Purple Flowers

Tuesday 24 September 2013

~ Kasih Bertamu {Bab 15}



Setibanya mereka di bilik mesyuarat, masing-masing duduk di kerusi yang berhampiran.

“OK.. we’re here. Apa ceritanya angah?” Haji Talib bertanya.

“Begini uncle, along. What I’m gonna say, harap uncle dengan along boleh terima dengan hati terbuka. Angah sengaja tak nak umi tahu. Angah tak nak umi bersedih lagi,” Irfan Shah bersuara. Risau juga bagaimana penerimaan Haji Talib dengan Irwan Shah nanti.

Melihatkan Haji Talib dan Irwan Shah tidak berkata-kata apa, malahan pandangan mata mereka kejap pada Irfan Shah, maka Irfan Shah terus menyambung bicara…

“Tadi, angah terima panggilan dari kawan angah dari Bukit Aman, ASP Zahid.” Irfan Shah berhenti sebentar untuk lihat reaksi insan di depannya. Tiada reaksi!

“Dari hasil siasatan pihak polis, mereka dapati kereta walid disabotaj.” Berhenti lagi. Irwan Shah seperti terperanjat. Haji Talib kelihatan tenang.

“Brek kereta walid dipotong dengan sengaja,” sambung Irfan Shah sambil terus memerhati.

“Biar benar ni angah?” Irwan Shah tiba-tiba bersuara.

“Memang ianya benar along,” sampuk Haji Talib dengan tenang.

Terperanjat kedua-dua beradik. Mata kedua-dua nya memandang Haji Talib dengan kerutan di dahi.

“Maksud uncle? Uncle dah tahu semua ini,” Irfan Shah bertanya dalam kehairanan.

“Ya angah, along. Uncle dah lama tahu. Uncle juga ada minta kawan uncle untuk siasat hal ini. Sekarang ini kawan uncle bekerjasama dengan ASP Zahid. Uncle juga tahu angah tidak akan mendiamkan diri. Sebaik saja angah menyatakan kecurigaan tentang kemalangan walid masa hari pengkebumian walid, uncle terus hubungi kawan uncle dan minta dia untuk membuat siasatan secara senyap.  Walaupun kini sudah ada perkembangan, pihak polis masih tidak mahu menghebahkan hal ini. Mereka ingin membuat siasatan dalam senyap, supaya penjahat itu tidak curiga,” panjang lebar penerangan dari Haji Talib.

Suasana bilik menjadi sepi. Irwan Shah renung adiknya. Irfan Shah renung Haji Talib dan Haji Talib hanya tersenyum memandang kedua-dua anak teman baiknya ini.

“Kenapa angah tak nak cerita dekat along? Kenapa angah senyap saja?” Irwan Shah geram bila diperlakukan begini.

“Along… bukan angah tak nak bercerita. Tapi cuba along fikir. Masa bila angah boleh bercerita dengan along? Lepas walid disemadikan, along langsung tak bercakap dengan sesiapa. Along terus melarikan diri balik London. Then I’ve tried to call you several times, still couldn’t get in touch with you. Now is the best time untuk angah ceritakan semua.” Ujar Irfan Shah dalam geram.

“OK.. I’m sorry!,” ringkas Irwan Shah membalas.

“Apology accepted..” Irfan Shah tersenyum hambar.

“Now.. apa yang boleh kita buat uncle?” Irwan Shah bertanyakan pada Haji Talib.

“Nothing! Just let the police do their work. Kita teruskan agenda kita untuk uruskan Badshah Holdings seperti yang dikehendaki oleh Tan Sri. Pihak polis akan maklumkan kepada kita setiap perkembangan. Kita hanya tunggu dan sabar.” Jawapan Haji Talib yang umpama arahan tidak harus diengkari. Irwan Shah dan Irfan Shah akur.

“Kita tamatkan dulu perbincangan kita ini disini. Jangan discuss di tempat lain. Mari kita keluar, nanti umi kalian cari,” sambung Haji Talib.

Ketiga-tiga mereka bangun dan bergerak keluar bilik mesyuarat. Di luar, mereka bertembung dengan Bahirah yang sedang berjalan menghala kearah mereka.

“Maaf uncle… Irah perlu nak bercakap dengan uncle sebentar. Need to discuss something with you first. If you don’t mind,” pinta Bahirah.

“No problem dear. Come, let’s go to the meeting room,” pelawa Haji Talib.

Setibanya di bilik mesyuarat, Bahirah duduk di kerusi yang didudukinya masa pembacaan wasiat tadi. Haji Talib pula menarik kerusi disebelah Bahirah.

“Ada apa Bahirah? Anything yang boleh uncle bantu?”

“Ya uncle, sure uncle boleh bantu punya. Ini berkenaan dengan saham 35% milik Irah. Irah nak uncle tolong pindahkan 5% dari saham Irah itu dan beri pada umi dan anak-anak. Jadikan milik mereka 40%. Mereka lebih berhak untuk memiliki lebih dari Irah. Irah ikhlas uncle.” Tenang Bahirah menuturkan apa yang diinginkannya.

Haji Talib memerhatikan Bahirah. Diam tanpa kata. Seketika kemudian Haji Talib mengeleng-ngelengkan kepalanya. Senyum tersungging dibibir tua Haji Talib. ‘Badri… Sofia… kalian berdua kini ada di depan aku. Aku kagum’ hati berbisik. Haji Talib benar-benar terharu.

“Bahirah pasti?” Haji Talib sekadar ingin menduga.

“Ya uncle. 100% pasti! Uncle tolong ya?” rayu Bahirah lagi.

“Insyaallah akan uncle usahakan. Janganlah Irah risaukan.”

“Tapi ada syarat” Bahirah menambah

“Syarat?” berkerut dahi Haji Talib. Like father like daughter sungguh.

“Syaratnya, buat masa ini jangan beritahu pada sesiapa. Biarkan share umi 40%. Tak perlu dimaklumkan. Bila sampai masanya andai ada yang bertanya, baru uncle khabarkan. Boleh uncle?”

“Boleh saja Irah. Anything for you dear,” Haji Talib bangun lantas menepuk-nepuk bahu Bahirah. Bangga sungguh dia. Sesungguhnya apa yang Badri inginkan kini sudah jadi kenyataan.

Bahirah menunduk. Senyum dibibir manis sekali. “Terima kasih uncle,” Bahirah menuturkannya. Lantas kedua-duanya melangkah keluar dan berkumpul semula dengan Puan Sri Badariah dan anak-anak.

“OK, sekarang hampir pukul tujuh malam. Apa kata kita pergi dinner dulu. Nanti kita Maghrib di masjid berdekatan sebelum balik,” putus Haji Talib sambil menarik kot yang tersangkut di kerusi.

Semua mereka setuju dan bergerak meninggalkan pejabat Talib, Wong & Associates. Sesungguhnya mereka semua berpuashati dengan wasiat yang ditinggalkan Tan Sri Shahrom.


No comments:

Post a Comment