Purple Flowers

Monday 23 September 2013

~ Kasih Bertamu {Bab 8}



Seusai solat subuh tadi lagi kepala dah berdenyut-denyut. Apa hal pulak ni. Semalam ok je. Bahirah mula bergerak turun dari katil. Langkah diatur menuju ke kamar mandi. Badan perlu disegarkan kembali, kalau tidak pasti tidak dapat menghadirkan diri untuk pembacaan wasiat nanti. Kalau boleh Bahirah tidak mahu mengecewakan Haji Talib. Sudah seminggu hati meronta-ronta ingin tahu kenapa namanya ada dalam wasiat tersebut. Kini bila hampir sampai waktunya, badan pula seperti tidak mahu beri kerjasama.

Empat puluh minit sudah berlalu. Bahirah melangkah ke arah dapur. Kaki bergerak mengarah ke kabinet sebelah kanan. Tangan ligat menyelongkar di setiap almari dan laci yang ada. Gagal menemui barang yang dicari. Dialihkan pula perhatian ke almari berhampiran pintu dapur. Juga tak jumpa. Jari-jari runcingnya mula memicit-micit kepala yang masih berdenyut. ‘Takkan dah habis kut?’ hati mula bertanya.

“Hishhh… kena keluar awal juga nampaknya!”

Bahirah segera ke kamar nya semula. Tudung diambil dan terus dipakai. Beg tangan pula disambar sambil lewa. Sekilas dipandangnya jam di dinding. Ten minutes after eleven! Keluhan berat dilepaskan. Bahirah melabuhkan duduk di sofa berhampiran.

“Kalau keluar sekarang, buatnya sangkut jam. Maunya tak sempat nak balik rumah semula. Kedai pulak jauh. Lebih baik aku siap awal-awal. Dari kedai nanti boleh terus ke pejabat peguam. Kalau dapat sampai awal, ok jugak.” Bahirah berbicara sendiri. Tak boleh dilayan pening di kepala ni.

Setengah jam kemudian, kelihatan Bahirah sedang mengundurkan kereta keluar dari pagar rumahnya. Mengenakan baju kurung merah berbunga hitam. Dipadankan pula dengan tudung bawal hitam berkerawang merah, menambahkan ayu diwajah walaupun sedikit pucat. Dengan tenang Bahirah memulakan pemanduan.

Lima belas minit perjalanan, akhirnya Bahirah tiba ditempat yang dituju. Bertambah berdenyut kepala bila tengok tempat parkir semua penuh. Dua kali pusing, akhirnya Bahirah berjaya juga untuk memarkirkan keretanya. Agak sedikit jauh dari kedai yang dituju. Namun langkah diteruskan juga.

Di dalam kedai, Bahirah mencapai sebotol air mineral dan terus menuju ke kaunter…

“Adik… boleh bagi akak Panadol Actifast sekotak?”

Pembantu kedai menghulurkan sekotak ubat yang dipinta pada Bahirah.

“Berapa semua?” senyuman tawar diberikan. Nak buat macamana. Kepala tengah tak berapa ok ni.

Setelah selesai dibayar, Bahirah segera keluar dari kedai. Sebaik saja kaki melangkah keluar, telefon bimbitnya berbunyi. Bahirah mula meraba-raba telefon dalam beg tangan. Dalam masa yang sama kaki masih belum berhenti berjalan. Tanpa memberi tumpuan pada arah dituju, Bahirah terus melangkah hingga…

Peeetttttt!!!!

“Arrgghhhh...!” Bahirah menjerit. Dalam masa yang sama terasa badan ditarik dengan kuat. Mata masih terpejam. Jantung berdegup pantas. Dia terkaku di situ.

Beberapa ketika berlalu….

“Cik? Cik? Are you ok?” terdengar suara garau di cuping telinga Bahirah. Terlalu hampir. Perlahan-lahan Bahirah membuka matanya. Hampir terjerit dibuatnya. Baru dia sedar diri dipeluk orang. Pantas Bahirah menjauhkan diri. Malunya aku!!!!

“Cik tak apa-apa?” suara itu masih bertanya lagi.

“Sa..sa.. saya ok… tak apa-apa. Thanks. Tapi… apa yang berlaku?” tergagap-gagap Bahirah menjawab. Terus saja dia bertanya bagi menutup malu.

“Cik hampir dilanggar motor tadi. Cik lintas jalan tanpa lihat keliling. Ini tak elok Cik. Amat bahaya,” berleter pulak si garau ni.

“Saya tak perasan.” Bahirah balas dengan perlahan. “Walau macamana pun, sekali lagi terima kasih.” Sambungnya.

“No hal. Just lucky I ada di sini,” mata dikenyit membuatkan Bahirah jadi tidak tentu arah.

“Boleh I tanya… cik ni sihat ke? Saya tengok wajah cik pucat sangat?” si garau memandang Bahirah dengan pandangan yang tajam. Begitu concern. Padahal kenal pun tidak!

“I’m fine,” Jawab Bahirah. “Maybe sebab I masih terkejut lagi. But now dah ok dah,” sambung Bahirah. Bahirah membelek-belek tubuhnya juga beg di tangan. Macam kalut jer Bahirah ni. ‘Semua ada.. semua ok! Alhamdullillah,’ syukur dilafazkan dalam hati. Tanpa sedar Bahirah senyum pada penyelamatnya.

“Apakata kita duduk kat restoran depan tu. Elok Cik minum sikit. Cik masih dalam keadaan shock. Tak elok memandu dalam keadaan seperti ini.” Si garau memberi cadangan.

Belum sempat Bahirah menjawab pelawaan si garau, tiba-tiba telefonnya berlagu. Bahirah cepat-cepat mencapai telefon bimbitnya dari dalam beg. Melihat nama yang tertera, Bahirah segera menjawab sambil bergerak sedikit menjauhkan diri dari penyelamatnya yang sedang memandang Bahirah dengan pandangan yang sukar dimengertikan.

Bahirah memutuskan talian setelah habis berbual di telefon. Dia bergerak semula dan berdepan dengan si garau.

“Maaf encik. I’ve to decline your offer. Sebenarnya saya dah lewat untuk ke suatu tempat. So now… I’ve to make a move. Apa-apa hal pun, terima kasih banyak-banyak atas bantuan encik tadi. I betul-betul terhutang nyawa…” tersipu-sipu Bahirah tat kala melafazkan ayat yang akhir tu.

“Kalau begitu kata cik, saya terima. Saya harap ini bukan alasan cik untuk menolak pelawaan saya tadi?” duga si suara garau.

“Tidak encik. I betul-betul ada hal. Tu yang tergesa-gesa tadi. Errmm… rain check maybe?”

Terangkat kening si garau bila dengar Bahirah sebut ‘rain check’. Ada peluang… kata hatinya.

“OK… rain check… kalau macam tu apa kata cik bagi nombor phone cik supaya senang saya call nanti.” Teruja sungguh si garau. Bagai bulan jatuh ke riba. Kalau sekadar nak minta nombor tadi, tanpa alasan yang kuat, sure takkan dapatnya.

‘Adoi!!!! Gatal sungguh mulut ni’ Bahirah melepaskan geram. Tapi dalam hati saja. Muka dah mula berona merah. Nak tak nak, Bahirah keluarkan kad nama miliknya dan diserahkan pada si garau.

“Hmmm… Cik Bahirah Badri. Nice name. And secantik orangnya,” lebar senyum diwajah. Hati berlagu riang.

“Tunggu I call yer Cik Bahirah Badri.”

“Tapi… nama encik?”

“Oh… ingatkan tak sudi nak tahu.” sempat pulak dia mengusik.

“Saya Hadi.. Ali Hadi,”

“Terima kasih En Ali Hadi. Saya minta diri dulu. Sekali lagi terima kasih kerana bantu saya tadi.” Perlahan saja suara Bahirah. Namun masih sampai ke telinga Ali Hadi.

“No big deal. Setiap yang berlaku mesti ada hikmahnya. And hikmahnya, kita dapat berkenalan…”

Tertunduk Bahirah di situ. Tidak tahu macamana nak balas kata-kata Ali Hadi tadi.

“Assalamualaikum Encik Ali Hadi. Saya pergi dulu,” segera Bahirah meninggalkan Ali Hadi. Tak sanggup dia berlama di situ, takut nanti lewat ke destinasi.



No comments:

Post a Comment