Sinopsis belakang buku:-
Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup berajakan nafsu. Dirinya tergadai kepada Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan ramai wanita.
Dua tahun menghamba diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang. Mikail mendera hati dan perasaannya.
Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tetapi hati mengikat janji secara sembunyi.
Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian? Dan… cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yang sama?
Wow! Novel yang menarik. Begitu terbuai-buai bila baca novel ni... esp bila dah melepasi separuh dari ceritanya. Kisah cinta dan kasih sayang yang terlalu mendalam seorang jejaka terhadap wanita yang dicintainya.
Pada peringkat awal, Mya Arlissa hanya lah merupakan seorang perempuan simpanan kepada Mikail. Selama 2 tahun Mikail melayan Mya dengan kasar dan tak lebih hanya sebagai seorang hamba seks. Perubahan rasa berlaku bila ibu Mikail datang berkunjung ke rumah Mikail dan memberikan cuti pada Mya yang disangkanya hanya seorang pembantu rumah pada Mikail. Pemergian Mya tanpa pengetahuan Mikail telah membuatkan Mikail jadi tidak tentu arah lantas terus menjejaki Mya. Tak sampai satu hari Mya meninggalkan rumah, Mikail seperti orang yang hilang arah. Dari situ lah bermulanya detik-detik menarik antara hubungan Mya dengan Mikail... apatah lagi bila Mya juga jadi rebutan antara Mikail, Adam dan Syamil.
Cara penulis menggambarkan betapa sayang dan kasihnya Mikail pada Mya membuatkan kita sebagai pembaca begitu terharu dan teruja. Sesungguhnya ada kah lelaki yang sedemikian sifatnya... kacak, bergaya, kaya, berjaya dan begitu amat menyintai seorang wanita tanpa memandang pada yang lain?
I wonder!
Cara penulis menggambarkan betapa sayang dan kasihnya Mikail pada Mya membuatkan kita sebagai pembaca begitu terharu dan teruja. Sesungguhnya ada kah lelaki yang sedemikian sifatnya... kacak, bergaya, kaya, berjaya dan begitu amat menyintai seorang wanita tanpa memandang pada yang lain?
I wonder!




No comments:
Post a Comment