Purple Flowers

Tuesday 24 September 2013

~ Kasih Bertamu {Bab 19}



Ceria di wajah terpamir tatkala tangan menyiram pokok-pokok bunga di laman rumah nya.  Jarang Bahirah dapat meluangkan masa begini.  Melayan pokok-pokok kesayangannya. Memandangkan dia sudah berhenti dari tempat kerjanya di syarikat Datuk Shukri dan menanti masa untuk mula bertugas di tempat baru, Bahirah menggunakan masa senggangnya ini untuk mengemas rumah dan membersihkan kawasan keliling.  Selama ini dia hanya buat ala kadar sahaja.

Paip air ditutup. Bahirah menghampiri sebuah pasu yang kelihatan begitu semak sekali. Bahirah kemudian mencangkung mengadap pasu tersebut.  Jari-jari runcingnya ligat menarik segala rumput yang ada.  Dari satu pasu ke satu pasu Bahirah kerjakan. Setelah selesai, Bahirah kembali menyiram pokok-pokok bunga tadi.

Tanpa sedar, Bahirah tersenyum manis. Ingatan kembali mengimbau saat-saat tika berada di rumah Puan Sri Badariah semalam. Sungguh Bahirah tidak sangka, baik ibu saudaranya, sepupu-sepupunya maupun Mak Ton begitu baik sekali.  Dia dilayani dengan begitu baik, hinggakan dia tidak rasa janggal walau sesaat pun semasa berada di rumah agam itu.

Puan Sri Badariah melayaninya sama seperti anak-anaknya yang lain.  Begitu juga Mak Ton.  Suasana makan malam semalam begitu ceria dan meriah dengan gelagat Irfan Shah yang tidak sudah-sudah menyakat Shalin Zara.  Ada ketikanya Shalin Zara membalas usikan Irfan Shah, tapi ada ketikanya mau hendak menangis Shalin Zara dibuatnya. Kalau tidak Puan Sri Badariah masuk campur mau keadaan tidak dapat dikawal.

Irwan Shah? Hmmmm yang ini tak tahu nak cakap macamana. Entah dia suka entahkan tidak. Kalau kata dia suka, bercakap pun tidak. Satu ditanya satu dijawab. Irwan Shah lebih memberi perhatian pada makanan di hadapannya sahaja.  Sedari mula Bahirah melangkah kaki masuk ke rumah besar itu, Irwan Shah tidak langsung bertegur sapa. Sekadar memandang Bahirah. Sepanjang malam Bahirah disana, begitulah tingkah laku Irwan Shah. Asyik curi-curi pandang. Yang Bahirah perasan, bila Bahirah memandang Irwan Shah, mata Irwan juga sedang memandang Bahirah. Bila pandangan berbalas, kelihatan segaris senyum tipis terbit di bibir. Dan Bahirah dapat rasa pandangan Irwan Shah itu bukan pandangan yang mengandungi rasa kebencian. Bahirah keliru.

Tiba-tiba kedengaran telefon bimbitnya berbunyi.  Melayang semua kenangan semalam. Bergegas Bahirah menuju ke dalam rumah. Telefon bimbit dicapai tanpa melihat nama pemanggil.

"Hello?"

"Assalamualaikum Cik Bahirah," kedengaran suara maskulin di sebelah sana.

Siapa pulak ni? Bahirah tarik telefon dari telinga untuk melihat nama pemanggil. Terukir senyum di bibirnya.

"Waalaikumussalam En Hadi.... apa khabar?"

"Baik... ingat Cik Bahirah dengan saya, ya?"

"Saya belum tua lagi En Hadi." usik Bahirah disertakan dengan tawa halus.

"Kalau tua… saya pun tak nak...," usikan dibalas disusuli tawa yang menggoda.

'Tak mahu kalah juga si Ali Hadi ni,' getus hati Bahirah.

"Cik Bahirah tengah buat apa tu?" soalan diajukan setelah tawanya reda.

"Tengah kemas-kemas rumah. Sepanjang minggu tak sempat nak buat," jawab Bahirah

"Esok kan dah hujung minggu. Kenapa  tak buat esok-esok jer?" duga Ali Hadi

"Esok ada program. Takut tak sempat nak buat,"

"Hmmm ada program? Ingatkan nak ajak date..."  suara Ali Hadi di corong telefon kedengaran perlahan dan lemah saja.

"Date?" soal Bahirah

"Aik? Tak kan dah lupa kut? Sampai hati Cik Bahirah," merajuk pula dia.

"Kalau date memang tak ada. Tapi kalau janji, ya saya ingat janji saya pada En Hadi," jelas Bahirah.

"Sama le tu, kerna janji kita akan bertemu. So jadilah temujanji. Dan dalam ringkasnya, date!" sungguh Ali Hadi tidak mahu kalah!  Beria-ia dia kali ini. Tinggi harapannya agar dapat bertemu semula dengan gadis yang telah mula mengetuk pintu hatinya.

"Insyaallah En Hadi. Since esok saya dah ada plan, apa kata kita jumpa lusa?" Bahirah memberi cadangan.

“No hal punya,  as long as you sudi keluar dengan I. Soooo, kita dinner ya?”

“Dinner?  Hmmm… I’ve been thinking about lunch. For our first DATE, as you said, better lunch, boleh kan?” sengaja Bahirah tekankan suaranya masa sebut date tadi.

“Well… you’re the boss. Lagipun you yang belanja kan,”

“Gitulah nampaknya. So lusa nanti I let you know dekat mana nak jumpa, okay?”

“Why don’t you let me fetch you. Senang sikit,”

“Hmmm… no thanks En Hadi. I maybe tak ada dekat rumah pagi tu,” Bahirah menolak lembut.

“OK then…. I faham.  Nanti jangan lupa call I. Ini pun asyik I je yang call. Kalau nak tunggu you memang takde ler jawabnya,”

“Bukan macam tu En Hadi. Kalau ikutkan memang nak call dalam weekend ni. Sebab probably next week busy. Tapi belum sempat I call, U dah call I dulu,” Bahirah cuba beralasan.

“So.. kiranya Cik Bahirah teringatkan saya lah ya?” usik Ali Hadi lagi.  Bahirah sekadar ketawa. Tak tahu nak balas macamana.

“Hahahaaa… just kidding,” Ali Hadi bersuara bila tidak mendengar jawapan dari Bahirah.  “OK lah Cik Bahirah. I tak nak ganggu you buat kerja. Kita stop sampai di sini dulu. But I’ll be waiting for your call,” sambungnya lagi.

“Baik lah Encik Hadi. Insyaallah kita akan bertemu Ahad nanti,” Bahirah rasa lega bila Ali Hadi ingin menamatkan perbualan.  Dia tadi pun terfikir-fikir akan alasan bagaimana untuk memendekkan bualan mereka.

“Yeap… Insyaallah kita jumpa nanti. Jangan lupa call I dulu ya?” masih meninggalkan pesan kerana Ali Hadi risau Bahirah tidak menghubunginya nanti.

“Insyaallah… bukan kah saya sudah berjanji?” Tanya Bahirah.

“Alhamdullillah… OK bye…” penamat bicara dari Ali Hadi

“Bye.. Assalamualaikum…” salam dihulur dan talian terus diputuskan tanpa menunggu jawapan salam dari Ali Hadi. Tangan Bahirah sudah basah dek peluh. Entah kenapa dia merasa gembira sangat bila berbual dengan Ali Hadi.

Bahirah melepaskan keluhan kecil.  Telefon diletakkan kembali di atas meja dan Bahirah mula menuju keluar rumah untuk menyudahkan kerja yang terganggu tadi.  Sampai di luar, Bahirah lihat hari semakin gelap. Tak jadi dia menyambung kerja. Sudahnya Bahirah mula berkemas dan simpan semua peralatan berkebun yang digunanya tadi.  Setelah selesai, Bahirah masuk kembali ke dalam rumah bagi membersihkan diri dan bersiap untuk mengerjakan solat Maghrib.




No comments:

Post a Comment