Purple Flowers

Monday 23 September 2013

~ Kasih Bertamu {Bab 2}



Bahirah membasuh tangannya di sinki tatkala terdengar alunan lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan dari telefon bimbitnya.

“Siapa pulak yang call pagi-pagi ni? Pejabat tahu aku cuti dan bila aku cuti aku tak suka diganggu. Isshhh…ganggu saja!” rungutnya sendirian.

Telefon bimbit di atas meja dapur digapai. Berkerut dahi Bahirah kerana nombor yang tertera tidak dikenali. “Siapa pulak ni?”

“Assalamualaikum. Cik Bahirah Badri?” suara lembut seorang wanita di talian.

"Waalaikumussalam. Ya saya! Siapa di sana?"

“Maaf Cik, saya dari Syarikat Guaman Talib, Wong & Associates. Ada panggilan untuk Cik. Sebentar ya."

Syarikat guaman? Aku kena saman ker? Aku ada buat salah dengan sesiapa ker? Adoyaaiiii…

“Assalamualaikum Cik Bahirah. Saya Haji Talib Rahman.” Terdengar seseorang memberi salam dan terus memperkenalkan diri di talian sana.

“Waalaikumussalam Tuan Haji. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” terus Bahirah bertanya. Keraguan dihati boleh membunuh ni!

“Begini Cik Bahirah, saya ada sedikit urusan rasmi yang perlu saya selesaikan segera. Ini merupakan amanat seseorang yang perlu saya sampaikan pada Cik Bahirah.” Balas Haji Talib

“Urusan rasmi? Amanat? Amanat siapa Tuan Haji?”

“Itu semua akan saya terangkan kemudian. Tapi sekarang ni boleh tak kalau kita bertemu sebentar?” pinta Haji Talib

“Bertemu? Dimana dan bila?” ish.. ada ker terus tanya macam tu. Hilang akal ker apa? Entah ya entah tidak dia tu peguam. Bahirah lantas mengaru kepala yang tak gatal.

“Apakata kita bertemu di pejabat saya petang ini dalam pukul 2, boleh? Sebentar sahaja sekadar untuk bertemu empat mata”

Hmm.. kalau di pejabat ok ler. At least ini memang benar. But still kena hati-hati jugak. “Baiklah! Tapi di mana pejabat Tuan Haji?”

“Alamat pejabat nanti saya suruh pembantu saya SMS pada Cik. Kita bertemu petang nanti, ya?”

“Insyaallah Tuan Haji.”

“Terima kasih. Assalamualaikum”

“Sama-sama. Waalaikumussalam…” Telefon bimbit diletakkan kembali di atas meja. Bahirah masih berdiri di sisi meja. Mengimbas kembali perbualan telefon sebentar tadi.

Ada apa hal sebenarnya ni? Amanat? Dari siapa? Setahu aku, aku tiada ahli keluarga. Aku dibesarkan di rumah anak-anak yatim. Tak mengapa, semuanya akan terjawab pukul 2 nanti.

Bahirah terus ke dapur. Apa-apa hal pun masak tetap kena masak. Kalau tidak kelaparan ler nanti.


~~~~ ***** ~~~~~ ***** ~~~~~ *****  ~~~~~ *****  ~~~~


Irfan Shah melangkah turun menuju ke ruang makan. Terasa sunyi pulak pagi ni. Mana umi? Mana adik?

“Hah! Apa yang terjenguk-jenguk tu?” terkejut Irfan Shah disergah Shalin Zara.

“Adik ni kenapa? Terkejut angah. Tak reti-reti nak bagi salam ker?”

“Assalamualaikum angah. Angah ni cari siapa, terjenguk-jenguk macam tu?”

“Umi mana? Sunyi jer?” soal Irfan Shah.  Suruh bagi salam, tapi bila dah bagi tak pulak disambutnya.

“Umi keluar tadi. Ada urusan kata umi. Awatnya? Bukan tak biasa umi keluar-pagi-pagi macam ni”

“Tak de apa ler. Angah ingat nak bincang ngan umi dulu sebelum ke pejabat.”

“Pasal semalam? Kalau pasal semalam tak payah ler angah. Buat umi sedih jer. Kita tunggu jer wasiat walid nanti. OK ler angah, adik gerak dulu. Nanti lewat pulak. Exam bulan depan jer ni. Seriau rasa. Bye angah!”

“Tak breakfast dulu ker adik?” tanya Irfan Shah

“Done that with umi. No worries ok? Chao..” Shalin Zara melambai sambil menghilangkan diri ke dalam Satria Neo kesayangan dia.

Irfan Shah bergerak ke muka pintu sambil menyarungkan kasut.

“Irfan Shah! Nak kemana tu? Sarapan ler dulu.” Terdengar suara lembut Mak Ton dari arah meja makan.

“Laaa… maaf Mak Ton. Lupa pulak. Terasa macam dah sarapan tadi.” Sambil tersengih, Irfan Shah menepuk dahi sendiri. Kasut ditanggalkan semula. Irfan Shah bergerak menuju ke meja makan.

Mak Ton mengeleng kepala. Belum tua dah nyanyuk, getus hati tuanya.


“Mak Ton mari makan… teman angah,” manja sungguh Irfan Shah dengan Mak Ton. Mak Ton lantas menarik kerusi dan duduk bersarapan sekali dengan Irfan Shah.



No comments:

Post a Comment