Purple Flowers

Monday 23 September 2013

~ Kasih Bertamu {Bab 1}


"Umi, macamana ni umi? Board of Directors dah mula beri tekanan," Irfan Shah mula tak duduk diam... asyik ulang alik di belakang kerusi uminya... Puan Sri Badariah.

"Angah ni. Kalau ye pun boleh tak duduk diam? Pening ler orang!" Tungkah Shalin Zara yang hanya jadi pemerhati sedari mula. Tumpuan pada rancangan tv yang ditonton tadi dah terbang entah kemana.

‘Ni semua angah punya pasal’ getus hati kecilnya.  Jelingan tajam ke arah Irfan Shah diberikan.

Puan Sri Badariah hanya mendiamkan diri tanpa berkata sepatah pun. Mata Irfan Shah tetap pada wajah uminya.

"Umi. Please lah! Say something. Do something! Kita tak boleh biarkan segala usaha walid hancur begitu saja. Tak tenang walid di sana mi." masih tak sudah bebelan Irfan Shah. Hati rasa tak keruan. Dia benar-benar risau.

"Adik, angah, ada along kasitau bila dia nak balik tak?" tiba-tiba Puan Sri Badariah bersuara. Cuba mengendurkan ketegangan yang dicipta Irfan Shah. Puan Sri Badariah tahu anak keduanya ini seorang yang bertanggungjawab. Dia begitu ambil berat apatah lagi bila ia menyentuh hal keluarga.

"Umi mula ler tukar topik ni!" omel Irfan Shah sambil meraup wajahnya yang jelas dengan riak kerunsingan. Irfan menghempaskan dirinya di sofa berhampiran.

"Dah tu, angah tak habis-habis nak tanya benda yang sama. Kan Umi cakap umi tak tahu apa-apa. Sebelum ni pun umi mana pernah involve dengan business walid. Takkan itu pun tak faham." bidas Shalin Zara yang dah tak mampu lihat kesedihan di wajah uminya.

"It's OK adik. Umi takda apa-apa. Umi hanya harapkan along akan pulang sebelum pembacaan wasiat walid. Semoga jawapan bagi segala persoalan angah and Board of Directors ada dalam wasiat tu nanti. Sudah lah. Dah lewat ni. Esok kerja, adik pun ada kelas kan? Jom masuk tidur," Puan Sri Badariah lantas terus melangkah menuju ke bilik tidur.

Shalin Zara mencapai remote tv terus dipadamnya. Mata menjeling lagi pada Irfan Shah. Terus dia meninggalkan ruang tamu.

Irfan Shah bersandar di sofa.

"Aarrgghhhh!!!!" keluhan berat dilepaskan. Wasiat walid? Hmmm... harap sangat isi wasiat tidak mengecewakan dan harap sangat along balik cepat. Along ni pun satu, bila call tak pernah nak jawab. Tinggal pesan tak nak reply. Dia ingat dia seorang je yang sedih walid pergi. Dia sedap-sedap larikan diri ke benua lain, yang kita ni hari-hari kena ngadap wajah sedih umi. Dah hampir sebulan, tapi rasa seperti baru semalam walid pergi.

Walid, Tan Sri Shahrom merupakan pengasas dan pemilik Badshah Holdings, syarikat hartanah terkenal di kota Kuala Lumpur. Kira-kira sebulan yang lalu, Tan Sri Shahrom merangkap CEO Badshah Holdings bersama Timbalan CEO, Datuk Ibrahim telah terbunuh dalam satu kemalangan jalanraya di Gua Musang. Sejak dari itu, Badshah Holdings bagaikan kapal yang kehilangan nakhoda, belayar tanpa pengemudi.

Sepatutnya along, yakni Irwan Shah yang mengambil alih teraju syarikat  seperti yang diinginkan Tan Sri Shahrom.  Tapi Irwan Shah tak berminat dalam urusan pengendalian syarikat.  Dia lebih suka bekerja sendiri tanpa terikat dengan mana-mana syarikat.  Irwan Shah merupakan seorang arkitek bebas yang disegani.  Dari masa dia melanjutkan pelajaran dan kini sudah hampir sepuluh tahun Irwan Shah di bumi Amerika. 

Irfan Shah pula seorang akauntan bertauliah, yang juga kurang berminat dalam hal pengurusan syarikat.  Baginya hanya nombor dan digit yang menarik minatnya.  Di Badshah Holding, dia merupakan Junior Accountant. Walaupun berkelayakan, Tan Sri Shahrom belum mahu memberikan jawatan Akauntan pada Irfan Shah kerana Tan Sri Shahrom ingin Irfan Shah menimba pengalaman dahulu.  Bila sudah cukup bersedia baru jawatan itu akan diberikan pada anaknya.

Irfan Shah tahu, kerana dia dan abangnya kurang berminat dalam hal pengurusan Badshah Holdings ini, maka ada diantara pemegang saham yang berminat untuk duduk di kerusi  CEO, yakni menerajui Badshah Holdings.

Dan ini yang membuatkan Irfan Shah bimbang seandainya Badshah Holdings jatuh ke tangan musuh-musuh perniagaan walid walaupun mereka pemegang saham.  Sesungguhnya dalam perniagaan sukar bagi kita untuk mengenali mana satu kawan dan mana satu lawan.

Irfan Shah begitu pasti kematian walid juga angkara musuh-musuh walid. Namun dik kerana ketiadaan bukti Irfan Shah gagal untuk meyakinkan umi dan ahli keluarga yang lain akan apa yang disyakinya. Tapi ini bukan bermakna dia akan mendiamkan diri. Dia masih menunggu hasil siasatan dari teman rapatnya ASP Zahid. Curiga dihati telah dimaklumkan pada ASP Zahid. Temannya itu berjanji untuk membantu. Beliau akan cuba siasat samada kecurigaan Irfan Shah ni berasas atau tidak.


No comments:

Post a Comment