Purple Flowers

Sunday 25 March 2012

Mengulang baca Bunga Syurga sambil mencari idea untuk menyambung novel karya pertama ku. So far dirasakan satu pertiga siap. Hanya perlu terus menulis hingga habis sebelum boleh diedit semula. Di harap idea akan datang tanpa gangguan. Selalunya gangguan hanya dari insan-insan yang ingin mengguna PC ini. Selalu membuatkan idea yang datang terbantut.



Tuesday 20 March 2012

Ulasan ringkas ~ SEHARUM KASIH


Sinopsis Novel:
Pertalian yang mula menguntum melalui bait kata-kata, apakah ia sekadar ilusi dan trend orang muda sahaja? Mengapa begitu sukar buat Rasya Aleeya untuk mempercayai kejujuran hati Syed Reeza? Mungkinkah kerana rupa dan gosip yang datang mengganggu jiwa, atau kerana apa yang pernah terjadi pada latar dirinya?

Fitnah yang dilontarkan membuat Rasya menerima kasih yang sudah lama tersemat pada Fahmi, lelaki yang sudah lama dikenalinya. Namun ombak yang datang telah mengubah pasir di pesisiran dan seterusnya membawa Rasya jauh menghilangkan diri lalu membawa hati yang sudah tidak keruan lagi. Pun begitu, dunia yang luas mampu menjadi kecil buat sepasang hati yang merindui.

Pertemuan yang tidak diduga merapatkan cinta yang hampir terpadam, tetapi sanggupkah Rasya menghancurkan harapan seorang gadis bernama Hilda yang tidak pernah bersalah? Apakah keputusan yang mahu diambil Rasya untuk mengubat jiwa yang masih resah gelisah? 


Hmmm... macamana ya Syed Reeza ni boleh tahan dengan sikap Risya yang kuat cemburu dan suka buat sesuatu tanpa berfikir panjang? Adakah kerana terlalu sayang, maka sanggup telan apa saja walaupun hati terluka?

Sebuah kesah cinta yang menarik dari pihak sebelah lelaki. Yang perempuan nya pula, kata sayang... kata cinta tapi dalam hati sering ada keraguan... which is not good!



Friday 9 March 2012

Ulasan ringkas ~ KAMPUNG GIRL

PERKAHWINAN diaturkan oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila dia mengetahui nama calon yang disebutkan oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu?! Tidak mungkin.

“Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu… mummy jangan paksa Ash!” - Ashraf Khairi.

“Ain akan kahwin dengan abang Ash!” - Ainnur.

Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Ashraf kehilangan kata.

Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur ada di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan.

“Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau kena ke bandar nak cari calon suami?” - Ashraf Khairi.

Dan nada yang sinis itu cukup untuk membuatkan Ainnur naik darah.

Benarlah kata orang, kerana pulut santan binasa… kerana mulut? Jerat terkena diri pemangsa. Rancangan untuk menolak diri Ainnur merupakan titik tolak yang ‘menjahanamkan’ diri Ashraf.

“Ash nak ajak dia beli cincin tunang.” - Ashraf Khairi.

Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Pertunangan yang diaturkan merupakan titik yang mengikat diri Ashraf dan Ainnur. Tapi siapa sangka, tarikh pernikahan yang semakin hampir mencemaskan Ainnur dek kerana ada ‘rahsia’ yang disimpan kemas daripada pengetahuan Ashraf. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah keadaan Ainnur di saat terpaksa menghadapi kemarahan Ashraf yang sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya.

“And what have you been thinking, doing such thing to me? Nak bagi aku nampak macam orang bodoh…” - Ashraf Khairi.

Kelu lidah Ainnur tidak mampu hendak menjawab. Terkantoi Ainnur dengan helahnya. Kesudahannya… Adakah Ashraf makin membenci? Adakah Ainnur menjauhkan diri? Tidak akan bertemukah dua hati ini? Akan wujudkah satu saat itu, di mana lelaki bandar ini jatuh hati dengan kampung girl yang dibenci?

Sebuah kesah cinta yang santai. Tidak membosankan. Walau setinggi mana sekalipun ego seorang lelaki akhirnya akan jatuh juga dengan kelembutan wanita. Dengan syaratnya kena ada kesabaran yang kuat untuk tempuhi apa saja rintangan maupun halangan mendatang.






Wednesday 7 March 2012

Ulasan ringkas ~ CIK BUNGA DAN ENCIK SOMBONG




Aku? Aku INTAN ASNIDAR. Mana cantik pun. Kulit pun ala-ala hangit. Kerja di kedai bunga dengan gaji cukup-cukup makan. Tak ada apa-apa yang istimewa tentang aku melainkan aku ada sebuah keluarga yang sangat bahagia.

Dia? Dia memang segak. Nama dia pun sedap, HARRIS ISQANDAR. Kalau sekali pandang mesti tak nak lepas. Kulit dia putih amat sampai mak ingat aku dah bawa balik orang Belanda masa aku bawa dia datang kampung aku buat kali pertamanya. Tapi tak kisahlah semua tu, tak penting sangat. Kemudian-kemudian nanti, rupa paras tu bakal duduk tempat keempat atau kelima.

Asal-asalnya, dia suruh aku jadi tunang terkejut dia sebabnya gadis yang sepatutnya jadi tunang dia pada hari tu sudah lari. Okeylah sebab satu hari saja, kira aku tolong orang dalam darurat. Tapi paling terkejut bila dia cakap,

“Okey Intan, mulai sekarang, awak adalah tunang dan bakal isteri saya. Sekiranya ada sesiapa kacau awak, tolong jangan berahsia dengan saya sebab kita bakal menjadi suami isteri. Suami isteri tidak boleh ada sebarang rahsia.”

Terkejut amat aku. Tapi sebelum tu mak dia, Datin Nora ada beri amaran kepadaku, “Jangan mimpi nak jadi menantu saya!”

Ah! Aku pun tak nak jadi menantu dia. Tak berminat langsung. Tapi sungguhlah kata orang, kalau sudah jodoh, tentu saja tak ke mana. Tinggal lagi, lama manakah rumah tangga tersebut bakal bertahan atau benarkah INTAN ASNIDAR itu hak milik kekal HARRIS ISQANDAR?

Novel CBES ni ceritanya lebih kurang dengan novel Bila Hati Kata Sayang (BHKS)... hanya bezanya BHKS hero heroin dah bertunang tanpa heroin kenal sape tunangnya and dalam CBES... heroin jadi bidan terjun utk jadi tunang hero... yg lelain lebih kurang sama. Si Heroin berhadapan dengan konflik dari ibu mertua / nenek mertua (camtu ker?) dan perempuan yg rapat dgn mertua.

And kedua-dua watak hero dlm kedua-dua novel ni punya sikap panas baran tapi begitu penyayang dengan heroin.

Begitu cliche... tp ok ler... sbb very enjoyable bila membacanya. And bila dah enjoy membaca tak sedar boleh ulang baca lagi sekali sebaik saja novel ni habis dibaca....

.... lepas tu... mula ler berangan sendiri.... adoyai!!!!!