Purple Flowers

Tuesday 24 September 2013

~ Kasih Bertamu {Bab 17}



Pagi yang baru, Bahirah tiba di pejabat awal dari biasa. Di wajahnya terpamir keceriaan. Kakitangan yang sudah tiba awal kelihatan pelik bila nampak kelibat Bahirah di pejabat. Mereka berbisik semasa mereka. Apa sebenarnya yang dah terjadi?

“Assalamualaikum semua…” Bahirah memberi salam pada semua kakitangan yang ada. Bertambah pelik mereka. Selalunya Cik Bahirah mereka ni jarang nak bertegur sapa begini. Beliau bukanlah seorang yang sombong. Hanya Cik Bahirah yang mereka kenali seorang yang kurang bercakap. Namun begitu, Cik Bahirah sentiasa murah dengan senyuman.  Tapi pagi ini senyuman Cik Bahirah kelihatan lain dari biasa.

Selepas salam nya disambut, Bahirah terus menuju ke bilik nya.

Setengah jam kemudian, kedengaran pintu biliknya diketuk.
                                                     
“Masuk!”

“Morning Boss!” Cassy Tan rupanya. “Any good news you would like to share Boss?” senyum nakal terpamir di wajah setiausahanya.

“Good news? What do you mean?” pelik Bahirah dengan sikap setiausahanya pagi ini.

“I heard from other staff,  you look different today. Tu yang I tanya tu ada apa-apa berita gembira ke?”

Bahirah mengeleng. Dia tersenyum dan kemudian ketawa kecil. Bahirah bangun dari kerusi kerjanya dan menuju ke sofa yang ada di dalam biliknya. Dia mengamit pada setiausahanya untuk sama-sama duduk dengan dia di situ.

“It’s nothing Cassy. Hanya bangun pagi tadi rasa lapang sangat. Rasa seperti sudah tiada beban di atas bahu saya ni.” Jelas Bahirah yang tersenyum manis.

Bertambah hairan Cassy Tan dibuatnya. Selama ni boss ada banyak beban ker yang dipikulnya?

Gelihati Bahirah lihat akan reaksi di wajah Cassy Tan. “Cassy dear, it’s nothing ok? Don’t worry..”

“OK.” Cassy Tan membalas walaupun masih ragu-ragu.

“Oh ya Cassy, need you to do me a favour boleh tak?”

Cassy Tan mengangguk laju.

“OK.. please inform semua staff, lunch nanti I belanja,” Bahirah memberi arahan. Matanya masih pada setiausahanya. Dan seperti yang diduga reaksi Cassy Tan mencuit hatinya.

“Apa Boss?” terbuntang mata Cassy Tan. ‘biar betul ni! Boss aku ni sihat ker tak?’ getus hatinya.

“You tak dengar ker tadi?” Bahirah cuba menahan tawanya.

“Dengar boss. Hanya tak percaya saja.” Jelas Cassy Tan

“Why? Selama ni saya kedekut ker? Oooo… jadi selama ni korang semua anggap saya ni sombong ya?” duga Bahirah yang membuatkan Cassy Tan gelabah.

“Errr.. bukan… bukan.. macam tu Boss… err… Boss.. jangan salah anggap. Selama ini boss selalu busy mana ada masa nak layan staff semua.” Tergagap-gagap Cassy Tan membalas, cemas.

“It’s OK Cassy, no big deal! Hari ni tiba-tiba saya rasa nak belanja. Lagipun….” Belum sempat Bahirah menghabiskan kata-katanya, kedengara interkom di atas meja nya berbunyi.

“Cik Bahirah?” suara setiausaha big boss kedengaran di corong telefon.

“Ya saya Salina,” sahut Bahirah

“Cik, Big Boss nak jumpa sekarang,”

“Baiklah, I’m on my way.” Bahirah lantas memberi isyarat pada Cassy Tan bahawa dia terpaksa naik ke tingkat atas untuk bertemu Datuk Shukri yang dipanggil Big Boss.

Cassy Tan masih terpaku di sofa sekadar memberi isyarat OK dengan jarinya.

Setibanya di bilik Pengarah Urusan, Bahirah terus mengetuk pintu dan terdengar suara dari dalam yang menyuruh dia masuk. Bahirah memulas tombol pintu dan meloloskan diri melalui pintu terus masuk ke dalam. Kelihatan Datuk Shukri sedang menunggunya.

“Bahirah! What is this?” belum sempat Bahirah duduk, Datuk Shukri sudah  bertanya. Bahirah lihat di tangan Big Boss ada sekeping kertas, dan Bahirah pasti itu surat yang diletakkannya di atas meja Big Bossnya setibanya di ofis pagi tadi.  Bahirah melakukannya tanpa disedari oleh sesiapa pun. Dan disebabkan itu lah yang membuatkan Bahirah datang lebih awal dari biasa.

Bahirah memandang ke wajah Datuk Shukri. Kelihatan wajahnya tegang dan ini membuatkan Bahirah menjadi serba salah. “Be strong! Be strong’ hatinya memberi dorongan.

“Datuk, saya maksudkan apa yang saya titipkan dalam surat itu Datuk,” balas Bahirah menunduk.

“Tapi kenapa Bahirah? Ada apa-apa yang tak kena ke dengan syarikat kita ini,” rendah sikit nada suara Datuk Shukri berbanding dengan masa memula Bahirah masuk tadi.

“Tidak ada apa pun yang tak kena Datuk. It’s just that, saya sudah bertemu dengan keluarga yang saya cari selama ini. Dan mereka ingin saya untuk sama menguruskan syarikat milik keluarga. Itu saja Datuk,” jelas Bahirah. Masih takut-takut.

“Maksud awak? Awak diminta untuk menguruskan syarikat milik keluarga? Boleh saya tahu syarikat mana tu?” Datuk Shukri masih tidak puashati. Berat bagi Datuk Shukri untuk melepaskan seorang jurutera yang terbaik milik syarikatnya. Beliau akan cuba memujuk Bahirah untuk batalkan niat keluar dari syarikat ini.

Teragak-agak Bahirah untuk menjawab soalan yang ini.  Tapi, kalau tidak diberitahu, pasti Datuk Shukri akan memujuk dia untuk terus bekerja di sini.

“Maafkan saya Datuk.  Saya sebenarnya telah dilantik sebagai Pengarah Urusan bagi Badshah Holdings, Datuk. Dan ianya berkuatkuasa seminggu dari sekarang,” jelas Bahirah dan seperti diduga Datuk Shukri terkejut. Membulat mata Datuk Shukri memandang Bahirah.

“Betul Bahirah? Awak tidak main-mainkan saya?” masih tidak puas hati nampaknya Datuk Shukri ni.

“Betul Datuk. Kenapa pula saya nak main-mainkan Datuk? Insyaallah, sebaik saya terima surat perlantikan itu nanti, saya akan serahkan satu salinan untuk Datuk,” jawab Bahirah, tenang.

Tersandar Datuk Shukri. Tangan dah mula memicit-micit kepalanya yang kekurangan rambut tu. Tiba-tiba sakit kepala pulak ke orang tua ni, bisik hati Bahirah.

“Apa hubungan Bahirah dengan pemilik Badshah Holdings ni, arwah Tan Sri Shahrom?” soalan Datuk Shukri memeranjatkan Bahirah.

“Datuk kenal Tan Sri Shahrom?” soalan ditanya kembali.

“Ya.. saya kenal. Kami selalu main golf bersama. Sometimes kami habiskan masa berbual kosong di kelab, itu saja” jawab Datuk Shukri.

“Begini Datuk, apa yang telah dimaklumkan pada saya semalam, saya merupakan anak Badri Bin Burhan, salah seorang pengasas Badshah dan juga abang ipar merangkap kawan karib Tan Sri Shahrom,” perlahan Bahirah menutur bicara.  Tidak mahu nanti kedengaran seperti riak.

Bertambah terperanjat Datuk Shukri. Memang selama ini dia tahu Bahirah merupakan anak yatim yang dibesarkan di rumah anak-anak yatim.  Dia benar-benar tidak menyangka bahawa Bahirah ada kena mengena dengan Tan Sri Shahrom, salah seorang hartawan terkenal di kota Kuala Lumpur ini.

“Jadi.. kenapa Bahirah diletakkan di rumah anak-anak yatim,” Datuk Shukri masih bertanya, tidak puas hati rupanya.

“Ini semua atas permintaan arwah abah saya Datuk. Mengikut kata Puan Sri Badariah, isteri arwah Tan Sri Shahrom, sebelum abah saya meninggal abah  sudah meninggalkan wasiat agar saya ditinggalkan di rumah anak-anak yatim itu. Rumah yang sama arwah ibu saya dibesarkan. Sebabnya hanya arwah abah dengan Allah SWT sahaja yang tahu,” Bahirah malas nak menerangkan secara lanjut. Tidak semua orang akan faham apa sebenarnya niat abah lakukan sedemikian.

“Hhmmm…” Datuk Shukri melepaskan keluhan. “Bermakna, awak memang dah nekad untuk resign dari sini, ya Bahirah? Dah tidak boleh dipujuk lagi ker?” lemah saja suara Datuk Shukri.

“Insyaallah Datuk. Buat masa ini, ini lah keputusan saya. Dan memandangkan saya tidak memberi notis sebulan, maka saya akan bayar mengikut syarat dalam surat perlantikan saya dahulu.”

“Kalau macam itu kata awak Bahirah, saya terima dalam terpaksa. Saya sangat berpuashati dengan kerja-kerja awak selama ini. Sungguh, hati saya berat nak melepaskan awak pergi. Tapi tempat yang awak nak pergi tu, lebih baik dari sini, maka saya redha. Saya ucapkan selamat maju jaya pada awak Bahirah,” Datuk Shukri bangun dari kerusi, lantas menghulurkan tangan pada Bahirah.

Bahirah juga bangun berdiri serentak menyambut salam yang dihulur. “Terima kasih Datuk. Segala jasa baik Datuk selama ini amat saya hargai. Terima kasih banyak-banyak kerana mengizinkan saya menimba pengalaman yang sangat berharga di syarikat ini,” Bahirah lantas bergerak meninggalkan ruangan kerja Datuk Shukri.

Setibanya Bahirah di meja setiausahanya, Bahirah dapati Cassy Tan sedang memandang skrin komputer dengan khusyuk sekali. Dipanggilnya nama Cassy berkali-kali namun masih tidak ada tindak balas. Bahirah mendapat akal. Dia mengambil sebatang pen yang ada di atas meja lantas disuanya ke telinga Cassy.  Tindakan Bahirah membuatkan Cassy kegelian. Casy cuba menepis dan akhirnya Cassy berpaling. Terkejut Cassy bila dapati Bahirah sedang memandangnya dengan wajah yang serius.

“Boss?” spontan Cassy berdiri mengejut.

“Makan gaji buta ek? Datang kerja termenung ya?” Bahirah mengacah Cassy Tan.

“Bu.. bukan Bbb..boss… sa..saya tunggu boss,” balas Cassy tergagap-gagap.

“Hhmm.. masuk bilik sekarang,” Bahirah bersuara tegas. Sebaik mungkin dia cuba menahan senyum.

Setibanya di dalam bilik, Bahirah mengambil tempat di sofa. Dia menepuk-nepuk kerusi disebelah sebagai tanda supaya Cassy duduk disebelahnya.

“Relax ler Cassy, I was just joking.”  Gelihati Bahirah bila lihat wajah Cassy yang tegang semacam.

“Boss main-main ya? Tak baik Boss ni?” balas Cassy dengan memuncungkan mulutnya.

“Buat ler muka macam tu, buruk!”

“So… macamana dengan lunch tadi. Have you decide apa menu kita?” Bahirah terus bertanya.

“Kita order pizza and KFC saja lah Boss… senang sikit,” cadang Cassy Tan.

“OK.. Agreed! Nanti you tolong order kan ya?” pinta Bahirah.

Sejurus lepas itu keadaan bertukar menjadi sepi. Bahirah tak tahu bagaimana untuk memulakan bicara bagi mengkhabarkan pada Cassy bahawa minggu ni merupakan minggu akhir dia berkhidmat di syarikat Datuk Shukri ni. Bahirah merenung wajah Cassy Tan. Cassy yang perasan akan tingkah laku Boss nyer ini menjadi gabra. ‘Apa hal pulak ni? Aku ada buat salah ker’ getus hati Cassy Tan.

“Boss… is everything ok?” tak sanggup menunggu lagi, Cassy Tan terus bertanya.

Bahirah melepaskan keluhan. Dia membetulkan duduknya. Menganjak sedikit mengadap Cassy Tan.

“Cassy… I ada benda nak beritahu you. I rasa bila-bila masa saja the whole office akan dapat tahu tentang hal ini. So, better I cakap dengan you dulu. Kalau ikutkan tadi dah I nak cakap, tapi since Big Boss dah panggil, so now is the right time to tell you.”

“ What is it Boss? You sound so serious.” Tutur Cassy dalam kehairanan.

“It is Cassy. Actually… this week will….” Belum sempat Bahirah menghabiskan ayat, tiba-tiba pintu bilik nya dibuka dari luar. Tanpa diketuk terlebih dahulu. Bahirah dan Cassy Tan terperanjat.

“Bahirah! Is it true? But why Bahirah? Why?” tiba-tiba Nasriq menerjah masuk dengan memberi soalan bertubi-tubi.

Bahirah menghembuskan nafasnya dengan kasar. Dia menunduk seketika sebelum berpaling mengadap wajah tegang Nasriq.

“Yes Nas… it’s true. Why? It’s my time. Itu saja yang I boleh cakap,” Bahirah memandang Nasriq dengan harapan agar Nasriq faham kenapa dia berbuat begitu.

Ketegangan di wajah Nasriq kian mengendur. Namun jelas kelihatan kekecewaan di wajah Nasriq.  Cassy Tan yang tidak mengetahui hujung pangkal cerita hanya tercengang-cengang. Seingat dia tadi Bahirah seperti ingin mengkhabarkan sesuatu. Tetiba Nasriq masuk marah-marah. Apa semua ini?

“Excuse me… did I miss something here?” soal Cassy Tan

“You still didn’t hear about it Cassy? Weird!” sinis soalan Nasriq ni.

“Nas please. I was just about to tell her before you barging in like this. Tadi tak sempat sebab Big Boss dah panggil I dulu. Beside, yang you marahkan sangat ni kenapa Nas?” Bahirah sungguh tidak berpuashati dengan sikap Nasriq.

Bahirah lantas memandang Cassy Tan. Kedua-dua tangan Cassy diraihnya dan digenggam kemas. Matanya terus memandang tepat ke anak mata Cassy Tan.

“Dear Cassy… actually I nak bagitau you yang this week is my last week with the company. I dah tender my resignation letter to Big Boss. I got a better offer and it’s something that I can’t resist,” terbuntang mata Cassy Tan memandang ke arah Bahirah. Ini memang satu kejutan. Tiada angin tiada ribut tiba-tiba saja…

Keadaan bilik Bahirah menjadi sepi.  Nasriq yang duduk di sofa menundukkan kepalanya. Kedua-dua tangannya digenggam. Dia benar-benar kecewa.  Ingat hati ada peluang untuk terus memujuk Bahirah.  Dia benar-benar sukakan Bahirah dari mula dia lihat Bahirah dahulu.  Bukan sekadar suka, malah dia benar-benar jatuh cinta pada Bahirah. Selain dari wajah Bahirah yang menjadi tarikan pertama, keperibadian Bahirah yang lebih membuatkan hatinya tidak karuan.

Cassy Tan yang tangannya masih digenggaman Bahirah hanya membisu. Mata nya masih tidak berkalih dari memandang Bahirah. Wajahnya sudah dibasahi airmata. Cassy sayangkan Bahirah.  Bahirah merupakan seorang ketua yang sangat baik.  Dia tahu selama ini dialah yang lebih banyak bercakap berbanding dengan Bahirah.  Bahirah yang dikenalinya ada lah seorang pendiam.  Dia kurang bercakap hal peribadi. Dia juga kurang berbual hal kosong. Tapi kalau hal kerja Bahirah boleh bertukar menjadi seorang yang petah.

Bahirah melepaskan keluhannya. Dia meraih bahu Cassy Tan dan memeluk setiausahanya demi untuk menenangkannya. Setelah beberapa ketika, pelukan dileraikan. Bahirah menyeka airmata yang mengalir di pipi Cassy Tan.

“Cassy dear… jangan lah macam ni.  I hanya tukar tempat kerja saja. But I’m still around.  After this kita boleh jadi sahabat dan bukan lagi boss dan secretary,” pujuk Bahirah.  Dia sendiri pun sebak.

“Sampai hati Boss tinggalkan saya,” Cassy Tan bersuara dalam esak.

“I’m not leaving you Cassy. I’m just not here. But we still friend.  Lepas ni kita meet up dekat luar lah. Lebih casual,” Bahirah masih memujuk.

“Are you sure? Nanti kalau di tempat baru you lagi sebuk and langsung takde masa nak jumpa, macamana?” soal Cassy Tan.

“Insyaallah Cassy… kita akan bertemu lagi. I akan luangkan masa don’t you worry,”

“OK.. I pegang kata-kata you ni,” Cassy Tan mengalah. “But Boss… do you need any secretary dekat tempat baru you tu?” sempat pulak si Cassy ni mencari peluang.

Tergelak Bahirah mendengar kata-kata Cassy Tan.

“Hai… kalau I bawak you sekali, mau sakit jantung Big Boss kita nanti. Beside, I pun tak tahu keadaan I macamana nanti kat sana,” sisa-sisa gelak masih kedengaran.

“But in case you do need a secretary, call me ya Boss?”

“Insyaallah… I’ll let you know. I pun dah biasa dengan you. Maybe it’s a good idea though,”

“Elok ler tu… berpakat ler macamtu. Pehtu company ni lingkup!” tiba-tiba Nasriq menyampuk. Serta merta kedua-dua wanita itu memandang padanya.

“You ni kenapa Nas? Takkan ini pun nak jadi isu?” Bahirah membalas geram.

“Aku just nak tahu, kenapa kau nak tinggalkan syarikat ini? Kau nak larikan diri dari aku ker Irah?” Nasriq sungguh tidak berpuashati dengan tindakan mengejut Bahirah.

“Apa kena mengenanya aku dengan kau Nas? Apa yang aku buat tak ada kena mengena dengan kau langsung,” balas Bahirah.

“Kau saja kan?” tuduh Nasriq.

“Errmmm excuse me… I’m going out… and you two love birds discuss elok-elok. Jangan gaduh-gaduh. And Nasriq… don’t throw things around ok?’ gurau Cassy Tan.

Mencerlung pandangan mata Nasriq dan Bahirah tajam ke arah Cassy Tan.

“I’m going… I’m going… I’m going…” terkedek-kedek Cassy Tan menuju ke arah pintu.  Kelam kabut juga dibuatnya bila kedua-dua ketuanya memandang sebegitu.

Sebaik Cassy Tan hilang dibalik pintu, Bahirah mengalihkan perhatian pada Nasriq.

“Nas… really it’s got nothing to do with you. Percaya lah,” Bahirah cuba memujuk Nasriq. “Memang ianya ada kena mengena dengan hal peribadi, tapi sikit pun bukan pasal you or syarikat ini,” sambung Bahirah lagi.

“And then why Bahirah? Sudah lah kau tak reply SMS aku. Semalam pun the whole day aku cuba contact kau, sampai sudah tak dapat. Kalau pun kau benci dengan aku Irah, tak perlu lah sampai nak melarikan diri macam ni,” Nasriq masih dengan spekulasinya.

Bahirah cuba bertenang. Memang dia tidak berpuashati dengan tuduhan-tuduhan Nasriq.  Namun dia tidak menyalahkan Nasriq kerana Nasriq sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi.

“Nas… come, kita duduk dulu. Irah akan ceritakan apa yang berlaku. Come over here… duduk sini,” Bahirah pelawa Nasriq duduk di sofa agar dapat menenangkan emosi Nasriq pada tika ini. Setelah Nasriq melabuhkan dirinya di salah satu kerusi yang ada, Bahirah bergerak menuju ke meja nya dan terus menekan interkom.

“Cassy, boleh bawakan I two cups of coffee?” pinta Bahirah.

“OK Boss… five minutes,” terdengar suara Cassy membalas.

Interkom dimatikan. Bahirah melangkah kembali ke ruangan tamu di biliknya.  Dia kemudiannya duduk berhadapan dengan Nasriq. Hujung bibirnya tersungging segaris senyuman. Bahirah memandang Nasriq tanpa bersuara. Nasriq cuba membalas pandangan Bahirah.  Buat seketika, kedua-dua mereka bagai tenggelam dalam panahan mata masing-masing. Ketukan dipintu menyedarkan mereka. Segera Bahirah membetulkan duduknya. Begitu juga dengan Nasriq.

“Boss, your coffee,” Cassy Tan meletakkan dua cawan kopi di meja tamu. Cassy rasa pelik tengok keadaan kedua-dua ketuanya ini. Matanya beralih dari Bahirah ke Nasriq silih berganti. ‘What happened? Baik aku cabut’ bisik hatinya.

“Bye Boss, enjoy!” zuupp Cassy meluru keluar tanpa sempat sesiapa pun bersuara.

Ketegangan sebentar tadi akhirnya kendur akibat gelagat Cassy Tan yang menggelikan hati. Akhirnya Nasriq dan Bahirah ketawa.

Setelah ketawa mereka reda, Bahirah menjemput Nasriq untuk minum.

“Nas… kau ingat tak yang aku pernah bercerita pasal latar belakang aku?” Bahirah mula bersuara.

“Tentang kau yang dibesarkan di rumah anak-anak yatim tu?”

“Yeap! And kau nak tau tak. Selama ini aku ingat aku sebatang kara. Tapi semalam…” Bahirah berhenti untuk menarik nafasnya. “Semalam hari bersejarah bagi aku. Semalam aku bertemu dengan keluarga aku, Nas,” sambung Bahirah.  Nada suaranya sudah cukup menggambarkan yang dia terlalu bahagia.  Bahirah menanti reaksi Nasriq. Nasriq kelihatan terkejut sikit tapi kemudian wajahnya kembali tenang.

“Aku masih ada keluarga Nas. Aku dipertemukan dengan adik abah aku dengan anak-anaknya.” Dan Bahirah menceritakan segala-galanya pada Nasriq. 

Nasriq merupakan sahabat yang baik. Selama berkerja disampingnya, Nasriq tidak pernah mengambil kesempatan. Nasriq begitu menghormati Bahirah dan begitu juga Bahirah.  Oleh kerana itu Bahirah perlu ceritakan semuanya kerana tidak mahu Nasriq berprasangka buruk  terhadapnya.

“Ini bermakna kau akan jadi Managing Director di Badshah Holdings?” Nasriq bertanya setelah habis Bahirah bercerita.

“Yeap! That’s what I’ve been told, walaupun aku tak sure aku boleh pikul tanggungjawab sebesar itu,”

“I know you can Bahirah. Kau memang layak. Congratulations dari aku.. ikhlas,” Nasriq menghulurkan tangannya dan disambut Bahirah. Mesra.

“Aku minta maaf sebab terjah kau tadi. Aku jadi sensitive bila ianya ada kena mengena dengan kau,” Nasriq menutur lembut. Tunduk. Malu dia pada Bahirah.

“It’s ok Nas. Aku tak ambil hati pun. Aku kenal kau,”

Seketika kemudian interkom berbunyi. Bahirah segera menjawabnya.

“Boss… lunch dah sampai,” suara Cassy kedengaran di cuping telinga Bahirah.

“Ok good… you tolong serve kan and invite everybody. I’ll be there shortly,”

“Baik Boss,”

“Nas, come… kita join diorang kat luar for lunch.” Bahirah mengajak Nasriq sekali.  Nasriq mengikut Bahirah keluar dari bilik. “Kau belanja ya?” Tanya Nasriq. Bahirah sekadar senyum sahaja.



No comments:

Post a Comment