Sinopsis belakang buku:-
Melangkah lamunan membilang bahagia... Detik itu apa maknanya?
Bukan kehendaknya melangkah keluar dari istana. Tapi dia terpaksa, maka diikutkan juga langkah kaki. Lalu takdir membawanya ke pintu pagar rumah seorang rakyat biasa.
“Okey, Piya. Tapi awak tak rasa ke yang awak ni terlalu muda untuk jadi pengasuh kepada seorang budak perempuan?” Ra’if Arjuna mengasak soalan.
Pengasuh? Tatkala itu bermulalah episod penyamaran, pendustaan yang terpaksa direncanakan oleh Puteri Mahkota Nur Shaafiah demi melindungi identiti diri. Menjadi seorang pengasuh anak kecil atau lebih tepat lagi orang gaji di rumah rakyat biasa itu merupakan satu penderitaan jiwa buat sang puteri. Dia tidak tahu membezakan apa itu senduk dan sudip, jadi bagaimana dia mahu menguruskan semuanya? Mujur saja dia bijak bermain dengan situasi sehingga dia kerap kali terselamat daripada bala yang dicipta tuan rumah, Ra’if Arjuna, duda beranak satu itu.
Bila hati disapa cinta, sang puteri mula menyangkal rasa. Mana mungkin puteri raja sepertinya jatuh cinta kepada rakyat biasa. Pantas dia menolak kata hati. Namun dia tewas pada perasaan cinta dan kasih sayang yang kian bersemi. Misi menawan hati Ra’if Arjuna tidak semudah disangka. Riaknya seperti suka, namun lafaz tidak pernah bersuara membuatkan sang puteri terus-terusan cuba mentafsir hati rakyat yang kerasnya mengalahkan tembok-tembok istana.
Apakah penyudahnya? Haruskah sang puteri melupakan saja atau haruskah terus mengejar cintanya? Atau mungkinkah tiada siapa yang mampu mengubah hakikat kenyataan bahawa tempat sang puteri tetaplah di istana, bukannya di teratak rakyat biasa!
******** *********** *********** ************* ******* ************ *******
Semegah hikayat cinta dunia….sehebat itulah cinta beta buat dirinya…seorang putera raja rakyat biasa!
Cinta dari istana tentang seorang puteri raja telah melarikan diri dari istana kerana enggan ditabalkan sebagai seorang Sultan, kerna bagi sang puteri adinda baginda Putera Indera yang lebih layak . Puteri Mahkota Nur Shaafiah telah pergi ke sebuah rumah yang diduduki oleh seorang duda tanpa diketahui olehnya bahawa tersalah alamat. Dengan keyakinan yang ada, puteri itu telah menyamar diri sebagai rakyat biasa dan bekerja sebagai pengasuh anak kepada Ra’if Arjuna.
Menjadi pengasuh atau lebih tepat lagi sebagai orang gaji di rumah rakyat biasa itu merupakan satu penderitaan buat sang puteri. Dia tidak tahu membezakan apa itu sudip dan senduk, jadi bagaimana dia mahu menguruskan semuanya? Mujur saja dia bijak bermain dengan situasi sehingga dia kerap kali terselamat daripada bala yang dicipta oleh tuan rumah, Ra’if Arjuna. Ra’if pula merasakan bahawa pengasuh anaknya itu seorang yang berperangai pelik dan sering membuat hatinya terbuai.
Dia tertarik dengan layanan Piya terhadap anaknya yg dahagakan kasih seorang ibu. Piya pula cuba menyangkal hatinya daripada jatuh cinta kepada rakyat biasa tetapi itu adalah mustahil kerana jantungnya sering berdegup laju, gemuruh satu badan apabila berhadapan dengan Ra’if. Apabila Piya sudah nekad untuk meluahkan perasaan dan perkara sebenar mengenai dirinya, pihak dari istana telah datang kerumah Ra’if untuk membawanya pulang. Ra’if merasakan bahawa dirinya telah ditipu oleh Piya.
Di istana, Piya terpaksa menerima pinangan pilihan ibubapanya dan merasakan bahawa Ra’if tidak akan memaafkannya. Ra’if bersama sepupunya menghadiri satu persidangan yang turut dihadiri oleh pihak istana di Negara Piya. Piya telah terserempak dengan Ra’if dan menyangkakan bahawa Ra’if bersama teman wanitanya. Hatinya sekali lagi seperti di siat. Ra’if cuba mendapatkan cinta Piya dengan berjumpa dengan ayahanda Piya atas bantuan abang Piya. Keikhlasan yang ditunjukkan oleh Ra’if telah melembutkan hati ayahandanya dengan syarat dia perlu memikat semula hati Piya.
Tetapi Piya tidak dapat memilih Ra’if kerana menyangkakan akan merampas kekasih orang. Pinangan Ra’if telah ditolak oleh Piya. Ra’if pulang ke Malaysia dalam kehampaan tetapi menerima kejutan daripada Piya apabila Piya mencarinya di Malaysia untuk menyambung kasih yang terputus.
Mereka disatukan mengikut istiadat istana antara Puteri Mahkota dan putera raja rakyat biasa.
Sebuah cerita yang sangat-sangat best! Dalam masa 24 jam boleh habis baca novel 632 mukasurat ini. Bukanlah baca secara terus-menerus tapi bila dah baca memang tak boleh stop. Sentiasa ada incident menarik yang berlaku.
Bagi yang kureng dengan penggunaan bahasa istana pasti akan bosan bila membaca novel ini. Tapi since novel ini ceritanya dari kacamata seorang puteri raja... maka kebanyakan dialog dan bahasa yg digunakan adalah bahasa Istana. Melainkan pada watak2 yang bukan dari istana.
Bagi yang kureng dengan penggunaan bahasa istana pasti akan bosan bila membaca novel ini. Tapi since novel ini ceritanya dari kacamata seorang puteri raja... maka kebanyakan dialog dan bahasa yg digunakan adalah bahasa Istana. Melainkan pada watak2 yang bukan dari istana.
Memang tak rugi pada sesiapa yang memiliki novel ini. Recommended!





No comments:
Post a Comment