Dia..tidak pernah meminta apa-apa. Cukuplah sekadar dia disayangi. Dan ibarat seorang puteri dalam cerita dongeng, dia bertuah kerana disayangi semua orang meskipun hakikatnya dia hanyalah anak orang gaji di rumah Zainal Ikram. Di situ juga persahabatannya dengan anak tunggal Zainal Ikram, membuahkan erti kasih yang cukup tulus.
Namun mimpi tak selalunya indah, apabila pembunuhan Zainal Ikram menjadikan ayahnya suspek utama. Dan kebencian Engku Latifah memaksa dia dan ibunya pergi meninggalkan rumah itu buat selama-lamanya.
Penganiayaan demi penganiayaan melontar dirinya jauh ke dalam dunia Zafran dan ayahnya Bustaman. Kerana mahu menyelamatkan diri, dia terpaksa menukar identiti diri dan hidup sebagai adik Zafran. Tetapi hidup bersama Zafran rupanya lebih sukar bila hati Zafran mula terpaut. Sedangkan rindunya pada Nashriq Adli ibarat air yang tidak putus mengalir. Dan setiap rindu yang dirasakannya dilakar dengan air matanya.
Apakah perlu dia meleraikan dendam demi cinta? Atau haruskah dia melupakan cinta untuk menuntut kembali apa yang telah dirampas darinya?
Ini novel keluaran tahun 2009... tapi baru jer dimiliki dan habis dibaca. Sebuah novel yang cukup segala rempah dalam mencari satu kepuasan tatkala membaca sesebuah novel. Novel yang menceritakan tentang komplot ahli keluarga sendiri dalam usaha untuk membolot harta kekayaan secara mutlak. Cerita yang penuh dengan suspen, 'thriller' dan cinta.
Sebuah novel yang padat dengan segala rahsia. Boleh dikatakan setiap watak punyai rahsia yang hanya akan terungkai di akhir cerita. Bermula dengan suatu pembunuhan misteri, ia membuatkan kita yang membacanya tak senang duduk dan tak sabar untuk mengetahui apa sebenarnya yang terjadi.
Kisah percintaan yang tak terlalu cliche. Kisah dendam yang tidak disangka. Tidak seperti novel2 lain, yang mana dendam mostly datang dr bekas kekasih or kekasih sang hero.
Memang tak rugi untuk membaca novel ni.




No comments:
Post a Comment