Purple Flowers

Tuesday, 1 October 2013

~ Oktober muncul kini...



Bulan Oktober kini telah muncul.

Ini bermakna sudah 15 bulan manuskrip pertama terperap di tangan penerbit. Walaupun jawapan gembira sudah lama diperolehi, namun untuk melihat ianya menjadi kenyataan, bagai menanti buah tak gugur.

Kini manuskrip yang merupakan karya pertama saya sudah diserahkan pada penerbit baru.  Saya terpaksa tarik balik karya saya itu dari penerbit awal kerana mereka seperti tidak menepati janji dan membiarkan saya terkontang-kanting tanpa tahu di mana sebenarnya status karya saya itu.

Disebabkan ini, akal saya bagai tidak berfungsi untuk meneruskan penulisan bagi menyudahkan manuskrip kedua.  Tiba-tiba minda jadi buntu. Mungkin sebab hati jadi sebal dan luluh dengan apa yang berlaku.  Bagaimana ya dengan penulis-penulis lain? Apakah mereka juga hadapi sebagaimana yang saya hadapi kini?  Apakah ini simptom karya pertama?

Kini manuskrip 'baby' saya itu ada ditangan penerbit baru.  Dengan penerbit baru ini, tanpa menunggu lama, jawapan telah diterima walaupun ianya bukan secara rasmi namun saya percaya mereka tidak main-main dengan hal seperti ini.

Hanya kini saya membilang hari menantikan kelahiran novel sulung saya.  Harap ada rezeki dan harap saya tidak mengambil langkah yang salah.  Takut pulak yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula keciciran.

No comments:

Post a Comment