Purple Flowers

Monday, 23 September 2013

Permulaan baru....


Dah lama tak update blog ni.  Sebuk buat benda lain.  Hati macam tak keruan bila karya pertama masih belum diterbitkan lagi.  Sudah lebih setahun diberi pada pihak penerbit dan telah juga terima berita baik yang menyatakan bahawa manuskrip saya itu telah lulus untuk diterbitkan.  Namun kini ianya masih tergantung.

Keputusan drastik terpaksa dibuat. Bak kata omputih... “The hardest thing in life is to know which bridge to cross and which to burn”.   Maka dengan itu manuskrip tersebut terpaksa ditarik balik. Kini ianya diserahkan pada penerbit baru dengan harapan agar mimpi ku akan jadi kenyataan.

Karya pertama yang pada mulanya diberi tajuk BELUM WAKTU merupakan sebuah karya mengenai hubungan kekeluargaan. Cerita yang tidak terlalu cliche sebagaimana cerita-cerita dari kebanyakan novel di pasaran. Tidak ada yang busuk hati.  Tidak ada fitnah memfitnah.  Yang pasti segala masalah akan dapat diatasi hanya dengan kasih sayang utuh antara anggota keluarga.

Dapat dirasakan tajuk asal tu seperti ada badi yang mungkin menyebabkan kenapa ianya hingga kini tidak dapat diterbitkan. Maka atas pandangan beberapa kenalan rapat maka tajuknya terpaksa ditukar lain.

Post-post saya akan datang, Insyaallah saya akan masukkan bab-bab awal karya saya itu. Kepada pengunjung-pengunjung yang sudi singgah di sini harap dapat memberi komen dan pandangan agar karya saya itu dapat diperbaiki.

Untuk permulaan... tajuk baru yang diberikan pada saya adalah KASIH BERTAMU. (Thanks to anaknda Fatin Nur Rafeah.)  Harap-harap ianya sesuai dan ngam dengan jalan cerita dalam karya saya itu.

Well... selamat membaca semua.





No comments:

Post a Comment