Purple Flowers

Wednesday, 18 January 2012

Ulasan ringkas ~ UDA & DARA



Sekian lama terpisah kerana masing-masing mengejar cita-cita, tidak mungkin Siti Mariam menerima cinta Izzat Hilman. Kenangan lalu yang sangat menghiris hatinya sentiasa bergentayangan di hadapan mata. Namun, si uda tidak putus asa. Si dara harus dimiliki walau apa pun yang terjadi.
Ya, mungkin ada rasa rindu di sebalik rasa bencinya terhadap lelaki itu. Namun, dalam diam, Siti Mariam masih tidak mampu membuang perasaan sayang pada Izzat Hilman. Ah, bila memikirkan wasiat arwah ibu lelaki itu, dia jadi nanar. Apatah lagi, kemunculan Khalidah bagai dirancang untuk memisahkan mereka. Hubungan boleh diteruskan, tetapi Siti Mariam meletakkan syarat. Mereka boleh bersama tetapi bersedia untuk berpisah. Tempoh yang diberi hanya tujuh bulan. Muktamad. Berat sungguh syarat itu! Namun, si uda tidak peduli. Si dara perlu akur cinta sejati mereka. Bagi Izzat Hilman, jodohnya bersama Siti Mariam sangat kuat.
Abang cuma minta Mar bagi peluang sekali ini sahaja lagi, dan abang takkan sia-siakan Mar.

Novel ni for me takde moment-moment menarik. Just macam novel2 biasa yang mana penceritaan lebih tertumpu dgn sang hero yang cuba memenangi hati sang heroin. Heroin pula mmg dah sedia jatuh cinta pada sang hero... hanya saja-saja nak jual mahal. Takde konflik-konflik yang membolehkan kita tak senang duduk tatkala membacanya. Mungkin penulis novel ni nak kita menikmati novel Uda & Dara ini dengan santai...

No comments:

Post a Comment