Purple Flowers

Monday 23 September 2013

~ Kasih Bertamu {Bab 4}



Di sebuah rumah dipinggir kota

“Hello, ”

“Siapa ni?”

“Aku lah!”

“Hey mangkuk? Mana engkau pergi hah? Apa yang dah engkau buat?”

“Sorry ler boss. Mana aku tahu Datuk ada sekali dalam kereta tu. Boss kata hanya orang tua tu dengan drebar nya saja!”

“Arrggghh…. Gasaklah! Benda dah berlaku. Hanya sekarang ni, rancangan aku semua dah kacau. Tension tau tak?”

“Sabar boss. Kita fikir cara lain pulak.”

“Banyaklah engkau punya cara. Aku dah buntu kau tau tak???” herdikan kuat dilepaskan. Sakit telinga.

“Ok lah… lepas ni kau jangan telefon aku lagi. Biar aku yang telefon kau. Buat masa ini teruskan persembunyian kau. Aku tak mahu ada sesiapa yang curiga. So far so good. Hanya plan nakkan jawatan CEO Badshah Holdings tu jer yang dah kacau sikit.” Arahan diberi harus dipatuhi!

“Tak per Boss… masih ada masa untuk fikir langkah seterusnya. Boss kan bijak?”

“Sudahlah! Ingat… jangan call aku! Aku nak tidor ni…” terus talian diputuskan.


~~~~ ***** ~~~~~ ***** ~~~~~ ***** ~~~~


“Angah! Angah bangunlah!” Shalin Zara menggoyang-goyangkan badan Irfan Shah.

“Ishhh… apa ni kacau jer ler! Pergi tidur sana!”

“Shhh… jangan kuat sangat. Adik dengar macam ada orang masuk rumah ler angah,” Shalin Zara berbisik pada Irfan Shah.

“Adik ni. Usah ler ngigau malam-malam buta ni. Syuuh… pergi tidur. Jangan kacau angah ler…”

“ANGAH!!! Please le. Adik tak ngigau. Adik dengar pintu pagar dibuka tadi.” masih dalam nada berbisik.

Tiba-tiba kedengaran bunyi pintu depan ditutup.

“Hah! Dengar tu!” Shalin Zara semakin takut.

Irfan Shah bangun mengejut dan terus melompat turun dari katil. Irfan Shah juga dengar bunyi pintu ditutup walaupun tak berapa kuat. Terus dia menuju ke belakang pintu biliknya. Kelihatan kayu hoki sudah ditangan.

“Adik pergi ke bilik Umi. Jaga umi. Make sure telefon standby untuk call polis. Angah nak ke bawah,” dengan kayu hoki di tangan, Irfan Shah menuruni tangga dengan hati-hati.

Kelihatan penceroboh sedang menuju menaiki tangga yang sama. Tak boleh jadi ni. Irfan Shah segera menyembunyikan diri. Kayu hoki diangkat tinggi. Kayu hoki mula dihayun. Tiba-tiba…

“IRFAN!!!!”

“Yeeaahhhh….!!!!”

“Arrgghhh….!”

Lampu terpasang serentak dengan jeritan. Suasana terang benderang. Semua kelihatan terperanjat dan terpempan.

Puan Sri Badariah segera tarik kayu hoki dari tangan Irfan Shah.

“Along????” Irfan Shah dan Shalin Zara bersuara serentak.

“Pheww… nasib baik. Kalau tidak mau pecah kepala along ni umi,” Irwan Shah tersengih bagaikan tidak bersalah.

“Kenapa along balik macam penyangak ni? Nasib baik umi jerit. Kalau tak entah ler, tak dapat angah nak bayangkan…” laju Irfan Shah mengurut dadanya.

“Umi tau apa along nak balik. Along dah call umi bagitahu flight lewat and along maybe sampai nak subuh. Hah.. betul ler kan dua jam lagi subuh…”

“Umi????” serentak dua pasang mata memandang Puan Sri Badariah.

“Sorry okay! Umi lupa nak inform angah ngan adik. Umi totally lupa.” Puan Sri Badariah bergerak menuju ke sofa berhampiran. Lembik lutut dah rasanya.

“Umi minta maaf sebab tak bagitau yang along akan balik malam ni. Nasib baik adik kejut umi on time, kalau tak…. Hai Ya Allah… Alhamdullillah sungguh.” Puan Sri Badariah mengurut dada. Dalam masa yang sama tersengih melihat akan wajah geram Irfan Shah dan Shalin Zara.

“Takpe ler umi. Everything's ok now. Dah lewat sangat dah ni. Adik bawak umi masuk bilik,” Irwan Shah bersuara setelah suasana sepi seketika.  Irwan Shah segera menyalami dan mencium tangan Puan Sri Badariah. Diikuti dengan Shalin Zara, menyalami Irwan Shah pula.

“Jom umi, adik hantar umi ke bilik. Along, angah esok kita sambung ek? Adik pun ngantuk sangat ni…” Shalin Zara memimpin uminya ke kamar. Kelihatan pucat wajah masing-masing. Semua masih terperanjat.

“Pergi tidur semua. Jangan sampai terbabas subuh esok. Assalamualaikum,” Puan Sri Badariah terus menuju ke kamar diiringi Shalin Zara.

“Waalaikumussalam umi…”

Setelah pintu bilik Puan Sri Badariah ditutup, Irwan Shah dan Irfan Shah kelihatan berpandangan sesama mereka sebelum masing-masing tenggelam dalam pelukan.

“Alhamdullillah along dah balik. Angah betul-betul risau. I called you few times. Tapi tak dapat. Along sengaja ek tak nak reply my calls?”

“Sorry ler angah. I lost my phone. Ni pun phone baru with my new number. Once along dapat phone baru ni, along terus call umi. Tapi hairan yer, kenapa umi tak cerita dekat angah ngan adik?” berkerut dahi Irwan Shah, kehairanan.

“Entah ler along. Lately ni angah tengok umi banyak termenung. Umi rindukan walid kut?” Irfan Shah buat spekulasi sendiri.

“Tak apa ler angah. Esok kita tanya umi. But now, along nak wash up dulu, then nak tidor. Along belum sempat nak lelapkan mata lagi ni. Sekejap lagi dah nak masuk subuh.”


Kedua-dua beradik bangun meninggalkan ruang rehat keluarga sambil menuju ke kamar masing-masing tanpa bersuara. Lampu dipadam.



No comments:

Post a Comment