Purple Flowers

Monday 23 September 2013

~ Kasih Bertamu {Bab 7}



Hari ni hari kerja. Tapi Puan Sri Badariah dengan anak-anak masih bersantai di rumah. Bagaikan hari cuti. Ini semua kerana mereka akan ke pejabat peguam jam 3 petang nanti. Dan disebabkan tak mahu ada apa-apa halangan, mereka bercadang untuk menghabiskan masa bersama di rumah. Lagipun Irwan Shah baru pulang. Jarang mereka dapat habiskan masa bersama seperti hari ini.

“Anak-anak umi semua macamana hari ini? Sudah sedia nak dengar apa yang ada dalam wasiat walid?”

“Along no hal umi. Apa saja yang walid tetapkan along ikut saja,” Irwan Shah pandang wajah uminya.

“Angah pun sama. Angah percaya apa pun walid buat mesti untuk kebaikan keluarga dan Badshah Holdings juga.” Jawab Irfan Shah.

“Tapi umi tengok angah seperti ada yang disembunyikan. Ada apa-apa yang perlu umi tahu, angah?” Puan Sri Badariah bertanya terus pada Irfan Shah.

Selalu Puan Sri Badariah mencuri pandang wajah Irfan Shah, terutama bila Irfan Shah duduk bersendirian. Sepertinya ada beban berat yang ditanggung oleh anak terunanya ini.

“Hah? Takde apa-apa ler umi. Angah biasa je. Umi tu. Angah tengok macam susah hati je. Umi ok ker?”

Puan Sri Badariah pandang wajah anak-anaknya satu persatu. Pertanyaan angah tidak dijawab. Senyuman kasih terbentuk di wajah. Sungguh bertuah dia kerana memiliki anak-anak yang baik. Anak-anak yang tidak pernah menyakitkan hati beliau maupun suami beliau. Hati melafazkan kesyukuran. Hati juga mendoakan agar suami tersayang aman di sana.

“Umiiii…. “ manja bunyi panggilan umi dari bibir Shalin Zara.

Mendekatkan diri pada uminya, Shalin Zara lantas memeluk lengan dan melentukkan kepalanya ke bahu Puan Sri Badariah.

“Pehal lak ni anak manja umi ni? Tiba-tiba  merengek jer?” Puan Sri Badariah menggosok kepala Shalin Zara. Terasa kasihnya tertumpah di situ.

“Eeerrkk…. dah macam mak kucing panggil anak je bunyi nya!” Irfan Shah membuat aksi geli geleman. Irfan Shah dengan kucing memang tidak boleh duduk sebilik.

“Dengki!” lidah dijelirkan pada Irfan Shah. Irfan Shah bangun dari kerusinya, perlahan-lahan  menghampiri Shalin Zara.

“Arrgghh! Angah! Sakit lah!!!” begitu pantas Irfan Shah tarik rambut Shalin Zara dan terus lari keluar. Melarikan diri kononnya tu!

“Angah… apa macam tu! Macam budak kecik ler angah ni!” Puan Sri Badariah mengelengkan kepala. Shalin Zara disisi dipeluknya. Tak mahu Shalin Zara mengejar Irfan Shah. Kalau ini terjadi, memang perancangan untuk ke pejabat peguam akan tergendala. Puan Sri Badariah tahu sangat perangai Shalin Zara. Kalau dapat dikejarnya, susah nak suruh berhenti. Silap-silap nanti, satu flying kick akan terbang ke arah Irfan Shah. Maklumlah, Shalin Zara pemegang tali pinggang hitam tae kwan do.  Marah punya pasal apa pun dia dah tak peduli.

Shalin Zara sering berbangga dengan kemahiran tae kwan do nya. Ini semua kerana desakan walid yang mahukan anak gadis tunggalnya untuk belajar seni mempertahankan diri.  Alasannya, supaya senang jaga diri sendiri.

“Angah ni kan kalau sehari tak sakat adik memang tak sah kan?” Irwan Shah menyampuk. Langkah mula diatur keluar. Mencari Irfan Shah. Ada perkara yang ingin dibincangkan. Tanpa pengetahuan umi.

Kaki disarung selipar. Mata melilau mencari Irfan Shah. ‘Mana pulak mamat ni?’ hati mengomel seiring akal yang berfikir. Kaki menuju ke sisi kanan rumah. Kawasan kolam renang… sepi. Langkah diteruskan hingga ke belakang. Satu makhluk hidup pun tidak kelihatan.  Menggaru-garu kepala yang tidak gatal, langkah diteruskan ke kiri rumah. Gazebo yang dibina walid kelihatan kosong. ‘Ishhh… ghaib pulak ker adik aku ni?’

Irwan Shah menghentikan langkah di belakang BMW milik walid. Bersandar di bonet kereta sambil mata melilau merata. Tiba-tiba telinga dapat menangkap bunyi tawa dari luar rumah. Hmmm…. Menghampiri pagar batu, Irwan Shah mengintai di celahan pintu pagar yang terbuka sedikit. Kelihatan ada dua orang gadis sedang berbual dengan Irfan Shah. ‘Padan le tak jumpa dalam kawasan rumah! Mat Romeo sedang beraksi di luar rumah rupanya..’

“Ehem…. Mesyuarat di dalam ditinggalkan. Rupanya ada mesyuarat longkang pulak di sini….” Irwan Shah bersuara. Mengundang kejutan pada ketiga-tiga ahli mesyuarat longkang. Dengan gaya berpeluk tubuh, Irwan Shah memberikan senyuman nakalnya pada mereka

“Apa along merepek ni? Ini kawan-kawan angah,” penuh konfiden Irfan Shah menerangkan pada Irwan Shah.

“Oooo… kawan angah? Kalau macam tu boleh le kenalkan pada along. Bolehkan angah?” dengan kening diangkat sebelah ala-ala  Ziana Zain, Irwan Shah menunggu reaksi Irfan Shah. ‘Kawan konon! Bukannya aku tak tahu dengan siapa dia berkawan selama ni,’ Irwan mengejek adiknya dalam hati.

“Eh.. ok… kenalkan yang ini errr… yang ni …” tergagap-gagap Irfan Shah! ‘Adoyai… apa ke namanya? Kantoi le pulak!’ Irfan Shah tersipu-sipu malu. Dia sendiri pun lupa nak tanya nama. Baru mula mukadimah nak ngorat dedua awek ni, tiba-tiba along interframe.

“Maaf encik. Kami sebenarnya lalu di kawasan sini. Nak cari rumah. Ikut pada alamat yang ada, kami masih tak jumpa rumah dicari. Elok pula nampak encik ni kat luar. Tu yang kami stop untuk bertanya sekejap. Tak sangka pulak encik ni pun tak tahu. Maklum lah, kami pun main pakai tanya je mana sempat…” gadis bertudung hijau menerangkan situasi. Senyum manis terukir dibibir. Cantik!

“Oh… dia tak tahu ye? Boleh saya tengok alamat yang dicari?” Irwan Shah bertanya.

Teman gadis bertudung hijau terus mengunjukkan sekeping kertas yang tertera satu alamat. Kening Irwan Shah terangkat sebelah. Tangan kiri menggosok dagu. Kerlingan tajam diberikan pada Irfan Shah.

“Cik adik berdua ni dah salah taman. Alamat ni terletak di Taman Saujana 3. Dan sini Taman Saujana 5.”

“Oh! Ya ke? No wonder tak jumpa-jumpa. Kalau macam tu terima kasih ya cik abang berdua. Maaf kerana mengganggu. Kami minta diri dulu, Assalamualaikum..” gadis bertudung hijau menundukkan sedikit kepala. Senyuman manisnya masih tak lekang dari bibir. Terpesona!

Kedua-dua gadis tersebut memboloskan diri ke dalam kereta Proton Inspira mereka. Kereta mula bergerak. Kelihatan mereka melambai dari dalam kereta. Secara spontan lambaian dibalas. Namun mata masih tak lepas pandang sehingga kereta hilang dari pandangan.

“Waalaikumusalam,” phew! dah jauh baru salam disambut. Dah angau ke dedua beradik ni? Masih kaku terkelu.

“Alaaaaa along!!! Lupa nak mintak contact number le. In fact, nama diorang pun lupa  nak tanya. Apa ler along ni!” Bentak Irfan Shah.

“Apa pulak along? Yang angah sendiri kenapa tak minta?”

 “Angah baru nak mukadimah. Along pulak kacau daun!” Irfan Shah memberi sedas tumbukan mesra di bahu Irwan Shah.

“Oh… itu yang sampai tak tahu alamat dicari kat mana ya? Angah cakap apa kat diorang?”

Irfan Shah menahan senyum. “Angah cakap angah tak duduk sini. Angah baru balik dari US! Just to buy some time…”

“Apa??? Pandai angah kelentong ek? So…. Menjadi tak?” tanya Irwan Shah lagi.

“Menjadi apanya? Along interframe… semua hancus!” geram Irfan Shah bila kenangkan Along yang betul bendul ni. Dah terlepas baru nak terkenang-kenang.

Hummpp..! ‘Harap-harap dapat jumpa lagi si kerudung hijau’ hati berbisik menenangkan Irfan Shah.

“Dah dah… jom masuk. Nanti umi cari,” Irwan Shah menolak tubuh Irfan Shah melepasi pintu pagar. Mereka melangkah beriringan masuk ke rumah.

Sudahnya, Irwan Shah lupa terus apa yang ingin dibincangkan dengan Irfan Shah tadi...


No comments:

Post a Comment