Purple Flowers

Monday 23 September 2013

~ Kasih Bertamu {Bab 6}



“Morning Cik Bahirah!” Cassy Tan, setiausaha Bahirah menyapanya tatkala Bahirah melangkah masuk ke pejabatnya.

“Morning Cassy. Any urgent matters today?”

“So far, nope! But you have a lunch appointment with Mr Thiru from CTTC Trading & Services at Dubliners Café today.”

“Mr Thiru? Emmm…. Ok set. Remind me again an hour before lunch.” Bahirah terus menuju ke tingkap pejabatnya sambil membuang pandang ke lalu lintas diluar. Begitu asyik. Bagaikan ada sesuatu yang menarik di luar sana.

“Will do. Anything else Boss?” Untuk seketika keadaan jadi sunyi. Bahirah masih asyik memerhati ke luar. Cassy pula masih menunggu respons dari Bahirah. Begitu sunyi. Bagaikan malaikat baru melintasi ruangan bilik itu. Cassy mengangkat kedua bahunya dan mula bergerak untuk meninggalkan bilik.

“Cassy….” tiba-tiba Bahirah bersuara. “You ada nampak Nasriq tak pagi ni?”

“Nope! Hmmm.. since you’ve asked, pelik jugak. Selalu ada jer Nasriq tu di sini.” Cassy mengetuk-ngetuk pen di dagunya, sedang berfikir.

“You want me to look for him, Boss?”

“Nope! No need. I’ll call him later,” Bahirah menoleh sebentar sebelum kembali mengadap luar jendela.

“OK… kalau macam itu I keluar dulu ya Boss?” Cassy mohon diri kerana kelihatannya pegawai atasannya seperti sedang sambung mengelamun dan seperti tidak mahu diganggu.

Cassy Tan mula melangkah keluar bila tiada respons dari Bahirah. Dengan perlahan pintu bilik ditutup. Berkerut juga dahi Cassy kerana ini lah pertama kalinya dia lihat Bahirah seperti tidak memberi perhatian.

Bahirah mula bergerak meninggalkan jendela. Melepaskan sedikit keluhan yang seperti menyesakkan dadanya. ‘Kenapa Nasriq? Kenapa kau merosakkan persahabatan kita?’ hati mula berbisik.

Teringat Bahirah pada SMS yang diterimanya semalam. Nasriq Nasir, teman sekerja yang selama ini begitu setia menemani Bahirah walau kemana. Tapi semuanya kerna kerja. Hal peribadi… tidak sekali Bahirah campurkan dengan urusan kerja.

'Irah… kenapa kau tidak jawab langsung pertanyaan aku petang tadi?
Aku masih menunggu…'

Itu semalam. Pagi tadi satu lagi SMS masuk ke telefon bimbit Bahirah.

'Irah… Aku akan terus menunggu… Aku ikhlas menyayangimu...'

‘Kenapa Nasriq tak mahu faham? Aku belum bersedia untuk mempunyai apa-apa ikatan maupun perhubungan. Aku tak mahu terikat!’ hati terus merintih. Satu keluhan lagi dilepaskan.

Nasriq Nasir… seorang rakan sekerja yang begitu baik dan memahami. Seorang yang agak sempoi. Tampan? Tak pasti, sebab wajahnya dilindungi dengan misai, side burn dan janggut kambingnya. Berserabut! Hahahaa… Bahirah suka usik Nasriq pasal janggut dia tu. Matanya dilindungi dengan sepasang cermin mata berbingkai hitam. Kulitnya kelihatan tidaklah terlalu putih dan tidak juga sawo matang. Rambut lurus panjang separas bahu. Selalu diikat kemas.  Bahirah sering memujuk Nasriq supaya memotong rambut. Tapi seperti biasa Nasriq tak peduli. Degil! Kenapa Bahirah tidak jatuh hati pada Nasriq? Hmmm… mungkin sebab selalu bersama lagipun kedua-dua mereka ni workaholic. Beside, Bahirah sudah meletakkan satu boundry untuk tidak mempunyai apa-apa hubungan intim dengan mana-mana rakan sekerja. Dia seorang yang professional. So far Bahirah dapat bertahan dengan prinsipnya ini. Tapi untuk berapa lama… nobody knows!

“Earth to Cassy… hello Cassy..” satu ketukan di meja mengejutkan Cassy Tan.

“Oh Dear! Nasriq you apa hal???” tinggi suara Cassy. Terkejut punya pasal. Tangan pantas menampar lengan Nasriq yang diletakkan di atas meja Cassy..

“You tu kenapa? Mengelamun time kerja ni. Makan gaji buta ek?” Nasriq tersengih melihat wajah pucat Cassy. “Kalau ye pun you rindukan husband you, balik rumah berangan ler. Takde orang yang ganggu punya..” Usikan Nasriq menambahkan cemberut wajah Cassy.

“You jangan banyak cakap le Nasriq. You sendiri dari mana? Selalu pagi-pagi lagi sudah menempel di sini…”

“I ada kerja sikit kat luar. Sampai sini tengok you seperti ayam berak kapur. I panggil you tak dengar. Errmm… boss you ada tak?” mata mengarah ke bilik Bahirah.

“Ada kat dalam tu. You wanna see her?” tanya Cassy

“Kalau dia tak busy, I wanna go in… boleh?”

“Kenapa tiba-tiba tanya ni? Selalu nya you main redah je,” Cassy mengecilkan matanya. Senyuman nipis tersungging di bibir.

“Aik… tanya pun tak boleh? Selalu I redah pun you bising…”

“Okay lah… okay lah… just go. Please jangan ganggu I nanti tak pasal-pasal kerja I tak siap,” Cassy memukul lengan Nasriq yang menongkat di mejanya dengan pembaris.

“OK.. OK.. I go. Jangan mengelamun lagi. Nanti I report kat boss you,” dengan satu kenyitan, Nasriq mula melangkah menuju ke pintu bilik Bahirah. Terus diketuk sambil menunggu jawapan dari dalam.

“Masuk!”

“Assalamualaikum Irah,” salam dihulur sejurus kaki melangkah masuk.

Bahirah kelihatan sedang membaca sesuatu di atas mejanya. Tatkala melihat akan wajah pemberi salam, Bahirah terkaku… kelu seketika. Gabra tak semena-mena. Sekilas terlintas kembali akan SMS yang diterima.

“Kenapa ni? Sampaikan salam pun tak bersambut,” lembut suara Nasriq menegur. Nasriq menarik kerusi dan terus duduk dihadapan Bahirah. Matanya tak lepas pandang dan hati pula makin laju berdendang. ‘Sabar lah hati…’

“Err… sa..salam a…aku sa… sambut dalam hati…” tergagap-gagap juga Bahirah dik penangan panahan mata Nasriq. Segaris senyum terpamir di bibir Nasriq. Menarik!

“Ehem.. eerrmmm…what can I do for you En Nasriq?” cuba melawan gabra si Bahirah ni.

“Hai.. takkan I dah tak boleh jumpa you di sini Irah?” kening diangkat. Menampakkan ketidakpuasan hatinya di situ.

“This is office Nas. Kalau tanpa urusan kerja, tak perlu lah you datang jumpa I. And since you datang masa kerja, tak salahkan kalau I tanya if you ada apa-apa urusan dengan I?” tegas sekali bicara Bahirah.

“Oh… I see. Selama ni ok je. Hanya sekarang ni dah lain ye Irah?” terasa sinis soalan yang diajukan Nasriq.  Bahirah rasa kurang selesa.

“Is it because of my SMS to you, Irah? I tak paksa you… I just nak you tahu yang I…..” terhenti bicara Nasriq bila Bahirah mengangkat tangannya. Tanda supaya Nasriq berhenti dari terus berkata-kata.

“I don’t want to hear anything about this anymore, please. Especially not here. Sini office Nas. Tempat I bekerja. Bukan tempat untuk I atau you melayan perasaan. Please… kalau dah takde apa-apa, you boleh sambung kerja you semula,” walaupun bicara Bahirah begitu lembut, namun ianya seperti pisau yang menghiris hati dan perasaan Nasriq. ‘Kenapa begitu keras sekali hati wanita ini?’

Keadaan menjadi senyap dan sunyi. Kedua-dua mereka tidak bersuara. Hanya mata memandang sesama mereka. Setelah beberapa ketika, akhirnya Nasriq berdiri dan melangkah ke pintu. Sebelum tombol pintu dipulas, Nasriq memusingkan badannya dan memandang Bahirah dengan pandangan sayu.

“Irah, kenapa hati you begitu keras. Kenapa you tak mahu beri I peluang untuk menjaga you. I betul-betul ikhlas Irah. Dua tahun I bekerja disamping you. I tahu hati budi you. I really really in love with you Irah. Please give me one chance to prove it to you…” Nasriq merayu.

Bahirah memejamkan matanya. Sedikitpun tidak bersuara. Tangan kiri diletakkan di dahi seraya menongkatkan kepalanya. Tangan kanan pula diangkat. Perlahan Bahirah memberi syarat supaya Nasriq keluar dari biliknya.

Berat kakinya memulakan langkah keluar dari situ. Namun Nasriq akur. Walaupun hatinya begitu kecewa, at least dia mencuba. Selama dua tahun dia mengenali Bahirah, sudah ramai yang cuba untuk merebut hati Bahirah. Malahan beberapa pinangan juga ditolak mentah. Dia sesungguhnya tak tahu apa sebenarnya yang ada dihati dan fikiran Bahirah. Bahirah seorang ketua yang baik. Seorang yang penyayang. Tapi bila kena soal hati, Bahirah berubah menjadi seorang yang tak berperasaan. Kaku!

Sebaik pintu biliknya ditutup, Bahirah terus menelangkupkan wajahnya di atas meja beralaskan kedua-dua lengannya. Bahirah kecewa dengan Nasriq. Nasriq tidak sepatutnya meluahkan perasaannya sebegitu. Bukannya Nasriq tak tahu apa yang Bahirah suka dan apa yang tidak. Sudah berkali-kali Bahirah jelaskan dekat Nasriq, hatinya belum terbuka untuk mengizinkan sesiapa masuk dan singgah di hatinya.

Bahirah menyandarkan badannya di kerusi. Interkom berbunyi dibiarkan saja. Kepala tengah rungsing. Prinsip diri tak nak campur adukkan hal kerja dengan peribadi. Tapi hari ini Bahirah tewas dengan prinsip sendiri. Baru dia sedar yang dia hanya manusia biasa. Perempuan pulak tu! Nak tunjuk tegas keras macamana pun dia tetap seorang yang lemah. Keluhan keras dilepaskan.

“Cik Bahirah?” tiba-tiba Cassy muncul di pintu biliknya. Risau sungguh dia bila interkom tak dijawab.

“Ya saya Cassy… anything?”

“Are you alright Boss? I intercom you few times and you didn’t answer. I really worried,” balas Cassy

“Sorry. I tak dengar. I’m fine… don’t worry,”

“OK in that case… just want to remind you lunch at 12. Mr Thiru CTTC at Dubliners…”

“Thanks Cassy… I’m going now. Errmm… I won’t be back this evening. And esok I cuti. If there’s anything. Just ambil message ok.. as usual,” Bahirah capai beg tangan nya dan mula melangkah keluar. Tiba di hadapan Cassy, Bahirah berhenti. Satu tepukan mesra di bahu diserta dengan senyuman tawar diberikan pada setiausahanya.

“Okay Boss… take care,” Bahirah hilang dari pandangan. Cassy mengeleng kepala sambil mengunci bilik Bahirah.


No comments:

Post a Comment