Purple Flowers

Thursday 31 October 2013

~ Kisah saya ... karya pertama


Lupa saya nak cerita... karya pertama saya yang pada asalnya diberi tajuk "BELUM WAKTU" telah ditukarkan kepada "KASIH BERTAMU".  Ini adalah kerana saya rasakan seperti ada badi pada tajuk itu apabila ianya terperap lama dalam simpanan satu penerbit itu dan setiap kali bertanya mereka hanya suruh bersabar.  Belum waktu kata mereka.!

Saya telah hantar pada satu penerbit ini dan setelah beberapa bulan saya dimaklumkan bahawa manuskrip saya itu telah lulus bagi penilaian terbit.  Punyalah happy hingga tak terkata.  Bagaikan apa yang diimpikan bakal jadi kenyataan.

Tapi itu berlaku awal tahun yang lalu.  Saya juga dimaklumkan bahawa manuskrip saya akan diterbitkan sebelum akhir tahun 2013 ini.  Namun sehingga kini ianya masih tidak jadi kenyataan.

Sehinggalah seorang rakan novelis saya beri cadangan agar saya serahkan manuskrip saya itu pada satu penerbit baru.  Demi untuk memberi sokongan pada sebuah syarikat yang baru dibuka, saya bersetuju. Tapi sebelum itu saya bagi salinan manuskrip saya itu untuk penilaian mereka. Andaikata mereka berminat, saya akan lakukan tindakan seterusnya.  Dan tanpa perlu tunggu lama, pada keesokan harinya saya terima jawapan balas yang mana mereka berminat untuk menerbitkan manuskrip saya itu.

Maka saya menghubungi penerbit awal dan minta untuk tarik balik manuskrip saya itu.  Pihak penerbit tersebut bertanya samada saya benar-benar mahu tarik balik or tak?  Sebab mereka dalam rangka untuk menyusun jadual penerbitan untuk tahun 2014.  What? 2014? Bila pula giliran saya? Oktober, November or December 2014?

Saya baru mula berkarya dan sudah semestinya saya anxious untuk melihat karya saya jadi sebuah novel dan saya kena tunggu paling-paling pun hingga hujung tahun depan? Of course not, right?

So.. bila ada syarikat baru yang memerlukan manuskrip dan saya rasakan saya tidak perlu tunggu lama untuk karya saya jadi sebuah novel, apakah saya kena tolak tawaran ini? Of course not! Jadi.. setelah pihak penerbit yang mula tu bersetuju untuk melepaskan manuskrip saya itu, saya terus serahkan pada penerbit baru.

Walau macamana pun saya masih risau dengan tindakan saya ini kerana saya takut yang dikejar tak dapat yang dikendung pula keciciran.  Kalau boleh saya tak mahu menyesal.  Saya perlu bersedia untuk apa saja kemungkinan.

Beberapa hari lepas, saya terima panggilan telefon yang menggembirakan dari penerbit baru ini.  Saya dimaklumkan novel saya akan menjadi kenyataan menjelang Pesta Buku 1Malaysia pada Disember 2013 nanti.  Harap sangat tiada perubahan dalam perancangan mereka.  Harap sangat mereka dapat membantu penulis-penulis baru seperti saya memandangkan mereka juga sebuah syarikat baru.  Apart all that... harap sangat penerbit itu akan berjaya dan kejayaan itu dikongsi bersama penulis-penulis seperti saya.

Said all that... saya akan bersabar dan terus bersabar hingga impian saya benar-benar jadi kenyataan. Kini masa untuk saya tawakal pada Allah SWT.  PadaNya saya berserah.  Andai ada rezeki saya dalam bidang penulisan ini, Insyaallah ianya akan jatuh ke riba saya juga.  Walaupun usia menghampiri setengah abad, namun bagi saya ianya tidak terlewat untuk saya merealisasikan apa yang saya minat.

Pada pengunjung-pengunjung yang dihormati, doakan kejayaan saya. Amin...







Wednesday 30 October 2013

~ Karya Terbaru... Bidadarikah Aku?

Insyaallah pada November nanti saya akan postkan karya terbaru saya.  Sesiapa yang singgah di blog ini dan baca karya terbaru saya itu, harap dapat turunkan sepatah dua komen sebagai pendorong dan pembakar semangat agar idea turun mencurah-curah.

Karya kali ini tidak specific pada satu watak sahaja. Seperti biasa tema kekeluargaan dan persahabatan menjadi keutamaan, sebab bagi saya walau apa pun masalah hidup yang kita hadapi, andai kasih sayang sesama ahli keluarga utuh, maka Insyaallah semuanya akan dapat dihadapi.



Diharap segalanya berjalan lancar...

Oh ya... lupa pulak.  SELAMAT HARI LAHIR ADINDA AZIZUL KARIM.  Semoga usia diberkati dan murah rezeki selalu.

Tuesday 1 October 2013

~ Oktober muncul kini...



Bulan Oktober kini telah muncul.

Ini bermakna sudah 15 bulan manuskrip pertama terperap di tangan penerbit. Walaupun jawapan gembira sudah lama diperolehi, namun untuk melihat ianya menjadi kenyataan, bagai menanti buah tak gugur.

Kini manuskrip yang merupakan karya pertama saya sudah diserahkan pada penerbit baru.  Saya terpaksa tarik balik karya saya itu dari penerbit awal kerana mereka seperti tidak menepati janji dan membiarkan saya terkontang-kanting tanpa tahu di mana sebenarnya status karya saya itu.

Disebabkan ini, akal saya bagai tidak berfungsi untuk meneruskan penulisan bagi menyudahkan manuskrip kedua.  Tiba-tiba minda jadi buntu. Mungkin sebab hati jadi sebal dan luluh dengan apa yang berlaku.  Bagaimana ya dengan penulis-penulis lain? Apakah mereka juga hadapi sebagaimana yang saya hadapi kini?  Apakah ini simptom karya pertama?

Kini manuskrip 'baby' saya itu ada ditangan penerbit baru.  Dengan penerbit baru ini, tanpa menunggu lama, jawapan telah diterima walaupun ianya bukan secara rasmi namun saya percaya mereka tidak main-main dengan hal seperti ini.

Hanya kini saya membilang hari menantikan kelahiran novel sulung saya.  Harap ada rezeki dan harap saya tidak mengambil langkah yang salah.  Takut pulak yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula keciciran.