Purple Flowers

Tuesday 24 September 2013

~ Kasih Bertamu {Bab 14}

Keluhan dilepaskan. Haji Talib bersandar dikerusi sambil mata memandang  Bahirah. Bahirah kelihatan kaku. Tidak bergerak langsung. Reaksi yang sedikit kurang menyenangkan bagi Haji Talib. Mata kemudian dialihkan ke Irwan Shah. Irwan Shah sedang menunduk dengan kedua-dua tangan yang digenggam diletakkan di atas meja. Irfan Shah pula memandang Bahirah dengan pandangan yang sayu. Shalin Zara memeluk bahu Puan Sri Badariah dan cuba menenangkan uminya yang kelihatan sedang teresak-esak.

“Bahirah… are you ok?” akhirnya Haji Talib bersuara.

Bahirah menoleh sedikit dan memandang Haji Talib. Dengan segaris senyum terbit dibibir, Bahirah mengangguk lemah.

“Irah ok uncle. Irah ok…” jawab Bahirah.

Bahirah lantas memandang ke arah Puan Sri Badariah. “Ermm… Puan Sri! Maafkan Irah kerna membuatkan Puan Sri bersedih,”

“Bukan Puan Sri Irah… ini umi! Ini umi Irah… sama macam anak-anak umi yang lain,” Puan Sri Badariah menegaskan. Tangan ditepuk-tepukkan ke dadanya.

 “Irah marahkan umi?” Puan Sri Badariah terus bertanya.

“Tidak Puan… ermm.. tidak umi. Tidak ada sebab untuk Irah marahkan sesiapa. Apatah lagi setelah dengar semua cerita ini. Irah bahagia sangat kerana sesungguhnya Irah bukan sebatang kara,” Bahirah lantas memegang bahu Puan Sri Badariah dan kemudian tenggelam dalam pelukan Puan Sri Badariah.

“Sesungguhnya benar kata Badri. Apa yang dihajat nya benar-benar sudah termakbul. Irah seperti Sofia. Hanya wajah Irah mirip Badri, namun sikap Irah sama seperti Sofia,” ulas Haji Talib.

Pelukan dilepaskan. Bahirah menyapu airmata di wajah Puan Sri Badariah. Ketiga-tiga anak muda yang berada di situ sekadar memerhati. Tidak berani nak mencelah. Selesa hanya sebagai pemerhati sahaja.

Bahirah tiba-tiba menegakkan tubuhnya di kerusi. “Umi, jadi ini semua adik-adik Irah?” tanya Bahirah sambil jari menunding ke arah ketiga-tiga anak Puan Sri Badariah.

“Ehem… ehem… excuse me. Yang adik hanya yang itu saja,” Irfan Shah menunding ke arah Shalin Zara. “Yang sini abang-abang cik Bahirah, ada faham?” Irfan Shah mengenyitkan matanya pada Bahirah.

Suasana yang agak tegang sedari tadi kini sudah kendur. Irfan Shah memang sentiasa bijak menceriakan suasana.

Bahirah tersenyum malu. Bahirah perasan Irwan Shah asyik memandang padanya. Pandangan yang menggetarkan naluri wanita yang ada padanya. Bahirah cuba melawan pandang dengan Irwan Shah, namun Irwan Shah masih begitu.  Akhirnya Bahirah membuang pandang ke arah lain. Dia tidak selesa.

Keadaan menjadi sunyi kembali. Bagaikan bilik baru dilintasi malaikat.

“Baiklah… since semua kesah lampau sudah diceritakan… baik uncle mulakan dengan pembacaan wasiat ini. Kalau lewat karang, terlepas asar pulak kita,” Haji Talib memecahkan kebisuan. “Oh ya… wasiat ni dalam bentuk surat yang ditulis tangan oleh Tan Sri Shahrom sendiri. Kalau ikutkan kami perlu menaip semula dan ditandatangani kemudian. Tapi…. Tak sempat” perlahan sungguh suara Haji Talib bila sebut perkataan tak sempat tadi. Hampir tidak kedengaran.

“Bismillahhirrahmannirrahim…” Haji Talib memulakan bicara.

“Dengan ini, saya Shahrom Bin Shaari, ingin menyerahkan 35% saham Badshah Holdings kepada keluarga saya yang tercinta. Saham ini tidak boleh dipecahkan kepada anak-anak saya. Maka saya letakkan isteri saya Badariah Bt Burhan sebagai penama untuk 35% saham ini. Namun segala keuntungan dan hasil dari saham ini akan dibahagikan sama rata antara isteri dan anak-anak saya, Irwan Shah, Irfan Shah dan Shalin Zara.

Walaupun 35% saham atas nama Badariah Bt Burhan,  yang akan mengambil alih tugas saya sebagai peneraju dan CEO Badshah Holdings, saya serahkan pada anak sulung saya Irwan Shah Shahrom.

Seterusnya, rumah banglo di Taman Saujana, yang sedang diduduki sekarang ini menjadi milik anak sulung saya Irwan Shah. Sebuah kondo di Bukit Kiara pula, saya serahkan pada anak kedua saya Irfan Shah. Dan sebuah lagi banglo di Selayang saya serahkan pada anak bongsu saya, Shalin Zara. Walau bagaimanapun ketiga-tiga rumah ini tetap menjadi hak isteri saya sehingga beliau sendiri melepaskannya kepada anak-anak seperti yang diamanahkan.

Sebidang tanah seluas 25 ekar yang dibeli suatu ketika dulu kini telah menjadi milik Badshah Holdings. Sejumlah wang yang ada dalam simpanan saya, diserahkan pada isteri saya Badariah Bt Burhan. Terpulanglah pada isteri saya untuk buat apa dengan wang tersebut. Kerana saya percaya, beliau seorang yang sangat bijak dan bertimbangrasa. Saya bersyukur dikurniakan seorang isteri seperti beliau dengan dianugerahkan tiga orang cahayamata yang begitu istimewa.

Kepada isteriku… jagalah dirimu baik-baik. Dan pastikan anak-anak kita akan terus menjadi anak-anak yang baik, yang taat pada agama, taat pada kita dan tidak mudah lupa diri.

Pada anak-anak walid sekalian, tolong jaga umi untuk walid ya? Teruskan menjadi anak-anak yang soleh, anak-anak yang hormat ibubapa dan sesiapa saja. Teruskan usaha walid. Walaupun walid sudah tiada di sisi kalian, anggap sajalah bahawa walid sentiasa ada. Dan ingatlah, walid sentiasa ada di hati kalian…”

Haji Talib menghentikan sementara bacaannya. Kelihatan Puan Sri Badariah dan Shalin Zara menangis. Irfan Shah menangkup wajahnya di meja. Badannya kelihatan terhinggut-hinggut. Sementara Irwan Shah masih tegak dikerusi. Mata kelihatan merah. Cuba menahan airmata dari mengalir.

Haji Talib membiarkan anak beranak ini melayan perasaan buat seketika. Bahirah menunduk sedikit, tidak tahan melihat keadaan sekeliling pada tika itu.

Beberapa minit berlalu, akhirnya Puan Sri Badariah bersuara.

“Sila sambung abang Talib.”

“Baiklah. Sedia ya… sikit sahaja lagi.”terang Haji Talib.

“Kepada  anak saudara kesayangan kami Bahirah Bt Badri, yang telah kami tinggalkan di Rumah Anak-Anak Yatim Darul Hikmah kira-kira 23 tahun yang lalu. Ini semua kami lakukan atas kehendak arwah abahnya yang juga merupakan abang umi. Namun begitu, kami tidak tinggal Bahirah sebegitu saja. Kami masih pantau perkembangan Bahirah dari jauh. Kami tidak sesekali lepaskan Bahirah begitu sahaja, walaupun itu kehendak Badri.

Untuk pengetahuan Bahirah, walaupun Bahirah tidak tinggal dengan kami, kami tidak pernah melupakan Bahirah. Badshah Holding didirikan atas usaha abah Irah dengan dibantu oleh walid, Uncle Talib dan Uncle Ibrahim. Walaupun Badri sudah lama tiada, namun warisnya masih ada. Maka dengan ini 35% lagi saham milik Badri akan diserahkan pada Bahirah Bt Badri.”  Bacaan dihentikan seketika. Haji Talib mengalih pandang ke Bahirah. Kelihatan Bahirah kaget dan terperanjat dengan apa yang dia dengar.

“Selain dari itu, bersama-sama ini walid serahkan buku simpanan atas nama Bahirah Bt Badri kepada Bahirah. Ini adalah simpanan dari hasil keuntungan saham milik Bahirah yang kita perolehi selama ini. Kami hanya gunakan sedikit daripadanya untuk menampung perbelajaan Bahirah semasa menuntut di US dahulu. Walid harap Bahirah tidak menolaknya, kerana ini hak Badri. Hak Badri kini menjadi hak waris Badri. Bahirah anak yatim piatu. Harta anak yatim tidak boleh kami ambil ringan. Ini amanah Allah SWT yang perlu kami jaga sebaik mungkin. Bila ianya telah ada di tangan Bahirah, walid dan semua kami disini pasti berasa lega dan bersyukur.” Haji Talib memberhentikan bacaannya seketika sambil membelek helaian surat yang berada di tangan.

“Sebentar Uncle… berkenaan dengan saham syarikat. Irah kurang faham. Kenapa 35% uncle? Kenapa banyak sangat? Sedangkan selama ni walid yang uruskan segala-galanya,” Bahirah keliru. Mungkin Haji Talib salah baca kut?

“Benar Irah. Memang selama ni Tan Sri yang uruskan semua. Tapi pengasas Badshah Holdings adalah abah Irah. Dia sanggup berkorban segala-galanya demi Badshah Holdings yang dulu dikenali sebagai Badshah Sdn Bhd. Jadi bagi Tan Sri, share abah Irah dengan Tan Sri sendiri haruslah sama rata,”  begitu penerangan dari Haji Talib.

“Now I get it!” Irfan Shah tiba-tiba bersuara, mengejutkan semua yang ada di situ.  “BADSHAH! Stands for Badri & Shahrom! Dulu kita orang ingatkan Badariah & Shahrom. No wonder along ada tanya kenapa nama umi dulu baru nama walid… and walid tak jawab” Irfan Shah baru faham rupanya. Tersengih-sengih dia tiba-tiba. Cepat betul berubah mood si Irfan Shah ni.

“Sorry uncle! I’m too excited.. tu yang terluah apa yang difikir. Uncle boleh continue,” termalu-malu Irfan Shah bila semua mata memandang padanya.

Tersenyum semua yang ada di situ melihat akan gelagat Irfan Shah.

Mengeleng kepala Haji Talib. “Baiklah.. kita sambung…”

“Errmm.. ok. Bahirah juga dikehendaki untuk turut serta dalam pengurusan Badshah Holdings. Maka dengan ini Bahirah dilantik sebagai Pengarah Urusan Badshah Holdings yang berkuatkuasa serta merta dengan perlantikan Irwan Shah sebagai CEO Badshah Holdings.”

“Pengumuman perlantikan ini akan dilakukan  seminggu dari sekarang, yakni semasa mesyuarat  pemegang-pemegang saham yang bakal diadakan di Ibupejabat Badshah Holdings.” Haji Talib berhenti sebentar, sebelum meyambung kembali pembacaan.

“Irfan Shah pula akan dilantik sebagai Pengarah Kewangan syarikat juga menggantikan tempat Tan Sri Shahrom. Irwan Shah, Irfan Shah dan Bahirah haruslah bantu membantu antara satu sama lain demi kebaikan Badshah Holdings”

“Setakat ini sahaja. Diharap semua di sini dapat menerima isi kandungan wasiat walid ini. Walid harap semua dapat menerimanya dengan hati terbuka. Percayalah, walid sayang kamu semua dan andai kalian juga sayangkan walid, tolong jaga Badshah Holdings dan jadikan ianya sebuah legasi untuk keluarga. Jadikan ianya harta turun temurun untuk anak cucu kalian. Sebelum diakhiri… maafkan walid andai ada sikap walid yang melukakan hati anak-anak walid sekalian. Untuk isteri tercinta, terima kasih kerana hadir dalam hidup abang dan mewarnai hari-hari abang dengan begitu indah sekali. Segala kenangan akan abang bawa bersama abang. Sekian. Wassalam” Fail di tangan Haji Talib ditutup. Kelihatan beliau mengeluarkan sebuah envelope sederhana besar dan menyorongnya kearah Bahirah.

“Irah, terima ini,” pinta Haji Talib ketika menyerahkan envelope tersebut pada Bahirah.

Teragak-agak Bahirah untuk mengambilnya. Bahirah boleh agak apa di dalam sampul itu. Terketar-ketar tangan nya tatkala menyentuh sampul berkenaan. Dari satu wajah ke satu wajah dipandangnya. Rasa serba salah sungguh.

“Ambil lah Irah… itu memang hak Irah. It’s yours!” Puan Sri Badariah seakan mengerti dengan keresahan Bahirah. Bahirah akur jua.

“OK lah… apa kata kita stop dulu sementara. Sudah hampir 5:30. Tak elok sangat kita melewatkan waktu solat. Ini pun dah lewat dah ni. Jom kita ke surau. Nanti kita sambung bincang apa yang  patut. Lepas tu kita dinner sekali. Uncle belanja,” Haji Talib membuat usul yang memang tidak ada siapa boleh menyanggah. Kesemua mereka bangun dan mula melangkah meninggalkan bilik mesyuarat.

Usai mengerjakan solat asar, mereka berkumpul semula. Tapi kali ini di bilik Haji Talib. Mereka sekadar berbual-bual kosong. Tumpuan lebih diberikan pada Bahirah. Shalin Zara yang duduk bersebelahan dengan Bahirah begitu teruja bila kini dia sudah ada seorang kakak. Macam-macam soalan yang ditanyakan nya. Bahirah melayaninya dengan lembut dan penuh kasih sayang. Dengan siapa lagi Bahirah hendak berkasih sayang, kalau tidak dengan keluarga yang baru dia temui ini.

Haji Talib dan Puan Sri Badariah memerhatikan saja gelagat kedua-dua anak gadis yang berada di depan mereka. Memang tidak dinafikan, tingkah laku Bahirah tak ubah seperti Sofia.

Irwan Shah seperti tadi, asyik sungguh memerhatikan Bahirah. Andai Bahirah perasan akan sikap Irwan Shah ini, pasti dia sendiri tidak akan selesa. Sementara Irfan Shah pula masih di luar bilik, sedang menjawab telefon.

Tiba-tiba Irfan Shah masuk terus bertanya. “Uncle, boleh tak angah nak bincang something dengan uncle? In private..”

“Boleh. Come, let’s talk dekat bilik mesyuarat,” Haji Talib membalas.

“Apa hal angah tetiba jer ni?” Shalin Zara menyampuk.

“Ini hal lelaki. Yang ladies duduk sini dediam.. ok?” jawapan Irfan Shah yang menyakitkan hati Shalin Zara.  “Along care to join us?” soalan diajukan pada Irwan Shah. 

“Kena join ker?”  selamba Irwan Shah  bertanya.

“Unless you’re one of the ladies,” selamba juga Irfan Shah menjawab.

Irwan Shah terus bangun, Segan pulak dia. Ketiga-tiga mereka bergerak keluar. Puan Sri Badariah hanya memerhatikan sahaja. Dah biasa bagi dia bila hal seperti ini berlaku. Sentiasa ada man’s talk!



No comments:

Post a Comment