Purple Flowers

Tuesday 31 January 2012

Ulasan ringkas ~ HUJAN RINDU

Kerana kasih dan sayang seorang anak kepada ibunya, Anum Dahlia yang dilahirkan dan dibesarkan di luar negara sanggup menjejaki keluarga ibunya di Malaysia sehingga dia sanggup mengenepikan kepentingannya sendiri. Sanggup meredah beribu-ribu kilometer untuk menunaikan harapan dan impian ibunya yang sedang terlantar koma.

Anum Dahlia, seorang cucu yang mendambakan kasih sayang daripada datuk dan neneknya yang selama ini tidak pernah ditemuinya. Sebuah kisah tentang cinta yang hilang di bumi kelahiran, tapi ditemui pula cinta seorang lelaki milik Yuzer Taufik, di sebuah negara asing.

Tegas dalam keputusan dan berani menjejak kisah silam ibunya di sebuah negara yang tak pernah dijejakinya selama ini, Anum Dahlia menyamar sebagai seorang pelajar yang mahu membuat kajian tentang seni silat Melayu, membuatkan dia bertemu Tok Anjang, datuknya

Novel tahun 2009. Tapi dibaca pada penghujung 2011 itupun terjumpa dekat blog penulis novel ini sendiri. Dalam e-novel ceritanya hanya separuh and since nak jugak tahu apa kesudahannya maka terpaksa order online.. sib baik dapat.. itupun dipertengahan Januari 2012 baru dapat!

Tapi bila dah baca terasa macam ceritanya sama dengan sebuah telemovie TV suatu masa dahulu. Drama lakunan Wan Hanafi Su dengan Wan Maimunah. Dalam drama cucu yang kembali cucu lelaki dan dalam novel ni cucu perempuan.

Cucu lelaki memang berkebolehan dalam seni mempertahankan diri iaitu silat. Sebab atuknya guru silat. Sedangkan dalam novel cucu perempuan sekadar menyamar sebagai seorang pelajar yang buat kajian tentang silat.

Boleh dikatakan jalan ceritanya hampir sama... hanya bezanya dlm novel ni ada konflik sikit sbb sang cucu mengidap luekemia.

Tapi.. still happy ending!


Sunday 29 January 2012

Ulasan ringkas ~ 566 HARI MENCARI CINTA


Dalam tempoh 566 hari, Firdayu diwajibkan mencari cinta sejatinya demi perjanjian yang telah dimeterai dengan neneknya. Jika dia berjaya mencari cinta sejati, segala harta nenek akan jatuh ke tangannya. Jika sebaliknya yang berlaku, hartanya pula yang bakal jatuh ke tangan nenek. Firdayu tidak rela segala hasil titik peluhnya selama ini tergadai. Dia tidak sanggup memulakan semula segala-galanya dengan sifar.

Pelbagai kaedah dan taktik yang telah digunakan. Pelbagai jenis lelaki yang telah ditemuinya. Namun, tiada seorang pun yang berjaya menakluk hatinya

Kepada Kid segala-galanya disandarkan. Pembantu peribadi Firdayu yang setia menurut perintah, juga seorang manusia yang misteri.

Tatkala Kid menyepi tanpa berita, kenapa Firdayu terasa kehilangan?

Apa bezanya di antara mencari cinta dan bermain dengan cinta? 566 Hari Mencari Cinta ada jawapannya.

Sinopsis belakang buku:

Firdayu: " Aku mencari cinta semata-mata kerana kemewahan yang bakal aku kecapi dan aku tidak akan biarkan diriku tunduk pada cinta!"

Kid: " Semua orang menggelarkannya 'poison ivy'. Cantik tetapi beracun. Tapi aku tak kisah kerana aku akan sentiasa melindungi dia dari sebarang ancaman. Kenapa? Itu adalah tugas yang telah diamanahkan untuk aku.

Ruzair: "aku cuba bermain dengan 'si ular' ini namun akhirnya aku telah dipatuk. Semakin aku mengenali dia, semakin aku ingin memilikinya.

566 hari... tempuh untuk Firdayu mencari cinta kerana satu perjanjian. Cinta senang dicari namun mudahkah untuk mencari cinta sejati? Apatah lagi Firdayu memilih lelaki seperti memilih baju. Yang berjenama lebih diutamakan. Tanpa jenama dicampak ke tepi!


Begitulah ringkasan cerita dari novel ini. Sebuah cerita yang menarik dan sungguh satisfaction.  Terlalu banyak watak dalam novel ni namun tidak mengelirukan. Tidak ada moment-moment yang membosankan... so kiranya two thumps up from me to this author


Saturday 28 January 2012

Ulasan ringkas ~ CINTA DARI ISTANA


Sinopsis belakang buku:- 



Melangkah lamunan membilang bahagia... Detik itu apa maknanya?

Bukan kehendaknya melangkah keluar dari istana. Tapi dia terpaksa, maka diikutkan juga langkah kaki. Lalu takdir membawanya ke pintu pagar rumah seorang rakyat biasa.

“Okey, Piya. Tapi awak tak rasa ke yang awak ni terlalu muda untuk jadi pengasuh kepada seorang budak perempuan?” Ra’if Arjuna mengasak soalan.

Pengasuh? Tatkala itu bermulalah episod penyamaran, pendustaan yang terpaksa direncanakan oleh Puteri Mahkota Nur Shaafiah demi melindungi identiti diri. Menjadi seorang pengasuh anak kecil atau lebih tepat lagi orang gaji di rumah rakyat biasa itu merupakan satu penderitaan jiwa buat sang puteri. Dia tidak tahu membezakan apa itu senduk dan sudip, jadi bagaimana dia mahu menguruskan semuanya? Mujur saja dia bijak bermain dengan situasi sehingga dia kerap kali terselamat daripada bala yang dicipta tuan rumah, Ra’if Arjuna, duda beranak satu itu.

Bila hati disapa cinta, sang puteri mula menyangkal rasa. Mana mungkin puteri raja sepertinya jatuh cinta kepada rakyat biasa. Pantas dia menolak kata hati. Namun dia tewas pada perasaan cinta dan kasih sayang yang kian bersemi. Misi menawan hati Ra’if Arjuna tidak semudah disangka. Riaknya seperti suka, namun lafaz tidak pernah bersuara membuatkan sang puteri terus-terusan cuba mentafsir hati rakyat yang kerasnya mengalahkan tembok-tembok istana.

Apakah penyudahnya? Haruskah sang puteri melupakan saja atau haruskah terus mengejar cintanya? Atau mungkinkah tiada siapa yang mampu mengubah hakikat kenyataan bahawa tempat sang puteri tetaplah di istana, bukannya di teratak rakyat biasa!
********  ***********  ***********   *************  *******  ************  *******
Semegah hikayat cinta dunia….sehebat itulah cinta beta buat dirinya…seorang putera raja rakyat biasa!

Cinta dari istana tentang seorang puteri raja telah melarikan diri dari istana kerana enggan ditabalkan sebagai seorang Sultan, kerna bagi sang puteri adinda baginda Putera Indera yang lebih layak . Puteri Mahkota Nur Shaafiah telah pergi ke sebuah rumah yang diduduki oleh seorang duda tanpa diketahui olehnya bahawa tersalah alamat. Dengan keyakinan yang ada, puteri itu telah menyamar diri sebagai rakyat biasa dan bekerja sebagai pengasuh anak kepada Ra’if Arjuna.

Menjadi pengasuh atau lebih tepat lagi sebagai orang gaji di rumah rakyat biasa itu merupakan satu penderitaan buat sang puteri. Dia tidak tahu membezakan apa itu sudip dan senduk, jadi bagaimana dia mahu menguruskan semuanya? Mujur saja dia bijak bermain dengan situasi sehingga dia kerap kali terselamat daripada bala yang dicipta oleh tuan rumah, Ra’if Arjuna. Ra’if pula merasakan bahawa pengasuh anaknya itu seorang yang berperangai pelik dan sering membuat hatinya terbuai.


Dia tertarik dengan layanan Piya terhadap anaknya yg dahagakan kasih seorang ibu. Piya pula cuba menyangkal hatinya daripada jatuh cinta kepada rakyat biasa tetapi itu adalah mustahil kerana jantungnya sering berdegup laju, gemuruh satu badan apabila berhadapan dengan Ra’if. Apabila Piya sudah nekad untuk meluahkan perasaan dan perkara sebenar mengenai dirinya, pihak dari istana telah datang kerumah Ra’if untuk membawanya pulang. Ra’if merasakan bahawa dirinya telah ditipu oleh Piya.

Di istana, Piya terpaksa menerima pinangan pilihan ibubapanya dan merasakan bahawa Ra’if tidak akan memaafkannya. Ra’if bersama sepupunya menghadiri satu persidangan yang turut dihadiri oleh pihak istana di Negara Piya. Piya telah terserempak dengan Ra’if dan menyangkakan bahawa Ra’if bersama teman wanitanya. Hatinya sekali lagi seperti di siat. Ra’if cuba mendapatkan cinta Piya dengan berjumpa dengan ayahanda Piya atas bantuan abang Piya. Keikhlasan yang ditunjukkan oleh Ra’if telah melembutkan hati ayahandanya dengan syarat dia perlu memikat semula hati Piya.

Tetapi Piya tidak dapat memilih Ra’if kerana menyangkakan akan merampas kekasih orang. Pinangan Ra’if telah ditolak oleh Piya. Ra’if pulang ke Malaysia dalam kehampaan tetapi menerima kejutan daripada Piya apabila Piya mencarinya di Malaysia untuk menyambung kasih yang terputus.

Mereka disatukan mengikut istiadat istana antara Puteri Mahkota dan putera raja rakyat biasa.

Sebuah cerita yang sangat-sangat best! Dalam masa 24 jam boleh habis baca novel 632 mukasurat ini. Bukanlah baca secara terus-menerus tapi bila dah baca memang tak boleh stop. Sentiasa ada incident menarik yang berlaku.

Bagi yang kureng dengan penggunaan bahasa istana pasti akan bosan bila membaca novel ini. Tapi since novel ini ceritanya dari kacamata seorang puteri raja... maka kebanyakan dialog dan bahasa yg digunakan adalah bahasa Istana. Melainkan pada watak2 yang bukan dari istana.

Memang tak rugi pada sesiapa yang memiliki novel ini. Recommended!



Thursday 26 January 2012

Ulasan Ringkas ~ ROOFTOP RANT


Sinopsis belakang buku:


Lontarkan
...kalau tidak ia meracun
kongsikan
...walau hanya pada awan-awan

Mereka berbicara di atas bumbung
Episod hidup memang berbeza tapi cerita mereka masih selari!


Allah takkan bebankan hamba-Nya dengan
apa yang dia tak mampu!


Hidup tak selalunya lawa
tak selalunya ada pelangi
kalau nak kata a bed of roses pun, duri-durinya tetap ada
kadang-kadang... bilamana 'malapetaka' itu datang,
terasa macam kena gelek ke bumi dek ahli sumo
rasa macam dah tak mampu bangkit
rasa macam dah tak mampu hela nafas


Dengarkan HLOVATE berbicara:
tentang hikayat Rooftop Rant dari puncak Wisma Topaz ini...
tentang Trisy dan Jade...


tentang bukit yg sayup di depan
tentang angin yg membawa salam di belakang
tentang lang sewah yg berlegar melayah di atas
tentang deretan kenderaan yg bersesak-sesak di bawah


dan mereka terus bercerita...
sesudah berani meruntuhkan tembok hati dan dinding rasa


mampukah dibeli tangga-tangga untuk mencapai cita-cita?


ini cerita sebuah bicara
bicara bumbung namanya...
Hmm... sebuah novel yang begitu menarik dan begitu terkesan sekali. Novel yang menceritakan tentang dua remaja yang menghadapi masalah yang hampir sama tapi berbeza. "Same boat but different cabin!"

Pertemuan yang tidak disengajakan berlaku di atas bumbung sebuah bangunan. Lokasi di mana kedua-dua remaja ini gunakan untuk melepaskan segala keresahan dan kemelut hidup masing-masing yang mana akhirnya kedua-dua remaja ini menjadi teman baik sesama mereka.

Perpisahan sementara telah merubahkan hidup mereka dan menjadikan mereka insan yang lebih islamik dari sebelumnya. Permulaan novel yang dirasakan agak slow namun begitu ianya tidak mampu untuk membatalkan niat dari meneruskan pembacaan. Sesungguhnya hingga ke mukasurat terakhir... ianya amat memuaskan!

Menariknya juga bila watak Jebat Iskandar + Johanna + Along (5 Tahun 5 Bulan) muncul kembali. Boleh dikatakan sebagai special appearance pabila adik Jebat iaitu Lekiu Luqman telah jatuh cinta dengan Trisy... dan Lekiu memerlukan bantuan Jebat untuk memenangi hati Trisy dan Jebat pula telah meminta bantuan Jo dan Along.  Interesting kan?

Berikut adalah satu resensi yang diambil dr satu blog yang mana pendapat penulis blog ini mempunyai pendapat yang sama dengan saya tentang novel2 nukilan Hlovate ini..

Rooftop Rant. Hlovate meneruskan rentak tersendirinya dlm penyampaian kisah ini. Dalam delivery tersendiri dia masih mampu memikat pembaca utk terus hooked dalam penceritaannya.


Bagi saya permulaan cerita ini agak kelabu dan saya berusaha utk concentrate. Tak lama keadaan tu kerana bila selak ke muka surat seterusnya kita sudah dibawa ke dunia Jade dan Trisy di bumbung menara Topaz.


Sukarnya menjadi remaja seperti Jade dan Trisy yg ketandusan tumpuan dan kasih sayang parents. Jade yg lebih matang membina haluan dgn cara tersendiri namun bagi remaja sekolah seperti Trisy dia masih terkial-kial mencari arah dan dia akhirnya terumbang ambing dalam membuat keputusan dalam hidupnya.


Komunikasi seharian dgn Jade memberi impak yang amat besar dalam hidupnya. Setiap kali perbualan mereka berlaku, ianya seperti rakaman kekal dalam jiwanya. Kata-kata itu menjadi hikmat utk nya meneruskan hidup. Namun tekanan demi tekanan menjadikan dia lemah dan terkulai seorg diri dalam kepekatan malam di menara Topaz. Seawal muka surat 90 kita sudah dpt memahami keadaan Trisy yg tertekan. Kehibaannya dpt dirasakan dan turut mengundang kesedihan pada pembaca. Dalam keadaan overdosed, Trisy diselamatkan buat kali kedua oleh Jade. Keluarganya entah ke mana. Tindakan Trisy juga telah membuatkan parents dia membuat keputusan utk menghantarnya balik ke kampung utk tinggal dgn datuk dan neneknya. Bermulalah episode baru dalam hidup Trisy. Kehidupan yg semakin bermakna tetapi seperti ada kekurangan kerana Jade tiada bersama-samanya utk mendengar keluh kesahnya. Kehadiran paksunya yg ala2 ustaz rock memeriahkan hidupnya.


Bagi saya kisah ini mengingatkan saya kepada 5 tahun 5 bulan. Rasa macam ada yg sama tapi tak serupa. Rooftop Rant lebih berat dan penuh emosi tapi 5T5B lebih jiwang :)


Kelakar betul pendekatan Jebat utk membantu adiknya, Lekiu berkenalan rapat dgn Trisy. Siap hantar utusan merisik lagi tu! haha. Saya kagum dgn Trisy yg kebal hatinya. Walaupun Trisy dan Jade tidak pernah saling memberi harapan tapi mereka percaya antara satu sama lain. Ending yg membuatkan kita tersenyum panjang :) Terima kasih Hlovate.


heroin2 citer hlovate semua suka dgr mp3 dgn telinga tersumbat earphone ek? hehe


sure fine whatever
rinn -


Wednesday 25 January 2012

Ulasan ringkas ~ TUNAS

Sinopsis belakang buku:
“Akak nak bunga apa? Sebut aje.” Lee pula yang menyambung. “Bunga ros? Bunga matahari? Bunga carnation? Bunga lili? Bunga raya?” Dia membilang dengan jari tangan. “Bunga bakawali? Bunga teratai? Bunga orkid? Bunga plastik? Bunga lawang? Bunga cengkih?” Budak bertujuh itu memandang Addin tak berkelip.
“Tulip ada?” “Kenapa mesti akak mintak the only flower yang kita orang tak ada?” A-Cid berpaling ke belakang. “Benz, one red rose, full-bloom, with baby's breath in a bouquet, please. Wrap with white organza." Dia memetik jari. “Pink ribbon.” Benz memandang A-Cid dengan muka yang tak boleh dibaca. “The I-Love-You ensemble?" Keningnya terangkat sebelah. Addin jatuh rahang bawah. The-what??? “A-Cid! Akak memang tak main la benda-benda macam tu....”
“I’m Panah Arjuna. I spread the love.” Selamba dia menuturkan dengan muka toya.

Novel TUNAS... Tunas merupakan nama sebuah kolej swasta yang elit khas untuk anak-anak orang yang berkemampuan.  Cerita lebih berkisar tentang seorang pelajar wanita Nur Addin Shah. Seorang yang nakal tapi disayangi kerana sifat beliau ibarat Robin Hood. Dipilih menjadi Head Girl disamping kembarnya Muhammad Addi Shah sebagai Head Boy yang lebih dikenali sebagai Kucai.

Cerita menarik sekitar zaman persekolahan dari Tingkatan 4 hingga ke Tingkatan 5. Semasa diTingkatan 5, Addin telah bertemu dan berkenalan dengan seorang pelajar baru Benz Alif Sulaiman @ Benz.

Difahamkan bahawa lanjutan kisah Addin + Benz boleh didapati di dalam satu novel lain bertajuk aA + bB. Akan dicari novel tersebut...


Monday 23 January 2012

Ulasan ringkas ~ 5 TAHUN 5 BULAN


Sinopsis belakang buku:
Menjadi orang gaji di rumah Encik Latfy sebenarnya tidak sesusah mana kalau tidak kerana Along Serbia yang sarkastik tu...

Ini bukan asam pedas ni. Dah macam masam-kelat-pedas aje.
Masin sangat la ni. Lain kali nak letak garam banyak mana timbanglah dulu.
Nak bagi kita orang kena diabetes ke Cik Ana oi...?
Bancuh Along kopi. Kurang gula. Tapi campur sikit honey.

Namun inilah permulaannya dia belajar menajdi seorang Ana... dan dari sini jugalah Ana semakin dewasa dalam setiap episod kehidupannya....

Kata Ana: Saya bukan orang yang dicari, Along. Ana yang Along kenal bukan Jo yang sepatutnya Along kenal.

Kata hati Along: Tanpa diduga dia mengenali seorang Jo di dalam Ana.

Siapa Ana? Dan siapa pula Jo di dalam hidup Along?

Sepertimana dia cekap sebangai orang gaji begitulah dia 'cekap' mengendalikan dirinya sebagai pelajar di Universiti of Aberdeen. Namun apabila datang bab 'hati' ada yang tidak kena dengannya sejak mula. Hatinya pernah berperi:boys're stupid. Some men too.

Hlovate mengungkap roman-komedi ini dalam bahasa basah serta jenaka yang selamba. Pelajar luar negara ini mengadun 5 Tahun 5 Bulan secukup rasa; enak di mulut; erkhasiat di minda; penawar di hati...mengisi nurani


Novel 2007, tapi baru jer dapat baca.  Ini disebabkan masa 2007 saya sudah pun kembali ke Ipoh... so pembekal novel saya (my dear sis) tak bagitau pasai novel ini. Dapat ni pun sbb saya duk bertanya tentang Hlovate. Selalu nampak nama novelis ni dlm beberapa novel, tapi sayang saya tak pernah baca hasil nukilan dia sehinggalah 5 Tahun 5 Bulan dan Tunas sampai ke  tangan saya.

Sesungguhnya novel 5 Tahun 5 Bulan memang best. Banyak moment-moment interesting dalam novel ni yang membuatkan saya suka ulang bacanya. Kisah cinta tarik tali yang begitu menarik. Tak nampak langsung ada cinta dalam dua watak utama (walaupun kita tahu dlm hati masing2 ada simpan sesuatu)... sbb setiap kali bertemu pasti bertengkar. Situasi cnta yang begitu menarik... pertuturan bahasa inggeris yang menarik juga. Sungguh mempamirkan bahawa watak2 dlm novel ini semuanya memang intelligent.

Paling suka bila masing-masing membawa watak zaman kesultanan melayu melaka yang begitu kena... segala nya bermula selepas perkenalan dengan Jebat Iskandar.. maka timbul lah pula Hang Li Jo, Dang Wangi Liverpool, Tun Aishah Teja dan Sultan Mansur

Lepas ini saya akan membaca Tunas pula... dan Insyaallah akan cuba cari novel2 lain dr penulis yang sama.


Saturday 21 January 2012

Ulasan ringkas ~ RUMPUT MASIH HIJAU

Tidak pernah malam itu berpanjangan tidak juga siang itu hadir tanpa penghujung Wafa, bukankah rumput itu hijau di mana-mana, kenapa harus memandang pada padang yang sudah dimiliki orang lain?

Satu demi satu lelaki yang dia kenal selepas Ikram tidak pernah diizinkan bertamu di hati, sehinggalah Naim menjadi ‘tawanan’ kalbunya. Sejak awal, kenapa tidak Adam Ashraf yang menjadi pilihan? Kenapa Doktor Safuan sentiasa dipandangnya sepi tanpa rasa? Bukankah mudah memilih yang masih bujang, daripada memilih ‘bekas’ orang? Apatah lagi untuk memikul tanggungjawab sebagai ‘ibu segera’!

Perempuan berhati konkrit ke dia, untuk tidak memahami kerlingan Safuan mahupun senyuman Adam. Kenapa hanya lelaki beranak satu itu yang dia suka?

Malu, kan sesudah berkata ‘ya’ pada pinangan ibu si dia, sedangkan si dia pandang sebelah mata kepadanya pun tidak. Tiada sesiapakah yang simpati pada perempuan yatim piatu sepertinya ini tatkala pilu melanda bertimpa-timpa?

Sebuah novel yang menarik. Pengakhiran yang tidak diduga dan sungguh memuaskan. Sebuah cerita cinta yakni kisah cinta seorang wanita yang tidak kesampaian. Namun beliau bertemu jodoh dengan seorang yang menyintainya dalam senyap.

Novel yang tidak membosankan. Malah just can't wait untuk membaca apa yang terjadi setelah jejaka yang dipuja mengahwini wanita lain.