamat ni, getus hati Bahirah. “En Ali Hadi?” nasib baik teringat. Nanti orang kata tak kenang budi pulak. Apatah lagi setelah sidia ni menyelamatkan nyawanya pagi tadi.

“Ya saya Cik Bahirah… ingat pun awak!  But, just call me Hadi saja,” ceria kedengaran suara di sebelah sana. “Cik Bahirah tak tidur lagi ker?” sambung Ali Hadi.

“Baru nak masuk tidur ni En Hadi,” jawab Bahirah

“Selalu memang lambat ker Cik Bahirah tidur?” Ali Hadi bertanya lagi, sekadar untuk memanjangkan perbualan.

“Tidak juga. Tadi ada hal and saya pun baru balik.”

“Sekarang macamana… masih pening-pening?”

“Saya dah OK dah.. Alhamdullillah,” ambil berat juga mamat ni. Terharu.

“Saya harap saya tidak menganggu awak. Tadi saya cuba call tapi tak dapat. Ini pun saja try my luck. Nasib baik dapat. Lucky indeed!”

“Sorry… I  just on my phone back. Emmm… ada apa-apa En Hadi cari saya?” Bahirah bertanya.

“Perlu ke ada apa-apa baru boleh call awak?” soalan dibalas dengan soalan pula!

“Bukan macam tu. Ni dah lewat malam ni. Pasti ada yang mustahak kan? Or else esok kan masih ada,”

“Hahaha… maaf kan saya. Tak perasan dah larut malam. Just nak tanya tentang rain check yang dijanjikan pagi tadi,”  balas Ali Hadi, mengusik.

“I tell you what En Hadi. Since awak dah call ni, so your number saya akan simpan. Bila saya ada masa, saya akan call En Hadi. Esok saya agak busy. Saya harap En Hadi tak kesah. Janganlah En Hadi risau, saya tidak akan lupa janji yang sudah saya buat. Insyaallah,” suara Bahirah kedengaran tenang.

“Kalau itu yang Cik Bahirah mahukan… saya turutkan saja. Bukannya saya nak tuntut janji pagi tadi. Saya hanya ingin bertemu lagi dengan Cik Bahirah, itu aje,” Ali Hadi berterus terang sudahnya.

“Insyaallah En Hadi… Insyaallah… kalau tiada aral kita pastikan bertemu lagi,”

“Terima kasih Cik Bahirah. Maaf saya mengganggu. Nanti kita jumpa ya?”

“Insyaallah En Hadi… terima kasih juga kerana sudi call saya. Assalamualaikum,” Bahirah ingin menamatkan perbualan. Mata dia dah berat sangat.

“Waalaikumusalam… Good night,” talian terus diputuskan.  


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


“Umi… umi sayangkan kak Irah ya?” Shalin Zara bertanyakan Puan Sri Badariah. Kedua anak-beranak ini sedang santai di atas katil Puan Sri Badariah.  Shalin Zara sengaja datang ke bilik uminya untuk bertanyakan hal Bahirah dengan lebih lanjut.

Puan Sri Badariah menoleh. Shalin Zara dipandang. “Kenapa adik tanya camtu?”

“Nothing ler umi. It’s just that masa kat pejabat uncle Talib tadi, adik tengok umi excited sangat bila dapat tahu yang kak Irah datang. Umi terus meluru keluar. Lepas tu adik  tengok umi menangis bila umi mengadap kak Irah yang tengah baring,” terang Shalin Zara.

Puan Sri Badariah melepaskan keluhan. Nafas ditarik semula. Rambut Shalin Zara diurut dan dibelai dengan penuh kasih sayang.

“Umi sayangkan kak Irah adik tu. Sejak dia berusia empat hari dan selama empat tahun umi yang menjaga dan membelanya sebelum abang umi mengambilnya dari umi. Umi terkilan sangat bila umi terpaksa meninggalkan kak Irah  dekat rumah anak-anak yatim tu.  Walid pun rasa tersiksa sangat. Berhari umi lihat walid termenung sahaja. Umi sendiri menangis hari-hari. Sehinggalah umi disahkan mengandung lagi. Mengandungkan adik.” Puan Sri Badariah berhenti sebentar. Pandangan kosong dilemparkan ke sudut bilik. Nafas ditarik dan dihembuskan semula.

“Umi berhenti menangis bukan sebab umi dah tak ingatkan Bahirah tu, tapi sebab umi tak nak anak dalam kandungan umi jadi pemurung. Umi kena kuat demi walid dan anak-anak umi yang umi sayang ni. Kalau umi bersedih nanti walid pun turut bersedih. Hari-hari walid dan umi uruskan anak-anak dan tidak sehari pun kami lupakan Bahirah. Umi kerap juga bertanyakan walid, bila boleh bertemu dengan Bahirah? And jawapan walid selalunya belum waktunya lagi!” kelihatan mata Puan Sri Badariah sudah digenangi air.  “Tak sangka pulak umi akan bertemu Bahirah hanya bila walid dah tak ada,” sayu suara Puan Sri Badariah kedengaran di telinga Shalin Zara. Shalin Zara lantas memeluk uminya dengan erat sekali.

“Maafkan adik mi. Adik dah buat umi bersedih,” pinta Shalin Zara

Puan Sri Badariah sekadar mengelengkan kepalanya sahaja. Segaris senyuman diberikan pada Shalin Zara.

“Dah lah adik, dah lewat ni elok kita tidur ya?”

“Baiklah umi. Selamat malam. Adik sayang sangat kat umi,” satu kucupan hinggap di kedua belah pipi Puan Sri Badariah. Puan Sri Badariah membalasnya.






No comments:

Post a Comment