Purple Flowers

Wednesday 29 February 2012

Ulasan ringkas ~ BILA HATI KATA SAYANG


Sinopsis :

Dia hadir waktu aku sudah bergelar tunang orang. Awal-awalnya, aku fikir hanya biasa-biasa saja, tetapi pada hujung-hujungnya, aku tahu semua itu bukan lagi sekadar biasa-biasa saja. Sudah menjadi sangat-sanggat luar biasa.

Aduhai… Kenapa dia macam syok sahaja dekat aku? Selalu buat benda-benda yang tidak aku jangkakan. Atau aku yang terlebih syok dekat dia? Kalau betul, apa yang harus aku lakukan? Minta putuskan tali pertunangan? atau aku kena lari bersama dengan si dia.

"Degil sangat ni kenapa? Nasib baik awak jauh."

"Kalau dekat kenapa?"

"Saya cium awak!"

"Encik nak ke cium saya ni. Kan saya kuli encik. Lalu ke encik cium saya?" Aku buat-buat gelak walaupun aku tak ada mood langsung nak gelak.

"Awak berani cakap macam tu sebab kita jauh. Kalau dekat nak cakap dengan awak pun susah. Betullah kata orang, bila jauh dirindu!"

"Eh! Tolong sikit. Siapa yang rindukan encik. Tak nak saya rindukan encik tu!" Cepat saja aku nafikannya.

"Betul? Betul tak rindukan saya?"

Aku diam. Tak boleh nak jawab. Sebab memang betul aku rindukan dia. RINDU GILA! Bila Hati Kata Sayang
Akan tetapi, bolehkah aku terus-terusan merindui dia? Bolehkah aku jatuh cinta kepadanya sedangkan aku tahu, semuanya sudah benar-benar terlambat.

Wow! I like sesgt. Sbb tatkala baca novel ni rasa macam kita ni Atiqah. Cara penceritaan dalam novel ni lebih pada cara bagaikan si Atiqah yang bercerita. Sepanjang novel ianya bagai membaca kisah  Atiqah... apa yang dia buat... apa yang dia fikirkan.... apa yang dia omelkan... apa yang dia rungutkan dan segala macam kata sindir atau perli.. semua dinyatakan. Pabila dialog watak-watak yang ada dalam novel ni dilafazkan, maka barulah ianya bukan dari Atiqah.

Syed Adriz... segarang-garang nya dia... sebaran-barannya dia... tp bila kena dengan Atiqah, segala sifat negatif dia hilang dan dia berubah jadi seorang yang romantik.  Kedegilan dan ketegasan Syed Adriz membuktikan bahwa beliau memang sayang dan cintakan Atiqah... 

Adoyaiii!!!!

Memang sungguh puashati sebab rasa seperti kitalah Atiqah!
Tahniah Marissa....


Saturday 25 February 2012

Ulasan ringkas ~ PABILA CINTA MEMANGGILKU


Cinta itu menyakitkan apabila mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, cinta itu lebih menyakitkan apabila mencintai seseorang tetapi tidak berani menyatakan cinta itu!

Yang Ayesha seorang perempuan yang cukup sempoi! Di dalam hidupnya, hanya ada abah, ibu, Yoep dan abang ngah termasuk kawan-kawan di kedai bunga milik Encik Saadan. Tidak pernah terniat di dalam hatinya untuk jatuh cinta sehingga dia bertemu dengan Adam Harith.

Yang Ayesha : “Adam bukan saingan, ini bukan medan untuk bersaing, hadiah trofinya bukan saya. Saya tak mahulah sebab saya adik beradik bergaduh. Kalau saya tahu macam ni dari awal, saya tak dekat dengan sesiapa pun, Adam ataupun awak.”

Adam Harith seorang lelaki yang bercita-cita tinggi dan mempunyai wawasan. Tidak mahu terlalu bergantung kepada keluarga. Namun dia sering merasa tersisih dari keluarganya terutama daddynya, Datuk Zakuan sehinggalah dia berkenalan dengan Yang Ayesha. Namun tanpa disedari, abangnya sendiri, Amirul Irfan juga meminati perempuan yang sama.

Adam Harith : "Nak ajak kahwin saja pun susah, macam mana nak menentang makhluk macam ni? Atau awak sayang Irfan lagi dari saya? Awak suka semua ini berlaku, Yang? Dua orang serentak menyayangi awak?"

Amirul Irfan seorang lelaki yang tegas dan goal-oriented. Setia pada cinta dan sanggup melakukan apa sahaja untuk dapatkan cinta terutama cinta Yang Ayesha walaupun cinta itu bukan miliknya.

Amirul Irfan : "Awak ni memang degil lah Sya, tapi tak apa, kalau Adam boleh buat awak jatuh cinta, saya pun boleh juga. Kita tengok nanti...”
Antara Adam Harith dan Amirul Irfan? Siapakah yang menjadi pilihan hati Yang Ayesha?
Well... agak enjoyable juga bila baca novel ni. Takde banyak konflik. Hanya perebutan antara seorang gadis dengan dua jejaka yang merupakan adik beradik. Jalan cerita yang agak biasa tetapi menarik dibuat tatapan. Tidak membosankan dan dialog yang melucukan yang membuatkan kita terkekek-kekek sendiri.

Satu kesah kekeluargaan yang menarik juga...






Thursday 23 February 2012

Ulasan ringkas ~ TERLANJUR MENCINTAIMU




Cintailah seseorang itu atar dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar mencintainya setelus hati…TERLANJUR MENCINTAIMU
Johan Iskandar mempunyai dua sebab mengapa dia terpaksa mengahwini Tengku Hanis Zulaikha. Sa…tu, sebab wasiat Tok Din, satu lagi sebab Izhar, ayahnya. Tercetus satu perasaan di antara dia dan Tengku Hanis. Sudah terla…njur mencintai isteri paksaannya, apakah Tengku Hanis menerima Johan setelah mendapat tahu sebab utama Johan mengahwininya?
Johan Iskandar : “Tahu tak kenapa perasaan itu tidak ada? Kerana Johan Iskandar sudah jatuh cinta dengan Tengku Hanis Zulaikha, tak ada… dan tak akan ada wanita lain di hati Johan Iskandar selain Tengku Hanis Zulaikha!”
Tengku Hanis terpaksa menerima keputusan wasiat itu kerana takut keluarganya merempat. Dia mulanya tidak mencintai Johan disebabkan rasa takut yang mendalam, takut ditinggalkan. Tetapi di dalam diam, dia sudah terlanjur mencintai Johan. Adakah Tengku Hanis akan rela membuka sepenuh pintu hatinya kepada Johan Iskandar?
Tengku Hanis Zulaikha : “Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu!”
Wasiat Tok Din mempunyai ‘due-date’, adakah kedua-dua mereka berjaya memenuhi wasiat itu sebelum tamat tempohnya?



Sebuah cerita ringan yang tak meresahkan jiwa membebankan otak. Bolehlah untuk santai-santai. Tapi rasanya dah banyak sgt novel yang guna nama hero Johan Iskandar atau lebih tepat lagi nama Iskandar... Maybe sbb lelaki bernama Iskandar ni mmg tampan dan menawan kut!

Tak tahu nak komen camner... tengah blurrr....

 


Sunday 19 February 2012

Ulasan ringkas ~ CINTA DALAM HATI


Sinopsis
Cinta Dalam Hati membawa kisah Annissa yang tidak pernah kenal siapa ibunya. Dia hanya menumpang kasih dengan Haji Adam, yang berperanan sebagai abah dan ibunya. Namun dia sentiasa bersyukur. Bagi Annissa, cukuplah apa yang telah dikurniakan padanya. Sementelah hidupnya dilengkapi dengan kehadiran Abang Badrulhisham, Kak Aida dan anak-anak buahnya yang keletah – Hakim dan Nadiya. Ditambah pula dengan Edham, jejaka yang telah sekian lama cuba mencuri hatinya.

Hidup tanpa ujian dan dugaan, tidak bias mematangkan fikiran. Kehadiran Irman dan Suriya bagaikan penamat kepada kisah cinta Annissa dan Edham. Keakraban di antara Annissa dengan Irman telah menimbulkan riak curiga di hati Edham. Ini telah menyumbang kepada ketegangan dalam perhubungan Annissa dan Edham. Suriya pula pantas mengambil kesempatan. Dia seperti menangguk di air yang keruh dalam ketegangan percintaan abang tirinya itu. Baginya, dia perlu mendapatkan Edham dengan apa cara sekalipun!

Sudah tertulis jodoh di antara Annissa dan Edham tidak kesampaian. Annissa kecewa apabila Edham memilih Suriya sebagai ganti cintanya. Kemudian, Haji Adam pula telah dijemput pulang ke pangkuan Ilahi telah menambahparah luka di hati Annissa. Annissa terkapai-kapai tanpa kasih sayang dan lindungan Haji Adam yang selama inimemayunginya daripada derita dan sengsara. Mujurlah ada Abang Badrulhisham dan Kak Aida, peniup semangat agar Annissa tidak terus rebah dipukul badai ujian.

Seminggu setelah Haji Adam dikebumikan, Annissa menerima sepucuk surat peninggalan Haji Adam yang telah membongkar segala-galanya! Siapakah Annissa sebenarnya? Apakah yang terkandung di dalam surat Haji Adam itu? Bersatukah cinta Annissa dan Edham akhirnya atau cinta itu terpaksa dibiar berlalu pergi?

“Cinta sejati memerlukan kesetiaan, cinta suci menuntut sebuah pengorbanan.”

Baru selesai baca novel ni...
Satu cerita tentang kesah cinta yang sedikit menyedihkan... apabila tiada rasa percaya terhadap pasangan dalam suatu perhubungan. Cemburu tanpa usul periksa. Kesah cinta yang menerangkan bahawa tidak semua cinta berakhir di gerbang perkahwinan dan juga kesah tentang cinta yang tidak bermakna boleh memiliki.

Sedikit mendukacitakan apabila penulis tidak menyelesaikan persoalan tentang bekas isteri dan anak kandung Haji Adam. Mungkin bagi penulis topik ini remeh. Tapi bagaimana Ain Suriya boleh berkahwin tanpa perlu mencari wali yang sah walhal mereka tak tahu yang Haji Adam sudah meninggal?  Bekas isteri Haji Adam ada terserempak dengan Haji Adam tapi tak kenal! Mustahil tak kenal atau mungkin sengaja buat tak kenal... tapi at least biarlah ada sedikit penerangan tentang hal ini. Dan Anissa pula berkali-kali menyebut nama Ain Suriya Adam... takkan langsung tak terlintas di fikiran bahawa Suriya itu lah anak kandung Haji Adam!

Saya tertunggu-tunggu juga akan masa di mana Ain Suriya tahu bahawa Anissa ada kena mengena dengan bapa kandung dia. Tapi seperti yang disebutkan tadi... mungkin bagi penulis isu ini tak penting, sebab penulis lebih menumpukan pada kesah cinta Anissa dengan Edham dan Irman.

Walau macamanapun, jalan cerita boleh tahan dan tidak membosankan.


Tuesday 14 February 2012

Ulasan ringkas ~ AKULAH CINDERELLA



Nur Aisyah, gadis manis bertukar imej tomboi untuk mengelakkan diri daripada dibuli oleh orang kampung. Dia yang dipanggil Syah terpaksa berhenti sekolah dan bekerja untuk menyara lima orang adik-adiknya selepas kematian ibu bapanya. Pada malam semasa pulang bekerja, dia telah bertembung dengan kereta Shafiq yang membawa kepada pergaduhan besar di antara mereka. Semenjak itu, Syah mengisytiharkan perang ke atas Shafiq. Secara kebetulan juga Syah telah menyelamatkan nyawa Datin Zulaikha, seorang wanita kaya yang baik hati dan juga  ibu kepada Shafiq.  Kesengsaraan hidup Syah telah menyentuh hati Datin Zulaikha dan cuba untuk membalas budi baik gadis itu dengan mengambil Syah dan adik-adiknya sebagai anak angkatnya tanpa pengetahuan lelaki itu. Bagaimanakah reaksi Shafiq?

“Apa ni? Nak cari gaduh ke?”

“Apa dia? Aku buat apa?”

“Kau luku kepala aku tu kenapa?”

Bolehkah mereka berdamai? Bolehkah Shafiq menerima Syah dan adik-adiknya? Adakah Syah akan selamanya menjadi tomboi dan bersikap dingin dengan Shafiq?

‘Akulah Cinderella’ ada jawapannya.

Cerita yang best... tak membosankan. Tapi macam too good to be true pulak bila baca kesah sang heroin dalam novel ni. Tapi kalau penulis sudi nak sambung citer dalam novel ni dengan mengembangkan lagi cerita tentang adik-adik si Nur Aisyah ni pun best gak. Biar nampak warna warni sikit.

Tak tahu dah nak ulas apa. Baca ler kalau rasa nak tau apa kesah yang diceritakan dalam novel ni..

Friday 10 February 2012

Tiada Novel hari ini

Hari ni takde novel nak dibaca sbb dah kehabisan stock dalam simpanan. Sooooo untuk menghilangkan kebosanan maka ku ulang baca kembali beberapa novel yang ada terutama nukilan Hlovate... who knows ada part2 yang terlompat ketika masa memula baca dulu.... ye la... klu dah best tu mesti tak sabar nak tau apa akhiran nya... kan?



Monday 6 February 2012

Ulasan ringkas ~ AKU BUKAN MISTRESS

Sinopsis belakang buku:-

Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup berajakan nafsu. Dirinya tergadai kepada Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan ramai wanita.

Dua tahun menghamba diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil  yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang. Mikail mendera hati dan perasaannya.

Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tetapi hati mengikat janji secara sembunyi.

Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian? Dan… cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yang sama?
Wow! Novel yang menarik. Begitu terbuai-buai bila baca novel ni... esp bila dah melepasi separuh dari ceritanya. Kisah cinta dan kasih sayang yang terlalu mendalam seorang jejaka terhadap wanita yang dicintainya.

Pada peringkat awal, Mya Arlissa hanya lah merupakan seorang perempuan simpanan kepada Mikail. Selama 2 tahun Mikail melayan Mya dengan kasar dan tak lebih hanya sebagai seorang hamba seks.  Perubahan rasa berlaku bila ibu Mikail datang berkunjung ke rumah Mikail dan memberikan cuti pada Mya yang disangkanya hanya seorang pembantu rumah pada Mikail. Pemergian Mya tanpa pengetahuan Mikail telah membuatkan Mikail jadi tidak tentu arah lantas terus menjejaki Mya. Tak sampai satu hari Mya meninggalkan rumah, Mikail seperti orang yang hilang arah. Dari situ lah bermulanya detik-detik menarik antara hubungan Mya dengan Mikail... apatah lagi bila Mya juga jadi rebutan antara Mikail, Adam dan Syamil.

Cara penulis menggambarkan betapa sayang dan kasihnya Mikail pada Mya membuatkan kita sebagai pembaca begitu terharu dan teruja. Sesungguhnya ada kah lelaki yang sedemikian sifatnya... kacak, bergaya, kaya, berjaya dan begitu amat menyintai seorang wanita tanpa memandang pada yang lain?

I wonder!







Sunday 5 February 2012

Ulasan ringkas ~ BUNGA SYURGA

Sinopsis bekalang buku:-
Pencarian cinta dan kasih sayang yang didambakan oleh Nurul Hijjaz terhadap Riffki dan datuknya membawanya ke jalan yang berliku dan penuh dengan ranjau.
Riffki yang telah kehilangan cintanya akibat peristiwa pengeboman di Bali telah berubah kepada seorang yang dingin. Cinta di hatinya telah mati bersama Nurlaila.
Kemelut persahabatan di antara Datuk Amiruddin Bakri dan Megat Hazmin Iskandar turut mengheret Riffki dan Nurul Hijjaz ke kancah penderitaan.
Siapakah Riffki yang sebenarnya? Apa kaitannya dengan Nurul Hijjaz? Mengapa mereka dipertemukan?

Nanti ler saya ulaskan... tengah blurrr...



Thursday 2 February 2012

Ulasan ringkas ~ ERTI CINTA

Sinopsis belakang buku:-
ANIS SARINA hanya mahukan sebuah tempat tinggal yang aman. Dia bersama sahabat baiknya, Maria berpindah meninggalkan kediaman kolejnya untuk tinggal di sebuah rumah sewa di tingkat 7, sebuah flat.

Namun ketenangan yang diharapkan tidak kesampaian. Pertemuannya dengan pemuda yang bernama Danny dan Joe membuatkan hidupnya tunggang langgang. Hatinya terpaut kepada Danny pada pandangan yang pertama namun Joe terus menghantui setiap langkahnya.

"Dia handsome lah…cair hati aku."

"Handsome macam mana pun, bukan mata kau seorang aje yang nampak tau. Berduyun lagi girls dalam Kuala Lumpur ni yang nampak. Jangan hati kau cair masuk longkang, sudahlah."

"Hish! Cair masuk longkang katanya. Tak kisahlah tu. Yang pentingnya, tak pernah hati aku cair begitu cepat macam tu. Inilah first time aku rasa, aku jatuh cinta pandang pertama.” Dia menyembamkan muka ke tilam, malu pula mengaku begitu. Nasib baik dengan Maria, kalau dengan orang lain…mana nak letak muka?

"Lain kali jangan nak pakai kawan aje kalau tak pasti. Entah-entah budak datang hisap dadah kat flat ni," bebel Joe lagi. Wajahnya makin garang.

Darah Anis menyirap. "Danny lelaki baiklah, kalau kau tak kenal, janganlah kau tuduh-tuduh pulak. Macamlah kau tu baik sangat."

Joe menggeleng. "Sudahlah, dah nak senja. Naiklah cepat."

"Eh! Joe, kenapa kau suka suruh kami naik bila senja ha? Kau tak ada kerja ke selain jaga kami?" Anis makin menyinga. Maria terlopong.

Joe mengangkat bahu. "Aku tak paksa. Kalau kau nak berkhemah di tangga ni pun boleh." Joe berpaling dan melangkah balik ke kafenya dengan muka yang merah padam.

Anis tergamam, hanya matanya saja merenung setiap langkah Joe. Kalau boleh hendak ditolak-tolak biar lelaki tu jatuh tersembam. Pandai-pandai tuduh Danny budak dadah. Heee… hatinya membentak.

Namun siapakah sebenarnya Danny yang penuh misteri itu? Mampukah Anis menerima hakikat yang sebenarnya? Kenapa Joe sentiasa memerhatikan Anis? Sanggupkah Maria berkorban dan mengalah? Semuanya akan terjawab di dalam novel ini. Empat erti cinta yang mesti diselesaikan…. Siapakah yang akan bahagia?
Sebuah novel yang menarik.... ada unsur-unsur suspens, sedikit seram, ada lucu dan ada misteri. Juga kesah cinta bersegi-segi...  si A suka D... sedangkan D suka H... J pulak suka A... tapi M  suka J...

Kesah cinta menarik sebab ianya kesah cinta tak kesampaian antara heroin dan dot dot dot... tak kesampaian sbb sang dot dot dot ni hantu!