Purple Flowers

Monday 23 September 2013

~ Kasih Bertamu {Bab 3}



“Mana pejabat Tuan Haji Talib ni? Tingkat 20… hmmm…” Bahirah mengomel sendirian sambil menunggu di pintu lif. Jari masih menekan-nekan punat di telefon bimbit. Memastikan alamat diberi betul dengan tempat dituju.

Sebaik pintu lif dibuka Bahirah meluru masuk kerana tidak mahu membiarkan Haji Talib menunggu. Bahirah sedar dia sudah terlewat sepuluh minit. Siapa nak sangka ada kemalangan semasa dalam perjalanan tadi.

Lif berhenti di tingkat 20. Bahirah terus meluru keluar dan mencari-cari pejabat Talib, Wong & Associates.

“Hummpphh…. Di hujung sekali? Awat tak habak?” mulut tak berhenti-henti merungut.

Setibanya di pejabat Talib, Wong & Associates…

“Assalamualaikum… saya Bahirah Badri. Ada temujanji dengan Tuan Haji Talib.” Bahirah memperkenalkan diri pada penyambut tetamu yang tersenyum manis menyambut kedatangannya.

“Waalaikumusalam Cik Bahirah, Tuan Haji Talib sedang menunggu cik. Sila ikut saya,” gadis manis itu menyambut salam dengan senyuman yang tak lekang dari bibir merah nya.

Sebaik pintu dibuka, Bahirah terus dijemput masuk.

“Selamat datang Cik Bahirah. Saya Talib… salah seorang peguam di sini. Sila duduk,” Haji Talib memperkenalkan dirinya sambil menarik salah sebuah kerusi dan mempelawa Bahirah untuk duduk.

“Maafkan saya kerana memanggil Cik Bahirah ke sini dengan mengejut. Kalau ikutkan awal lagi saya nak hubungi Cik Bahirah, tapi memandangkan banyak perkara yang perlu saya uruskan, hanya sekarang baru saya berkesempatan. Harap saya tidak mengganggu?”

“Tidak mengapa Tuan Haji. Hanya saya musykil. Atas urusan apa saya dipanggil kemari? Setahu saya, saya tidak pernah berurusan dengan mana-mana peguam, so far…” tanpa berbasi-basa, Bahirah terus bertanya.

Terdengar ketukan di pintu dan seketika kemudian kelihatan ianya dibuka dari luar. Seorang wanita masuk dengan membawa dua mug berisi kopi dan sepiring kueh karipap di dalam dulang. Segaris senyuman diberi dan dibalas.

“Silakan,” pelawa wanita tersebut sambil melangkah keluar.

“Silakan Cik Bahirah,” pelawa Haji Talib pula.

“Terima kasih”

“OK, elok kita teruskan. Begini. Saya merupakan peguam bagi pihak Badshah Holdings milik Allahyarham Tan Sri Shahrom. Apa Cik Bahirah pernah dengar nama Tan Sri Shahrom ataupun Badshah Holdings?” Talib bertanya.

'Badshah Holdings hmmm... tapi kalau Badshah Shah Rukh Khan tau ler...' Bahirah menjawab di dalam hati.

“Badshah Holdings memang pernah dengar. Tapi kalau nama Tan Sri Shahrom saya tak berapa pasti. Tapi apa kena mengena dengan saya?” bertambah hairan Bahirah.

“Begini lah Cik Bahirah. Segala-galanya akan saya terangkan masa hari pembacaan wasiat nanti. Buat masa ini saya hanya ingin menyampaikan surat ini kepada Cik Bahirah. Surat yg meminta agar Cik Bahirah dapat hadir or another words, mesti hadir pada hari pembacaan wasiat itu nanti.” Haji Talib sengaja menekankan sedikit tonasi suara bila sebut mesti hadir.

“Tapi Tuan Haji…. Apa kena mengena saya dengan wasiat-wasiat semua ni?” Bahirah terus bertanya. Dia benar-benar terkejut. Apa kena mengena dengan dia pulak. Tidak semena-mena mata Bahirah membulat.

“Cik Bahirah jangan lah suspens sangat. It’s just that kehadiran Cik Bahirah memang amat diperlukan agar segala apa yang ada dalam wasiat ini dapat dilaksanakan. Please do come… kalau tidak semuanya akan tergendala and Badshah Holdings akan jatuh,” tajam renungan mata Haji Talib memandang Bahirah. Risau juga kalau Bahirah tak hadir nanti semua usaha Tan Sri Shahrom dan dia sendiri akan sia-sia.

“ I still don’t understand. But it’s ok. I’ll try my best to be here on time. Curiosity killed the cat, kan?” Segaris senyum tersungging di bibir. Bahirah terpaksa akur. Lagipun dalam hati melonjak-lonjak ingin tahu apa sebenarnya semua ini. Mana tau tiba-tiba tuah datang bergolek. Tiba-tiba ada yang baik hati mewasiatkan harta mereka pada dirinya. Dalam kepala mula berlegar-legar segala macam tiba-tiba. Mata makin mengecil dengan raut wajah nakalnya.

“OK lah kalau macam tu. Kita jumpa lagi minggu hadapan. Tarikh dan masa ada dinyatakan dalam surat tersebut. Terima kasih Cik Bahirah. I really appreciate it.” Haji Talib rasa lega dengan kesudian Bahirah. Benar-benar lega.

“Kalau macamtu saya minta diri dulu Tuan Haji. Insyaallah minggu depan kita jumpa. Assalamualaikum,” Bahirah bangun.

“Eh… nanti lah.  Jemput minum dulu. Dah ada depan mata, tak baik kalau tak dijamah,” Haji Talib menunjukkan ke arah kueh mueh yang ada di meja.

“Ya lah… Terima kasih Tuan Haji,” Bahirah duduk semula.  Segera dicapainya seketul kueh karipap dan dibawa ke mulutnya. Begitu sopan kunyahan Bahirah.  Haji Talib rasa sedikit tersentuh di hatinya. Sambil itu, Bahirah berbual-bual kosong dengan Haji Talib sekadar untuk mengisi masa sehingga air di dalam mug yang dihadapannya dapat dihabiskan.

“Baiklah Tuan Haji, saya minta diri dulu.  Nanti Insyaallah kita bertemu lagi ikut pada apa yang dinyatakan di dalam surat ini.”  Bahirah memohon diri sekali lagi. Dia terus berdiri dan mencapai tas tangan yang diletakkan di sisinya tadi.

Haji Talib pun berdiri sama smbil mengangguk kecil.

“Terima kasih Bahirah kerana sudi datang walaupun dengan short notice,” ujar Haj Talib.

“It’s Ok Tuan Haji.  Kalau saya tak buat apa-apa, ianya bukan jadi masalah untuk penuhi jemputan Tuan Haji ni,” balas Bahirah.

Haji Talib memulas tombol pintunya lantas daun pintu dikuak bagi membolehkan Bahirah melangkah keluar.  Bahirah tersenyum dan menundukkan sedikit kepalanya sebagai tanda hormat sebelum melangkah keluar dari bilik Haji Talib.

“Assalamualaikum,” salam diberi sebaik dia melangkah meninggalkan Haji Talib.

“Waalaikumussalam…” balas Haji Talib.


“Satu sudah settle… tinggal satu lagi. Irwan Shah! Harap sangat along akan pulang utk sama-sama hadir masa pembacaan wasiat nanti,” Haji Talib berbicara sendiri sambil melepaskan keluhan. Mata masih memandang pada pintu yang sudah ditutup.


No comments:

Post a Comment