Purple Flowers

Monday 23 September 2013

~ Kasih Bertamu {Bab 5}



“Assalamualaikum Mak Ton sayang… selamat pagi!” ceria Shalin Zara menyapa Mak Tun di dapur.

“Waalaikumusalam adik.  Adik nak minum?”

“Boleh jugak Mak Ton. Apa menu sarapan pagi ni Mak Ton?” Shalin Zara menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya. Senyuman manis diberikan pada Mak Ton yang sedang menuangkan Nescafe ke dalam cawan Shalin Zara.

“Mak Ton goreng bihun saja adik. Itu pun umi adik yang minta. Kata umi along dah balik. Betul ker?” Tanya Mak Ton.

“Betul ler Mak Ton. Along balik malam tadi. Eh malam apa nya, pukul 4 sampainya. Dah ler masuk macam penyangak. Nasib baik angah tak ketuk along dengan kayu hoki. Kalau tak wallahualam,” beria-ia sungguh Shalin Zara bercerita.

“Hmm… Mak Ton tak dengar pulak apa-apa bunyi pun.” Berkerut dahi Mak Ton cuba mengingati kalau ada apa-apa bunyi.

“Mana Kak Ton nak dengar, bilik Kak Ton jauh dari pintu masuk,” Puan Sri Badariah tiba-tiba muncul.

“Apa lah umi ni, terkejut adik ngan Mak Ton tau. Tiba-tiba jer mencelah,”

Tersengih Puan Sri Badariah sambil mencium dahi Shalin Zara.

“Dah siap Kak Ton? Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” Begitu lah Puan Sri Badariah. Tak pernah nak membeza-bezakan pekerja maupun keluarga. Bagi Puan Sri Badariah, Mak Ton sudah seperti kakak dia sendiri. Apatah lagi Mak Ton tidak berkeluarga. Tidak pernah berkahwin. Alasannya, Mak Ton takut kalau kahwin, Mak Ton kena tinggalkan rumah besar Tan Sri Shahrom ni. Mak Ton begitu sayangkan ketiga-tiga anak Tan Sri Shahrom. Dah seperti anak-anak dia sendiri. Dan ketiga-tiga anak Tan Sri Shahrom juga sayangkan Mak Ton. Bagi mereka Mak Ton sudah seperti ibu kedua mereka.

“Good morning everybody! Irwan Shah Shahrom aka along in the house!” sapaan yang mengejutkan kesemua mereka yang berada di dapur.

“Astaghafirullahalazim aloooong… tau lah dah lama duduk di luar negara. Takkan sampai salam pun dah tak tahu nak beri?” Mak Ton mengucap panjang sambil menampar bahu Irwan Shah.

“Hehehe… bukan tak tahu Mak Ton, along saja nak sakat. Mana boleh lupa segala ajaran walid, umi dan juga Mak Ton. Sampai nafas terakhir Insyaallah along takkan lupa,” nakal juga Irwan ni.

Tersenyum Puan Sri Badariah. Hati bagai berbunga-bunga bila melihat kenakalan Irwan Shah. Masa kepulangan Irwan Shah yang lalu, pada hari pengkebumian Tan Sri Shahrom, sungguh payah nak dengar suara Irwan Shah. Irwan Shah sudah seperti orang lain. Wajahnya serius, pendiam dan senyuman seperti sudah hilang dari wajah tampan anak sulungnya ini. Masa itu Puan Sri Badariah tahu anak sulungnya tengah bersedih dengan kehilangan walid secara mengejut. Irwan Shah seperti tidak dapat menerima akan kehilangan walidnya. Setitis airmata pun tidak kelihatan. Setelah tiga hari bersama keluarga, Irwan Shah tiba-tiba menghilangkan diri. Rupa-rupanya dia sudah pulang ke Eropah tanpa pamit.

Kelihatannya kini Irwan Shah seperti sudah boleh menerima akan pemergian Tan Sri Shahrom. Namun begitu, Puan Sri Badariah masih nampak adanya mendung yang masih meliputi wajah anak sulungnya ini. Hanya belum tergamak untuk dia bertanya. Tunggulah sikit hari lagi. Sekarang ni yang penting dia tidak sabar menantikan hari pembacaan wasiat arwah suami tercinta. Ada sesuatu yang selama ini memang ditunggu-tunggu. Puan Sri Badariah sangat berharap agar yang sesuatu itu akan muncul masa pembacaan wasiat itu nanti.

“Umi? Kenapa termenung ni?” teguran Shalin Zara membuatkan Puan Sri Badariah tersedar dari lamunan. Sekilas Puan Sri Badariah memandang Irwan Shah dan Shalin Zara.

“Nothing dear. Termenung kosong…,” segaris senyum dibibir tidak dapat melindungi apa yang difikir, namun Puan Sri Badariah cuba juga untuk mengalih perhatian anak-anaknya. “Angah mana? Takkan tak bangun lagi?”

Cuba alih topik nampaknya umi ni.

“Ada ni mi sayang…” tiba-tiba satu kucupan singgah di pipi kanan Puan Sri Badariah. “Sorry bukan lewat bangun. Angah on the phone tadi. Semua tunggu angah ker untuk breakfast?”

“Waiting for you? Why should we… kan adik kan?” Irwan Shah mula dah dengan sessi usik-mengusiknya. Mata dikenyitkan pada Shalin Zara.

“Ya lah along. Tak terlintas pun nak sarapan tunggu angah ni. Sian angah perasan…” belum sempat Shalin Zara melarikan diri, Irfan Shah sudah menarik tangan Shalin Zara. Lantas dikepitnya kepala Shalin Zara dicelah ketiaknya. Menjerit-jerit Shalin Zara dibuatnya.

“Sudah sudah… ish bebudak ni. Dah nak mengadap rezeki boleh pulak korang bergusti kat sini,” Mak Ton muncul dengan mangkuk bihun goreng di tangan. Puan Sri Badariah mengelengkan kepalanya. Rasa ceria sungguh pagi ini. Sudah lama keadaan riuh sebegini tidak kedengaran di rumah besar ini. Masing-masing sibuk dengan hal masing-masing. Nak berkumpul begini walaupun sekali sebulan pun sukar dilaksanakan. Sungguhlah… setiap sesuatu musibah tu pasti ada hikmahnya. Dan kini, setelah pemergian Tan Sri Shahrom, Irwan Shah kembali untuk terus kekal di sini, menguruskan Badshah Holdings dan berada disamping keluarga.

“Umi… jom kita makan,” terdengar lembut suara Irwan Shah memanggil sambil tangan kanannya melingkari bahu uminya.


Menitis airmata Puan Sri Badariah sambil senyum terukir dibibir. Dari seorang ke seorang anaknya diperhatikan. Betapa dia sungguh bersyukur kerana doanya selama ini sudah dimakbulkan Allah SWT. Alhamdullillah…



No comments:

Post a Comment