Purple Flowers

Sunday, 11 December 2011

Novel DiBeli ~ November 2011

Novel setebal 1140 mukasurat, yang padat dengan dendam, percintaan, persahabatan dan kekeluargaan. Satu kepuasan yang tak dapat nak digambarkan bila selesai baca novel ini....

BIARKAN IA BERLALU nukilan Sha Ibrahim...


Sinopsis:

Pengkhianatan dan sikap dengki Tan Sri Khalid terhadap keluarga Nadia telah mengubah kehidupan gadis itu. Namun dia tetap tabah menerima untuk hidup dalam kesederhanaan selagi Johan anak Tan Sri Khalid sentiasa di sisi. Sehingga pada satu tahap kesabarannya telah goyah apabila Johan sendiri telah memutuskan hubungan mereka semata-mata kerana beberapa keping gambar ‘panas’ hasil pakatan mummy Johan, Puan Sri Normah dan calon menantu kesayangannya, Erin. Sejak daripada itu, telah tersemat satu perancangan untuk membalas dendam terhadap keluarga Johan.

Lima tahun Nadia membawa diri ke luar negara di samping mempelajari selok-belok perniagaan daripada Jason, seorang ahli perniagaan yang berjaya di UK. Dalam tempoh itu juga Nadia telah berjaya menubuhkan Friends Corporation di Malaysia sambil dibantu oleh dua sahabat karibnya: Tiara dan Baby. Nadia memberi sepenuh kepercayaan kepada dua sahabatnya itu untuk menerajui Friends Corporation di samping mempunyai muslihatnya tersendiri. Setelah mendapat tahu Johan akan berkahwin dengan Erin, Nadia pulang ke tanah air dengan membawa seribu satu azam.

Di Syarikat Friends Corporation telah menemukan Nadia dengan Syafiq, akauntan hebat syarikat mereka. Namun, untuk melicinkan rancangan balas dendamnya terhadap Tan Sri Khalid, Nadia terpaksa merahsiakan identitinya sebagai pemilik sebenar Friends Corporation daripada sesiapa termasuk ibu, Abang Im dan juga Syafiq. Oleh itu, Nadia memohon jawatan sebagai setiausaha kepada Syafiq a.k.a Lion King! Sikap keras kepala dan suka melawan Nadia menyebabkan Syafiq tertarik untuk menerima Nadia sebagai setiausahanya. Pelik! Namun, di sebalik sikap Si Lion King dan keras kepala Nadia sebenarnya telah menimbulkan satu perasaan halus dalam diri masing-masing tetapi kedua-duanya menafikan. Bagi Nadia, Syafiq telah mempunyai seseorang yang istimewa yang bernama Mia Khaisarah manakala bagi Syafiq, terlalu banyak rahsia dalam diri Nadia yang membuatnya keliru.

Adakah benar Nadia di mata Syafiq hanyalah seorang setiausaha ‘kesayangan’nya sahaja? Bila pula Nadia akan menonjolkan dirinya yang sebenar dan bagaimana dengan reaksi Syafiq? Seterusnya, terbalaskah dendam Nadia terhadap Tan Sri Khalid? Bagaimana pula dengan Johan? Dapatkah dia menerima kebenaran di atas apa yang pernah berlaku ke atas Nadia? Bagaimana pula kisah sahabat baiknya Tiara dan Baby dalam menerajui Friends Corporation? Atau Nadia akan biarkan semuanya berlalu….
Kesah pembalasan dendam yang begitu mengujakan.  Bila dah mula membacanya payah sungguh untuk stop. Pasti tak sabar untuk mengetahui apa yang akan terjadi seterusnya. Thanx so  much untuk novelis Sha Ibrahim. Walaupun ini novel cetakan pertama beliau, ia sungguh mengkagumkan....


Biarkan Ia Berlalu Prolog

“Nad...bila lagi kau nak muncul?”

Nadia hanya membiarkan sahaja pesanan ringkas yang dihantar oleh orang kanannya. Malas dia nak melayan pesanan ringkas tersebut. Rasanya sudah beratus kali dia beritahu bahawa dia masih belum bersedia untuk menunjukkan siapa dirinya yang sebenar. Masanya masih belum tiba. Dia tidak mahu kemunculannya pada masa sekarang akan merosakkan segala rancangannya yang telah dirancang dengan rapi dalam beberapa tahun ini. Dia perlu jatuhkan musuh ketatnya. Musuh ketatnya mesti dikalahkan. Oleh itu perancangan yang terperinci harus dilakukan. Tambahan pula musuh ketatnya itu bukannya calang-calang orang.

“I think u should come back to Malaysia”

Nadia merengus kuat. Balik? Perkara inilah yang sememangnya agak susah untuk dia lakukan dalam masa beberapa tahun ini. Sudah ramai yang memujuknya agar dia kembali. Namun pujukan mereka semua hanya sia-sia dan menemui jalan buntu. Tiada sesiapa pun yang mampu memujuknya. Dia tidak akan pulang kecuali ada sebab-sebab tertentu yang memerlukan dia untuk kembali ke tanah air.

“He's gonna married OK!!!!”

Nadia berhenti melangkah sebaik sahaja menerima pesanan ringkas yang seterusnya. Dia terus melabuhkan punggung di salah sebuah kerusi kayu yang terdapat di taman tersebut. Niatnya untuk jogging pada pagi itu terpaksa dibatalkan. Niatnya sudah terbantut. Dia mengeluh dengan kuat. Sudah lama rasanya dia tidak mendengar sebarang berita mengenai lelaki itu. Salah seorang yeng telah membuatkan dia menjadi dirinya pada hari ini.

“Kahwin? Sekarang baru kau nak kahwin, aku rasa dah lama kau bercinta dengan minah tu, tapi sekarang baru kau nak kawin, ok! Kita tengok kau boleh kawin ke tak?” bicaranya sendirian kemudian tersenyum dengan senyuman yang penuh dengan kebencian dan dendam yang masih belum berbalas.

Dengan pantas Nadia menaip pesanan ringkas untuk dihantar kepada orang kanannya yang merupakan kawan baiknya sendiri. Sudah pasti pesanan ringkas yang bakal dihantarnya itu akan membuatkan kawan baiknya itu tersenyum gembira. Dia pasti dengan itu semua. Nampaknya umpan yang kawannya gunakan kali ini mengena. Dia terpaksa mengalah.

“OK! 2 mggu lg aku blk.” Dia terus menekan butang ‘send’. Kemudian dia bangun dan terus menyambung lariannya untuk pulang ke rumah. Dalam masa dua minggu ini banyak benda yang harus dia lakukan bagi persiapan untuk pulang ke tanah air. Dia tahu keputusan yang diambil olehnya kali ini pasti tidak akan dipersetujui oleh seseorang.

“Macam mana aku nak explain kat dia ni pula, aduh, sakit kepala aku,” ujar Nadia sambil berlari. Belum sempat dia melintas jalan menuju ke rumahnya yang berada di seberang jalan, dia terpandang seorang lelaki yang sedang menyandar di kereta sambil melambai tangan ke arahnya.

“Macam tahu-tahu pulak aku nak bincangkan sesuatu dengan dia,” bisik Nadia dalam hati. Dia mengangkat tangan membalas lambaian lelaki itu.

 

Biarkan Ia Berlalu Bab 4

BAB 4

Syafiq mulai bengang dengan kereta yang berada di hadapan keretanya. Kadang-kadang perlahan. Kadang-kadang pula laju. Yang menjadi masalahnya setiap kali dia cuba untuk melintas kereta tersebut, kereta itu seakan-akan tidak memberi ruang langsung untuk dia melintas.

“Ni mesti perempuan yang bawak kereta ni,” rungutnya sendirian. Jam di tangan hampir menunjukkan pukul lapan pagi. Hari ini dia terlewat bangun dari tidur. Kesilapan yang jarang dia lakukan semenjak dia bekerja. Mungkin semalam dia tidak lena tidur memandangkan hari ini adalah hari terakhir untuk dia mendapatkan setiausaha barunya. Banyak benda yang dia fikirkan semalam. Dia risau memikirkan amaran yang telah diberikan leh Tiara. Memang la dia tahu Tiara seorang yang baik dan bertolak ansur, namun kadang kala Tiara bleh bertukar menjadi seorang majikan yang tegas dan menggunakan kuasa autokrasi yang ada padanya.

Syafiq mulai hilang sabar. Dengan segera tangannya menekan hon keretanya dengan kuat dan lama. Kemudian dia terus melintas kereta itu dan cara dia memandu keretanya ketika itu seakan-akan mahu menghimpit kereta yang mneghalang perjalanannya. Dia tersenyum puas apabila melihat melalui cermin pandang belakang, kereta yang baru dilintasinya tadi memberhentikan keretanya dengan mengejut di tepi jalan.

“Lain kali kalau tak pandai bawak kereta jangan bawak, menyusahkan orang je,” rungut Syafiq terus menekan minyak keretanya.

*********

Nadia agak terperanjat apabila tangannya tiba-tiba ditarik oleh seseorang masuk ke dalam sebuah bilik pejabat yang berada di syarikat tersebut.

“Apa yang kau buat kat sini? Kau tak cakap kat kita orang pun yang kau nak datang hari ni,” tanya Baby sebaik sahaja pintu bilik perbincangan yang kosong telah ditutup dengan rapat.

“Kan aku dah cakap kat korang yang aku nak datang interview hari ni,” jawab Nadia. Baby terus terlopong apabila mendengar kata-kata yang baru keluar dari mulut Nadia.

“Woit, kau buat apa kat sini?” Tanya Tiara yang baru sahaja tersembul di muka pintu. Pintu segera ditutup dengan rapat.

“Dia cakap dia nak datang interview, gila!” Baby tolong menjawab bagi pihak Nadia. Nadia mencebik lalu dia duduk di salah sebuah kerusi yang berada di bilik tersebut.

“Kau biar betul Nad, you kidding me right?” soal Tiara sekali lagi.

“No! Aku serius la, kau tengok baju yang aku pakai, semalam baru aku keluar cari baju ni tau, ok tak?” Nadia bangun dari tempat duduknya sambil menggayakan baju barunya itu. Tiara dan Baby memandang rakannya itu dari atas sampai ke bawah. Pandai la pulak minah seorang ni cari baju ke pejabat yang kelihatan cukup femenin. Branded lagi.

“Kau gurau je kan?” giliran Baby pulak yang bertanya.

“Kenapa dengan korang ni, aku serius la, aku tak bergurau, aku datang hari ni aku nak interview, aku nak kerja kat sini, supaya lepas ni senang la aku nak pantau syarikat kita ni dari dekat, faham!” Nadia menjelaskan dengan lebih terperinci. Tiara terus memandang Baby. Baby pula memadang ke arah Nadia. Dia berjalan menghampiri Nadia yang sedang berdiri.

“Betul ni kau serius?” soal Baby sekali lagi.

“Ya Allah, betul la!”

“Cantik pakaian kau, pandai kau pilih, buatan luar Negara, Chanel lagi, kasut kau pulak, ya! Rekaan Jimmy Choo, kau ingat kau siapa? Anak Perdana Menteri, pakaian kau pakai ni memang la sesuai kalau kau datang ni nak menggantikan aku jadi Pengarah kat sini ataupun nak jadi CEO gantikan Baby, kau datang nak interview just untuk jawatan secretary je tau, lebih-lebih pulak, senang-senang je kau kena reject dengan Syafiq tu,” bebel Tiara.

“Kenapa pulak? Ok apa aku pakai pakaian yang ada class, penampilan kan penting jugak kalau kita nak interview, aku tahu la aku tak pernah interview sebelum ni, aku dapat kerja kat UK pun tanpa interview, tapi aku tahu jugak benda-benda basic ni,” jawab Nadia yang langsung tak puas hati dengan bebelan Tiara yang dianggapnya tak logik.

“Masalahnya cara kau berpakaian ni macam orang yang tak perlukan kerja, orang yang tak perlukan duit untuk sara diri, kalau kau nak tahu harga pakaian yang kau pakai ni gaji sebulan kau sebagai secretary Syafiq pun belum tentu cukup lagi tau,” sambung Baby pula. Nadia terus sahaja memandang pakainnya sendiri dari atas ke bawah.
“Ye ke?” tanyanya dengan nada sedih.

“Yalah!” Tiara dan Baby bersuara serentak.

“Tia, kau ada simpan pakaian kau kat pejabat kan, ada pakaian yang sesuai untuk minah ni tak?” Tanya Baby. Tiara mendiamkan diri seketika. Cuba mengingati kalau ada pakaian yang sesuai untuk Nadia. Nasib baik la bentuk badan dan ketinggian dia dengan Nadia hampir-hampir sama.

“Aku rasa ada, tapi ingat kalau kau dah tukar pakaian sekalipun, kau jangan ingat kau senang je nak dapat kerja dengan Syafiq tu, bergantung pada kebolehan kau jugak, Syafiq cerewet yang amat kau tahu!” pesan Tiara.

“Tengok kaki la beb, confirm dapat punyalah!”

“Yalah tu,” Tiara membalas.

************************

Nadia terus sahaja menghumbankan badannya di sofa. Dia cuba menenangkan hatinya yang bergelodak menahan kemarahan. Belum pernah dia bertemu dengan lelaki yang begitu cerewet dan menyakitkan hati. Kalau diikutkan hatinya mahu sahaja dia karate lelaki tersebut dengan ilmu karate yang ada padanya.

“Oo, jadi awak ni graduan luar negara, sebelum ni awak kerja kat mana?” Tanya lelaki di depannya di kala itu. Pada mulanya lagi dia sudah agak menyampah dengan lelaki yang agak dingin dan langsung tak menguntumkan sebarang senyuman walaupun di kala itu dia memberikan senyuman yang semanis mungkin sebaik sahaja masuk ke bilik temuduga itu.

“Sebelum ni saya kerja di UK,” jawab dia sepatah. Dia cuba untuk bersikap ramah namun perasaan marah yang dirasainya di kala itu menghalang dia untuk bercakap banyak. Apatah lagi, lelaki itu kelihatan langsung tidak mahu memandang wajahnya. Dari tadi lelaki yang dikenali sebagai Syafiq hanya menundukkan kepala membaca resume yang dibawanya.

“Kenapa dalam resume awak ni tak catat apa-apa pun mengenai pekerjaan awak sebelum ni, kalau ikutkan tarikh yang ada pada degree awak ni, dah tiga tahun awak habis belajar, jadi dalam masa tiga tahun ni awak kerja apa?” Tanya Syafiq lagi.

“Macam-macam yang saya kerja, jadi pelayan dekat restoran makanan segera, baby sitter, dan ada juga yang saya bekerja sebagai pembantu dekat library,” entah dari mana dia mendapat idea menyebut senarai pekerjaan yang disebutnya tadi, sedangkan semua pekerjaan tersebut tak pernah dia lakukan.

“Dengan degree yang ada pada awak ni hanya kerja tu je yang awak mampu lakukan? Dekat mana awak lakukan kerja tu semua?” lelaki itu bertanyakan soalan yang selanjutnya. Wajah Syafiq di kala itu masih belum berubah. Tetap dengan raut wajah yang dingin.

“Dekat UK,” dia menjawab dengan endah tak endah. Dia mulai menyampah. Kalau ikutkan hati dia mahu sahaja dia bangun dan keluar dari bilik tersebut. Namun dia tahu, kalau dia bangun pada waktu itu sudah tentu dia akan diejek oleh Tiara dan Baby kerana dua orang rakannya itu dari awal lagi memberitahunya bahawa dia tak akan mampu bertahan dengan perangai Syafiq walaupun sepuluh minit. Mungkin kerana rasa tercabar dengan kata-kata sahabat karibnya, dia memaksa dirinya untuk terus bersabar walaupun dadanya terasa mahu pecah menahan marah yang amat pada lelaki itu.

“Dekat UK? Kalau sekadar nak bekerja sebagai pelayan dekat fast food restaurant, baby sitter, kat Malaysia ni pun senang nak dapat, daripada awak habiskan masa awak buat kerja tu semua kat UK, baik awak balik Malaysia, jadi tak payahlah Malaysia asyik bawak masuk pekerja asing saja, jimat sikit ekonomi negara,” kata-kata yang cukup sinis keluar dari mulut Syafiq. Dia terus sahaja bangun dari tempat dudukya. Mukanya terasa panas. Dia tahu mukanya pasti merah menyala di kala itu.

“Saya nak kerja pelayan restoran ke? Nak jadi baby sitter ke? Nak duduk UK seumur hidup pun, encik peduli apa? Kenapa, haram ke kerja tu semua?” Dia mulai meninggikan suara. Kelihatan lelaki itu tersenyum. Namun dia langsung tak pedulikan senyuman itu semua. Apa yang dia tahu Si Syafiq ni seakan-akan mahu menghina dia.
“Saya tak cakap pun kerja tu semua haram, ada saya cakap?”

“Memang la tak cakap, tapi cara encik cakap tu macam kerja yang saya buat sebelum ni hina,” jawab Nadia agak kuat.

“Pun saya tak cakap kerja awak buat sebelum ni tu hina, awak ni ada six sense ek? Boleh dengar benda yang saya tak cakap,” kali ini Syafiq turut berdiri mengadap dia yang sedang menahan kemarahan.

“Saya tak perlukan six sense untuk tahu perangai sebenar lelaki berlagak macam encik ni,” suara dia sedikit perlahan.

“Apa awak cakap?”

“Saya tak cakap apa-apa pun, kenapa encik pun ada six sense jugak ke dengar apa yang saya cakap walaupun saya tak cakap apa-apa,” balasnya. Dia tahu kali ini tentu lelaki itu pula terkena. Padan muka. Dia belum kenal siapa Nadia yang sebenarnya. Bisiknya dalam hati.

“Awak tahu tak, cara awak ni boleh buat saya langsung tak berminat nak ambil awak bekerja dengan saya,”

“Kalau encik tak nak ambil saya bekerja, saya pun tak kisah, banyak lagi kerja lain yang saya boleh minta yang bos dia tak bongkak dan sombong macam encik, saya tak rugi apa-apa pun,” dia terus menerus membalas apa yang keluar dari mulut Syafiq. Baginya lelaki begini bukannya boleh berlembut. Dia sudah tidak kisah langsung dengan kata-kata rakan karibnya. Apa yang penting lelaki di depannya itu tak layak untuk memperlekehkan dirinya. Dia terus berjalan menuju ke pintu.

“Nanti dulu, ni resume awak, awak cakap nak cari kerja kat tempat lain kan, nah ambil balik resume awak ni, nanti susah pulak awak nak apply kerja, lainlah kalau awak nak jadi baby sitter, tak ada resume ni pun tak apa,”

Dia melangkah mendapatkan Syafiq kembali. Kemudian dia merampas kasar resume dari tangan lelaki tersebut dan menuju ke pintu.

“Cik Nadia,”

“Apa lagi,” Tanyanya kasar.

“Minggu depan saya nak awak start kerja, pukul lapan pagi saya nak awak dah ada kat meja depan pejabat saya,”

Nadia terperanjat. Gila ke apa mamat ni? Aku dah berkasar dengan dia, biadap dengan dia tapi dia masih nak ambil aku kerja dengan dia. Bisiknya dalam hati.

“Maksud encik saya diterima bekerja di sini?” dia inginkan kepastian.

“Awak dengar apa yang saya cakap tadi kan sebab kalau awak tak dengar saya nak tarik balik apa yang baru saya cakap tadi, sebab saya tak nak secretary saya pekak,”

“Encik ni…..

“Saya tak suka pekerja saya lewat, kalau boleh datang awal dari saya,” ujar lelaki tersebut yang kembali duduk di kerusi dan membelek fail tanpa memandang sikit pun kearahnya.

“ Kalau macam tu, saya balik dulu,”

“See you next Monday,” suara Syafiq cukup jelas. Namun lelaki itu masih tetap membelek fail di depannya. Dia pula mengangguk dan terus menghilangkan diri. Kemudian dia tersenyum seketika. Dia seakan-akan belum dapat mempercayai bahawa di dapat mengisi kekosongan jawatan sebagai secretary Syafiq. Lelaki yang cukup degil dan sombong.

Nadia tersenyum mengingati kembali peristiwa itu. Namun dalam hatinya masih lagi menahan marah kerana inilah kali pertama dia bertemu dengan lelaki yang menjengkelkan. Kalau ikutkan hatinya, mahu sahaja dia menolak untuk bekerja dengan lelaki tersebut. Dia risau dia tak mampu bertahan untuk terus bekerja dengan lelaki yang cukup menyakitkan hatinya. Namun, dia terpaksa. Ini sahaja jalan terbaik untuk dia mengetahui perjalanan syarikatnya.

***********

“Kau gila ke apa?” Tanya Roslan kepada rakan serumahnya apabila mendengar cerita Syafiq sebentar tadi.

“Aku tak gila, malah aku rasa pilihan aku tepat,” jawab Syafiq sambil tersenyum. Di kala itu, dia terbayang wajah gadis yang dikenali sebagai Nadia sedang menahan kemarahan terhadapnya.

“Tepat? Kalau aku jadi kau, aku terus reject kalau perempuan macam tu, gila, belum kerja dengan kau pun dia dah pandai melawan, kalau dah kerja dengan kau, aku tak tahulah jadi macam mana, berani tu!” bicara Roslan bersungguh. Namun jauh di sudut hatinya dia mahu juga mengenali gadis yang berani melawan Syafiq. Siapa yang tak kenal dengan Syafiq di pejabat. Seorang akauntan syarikat yang garang dan cerewet terutamanya dengan setiausahanya. Walaupun Roslan hanya bekerja sebagai budak pejabat yang kerjanya banyak menghantar surat-surat ke syarikat namun dia banyak juga tahu mengenai rakan baiknya itu. Perangai yang cukup berbeza yang ditunjukkan oleh Syafiq apabila berada di pejabat jika dibandingkan dengan sikapnya setelah habis bekerja. Hanya sesetengah orang sahaja yang tahu perangai sebenar syafiq.

“Berani tu la yang aku nak, aku nak secretary aku seorang yang berani, yang tak mudah menggelabah bila aku marah, yang tak mudah melatah bila aku meninggikan suara, dan yang paling penting berani pandang muka aku walaupun aku sedang marah!” ujar Syafiq sambil tersenyum. Sejak petang tadi dia asyik terbayangkan wajah gadis itu. Lucu. Hari ini sahaja sudah beberapa kali dia tersenyum seorang diri bila teringatkan peristiwa di pejabat.

“Ikut suka hati kau la Fiq, jangan satu hari kau terjatuh cinta dengan minah tu sudah,” bicara Roslan sambil menekan remote control televisyen.
“No…impossible! Cinta tak wujud dalam hati aku,” jawab Syafiq mulai berubah wajah.
“Cinta tak wujud dalam hati kau ke ataupun kau masih berharap Mia balik pada kau,”
“Kau jangan sebut nama dia lagi boleh tak? Dah berapa kali aku pesan kan,’ Syafiq menjeling tajam ke arah Roslan. Roslan hanya mencebik. Kemudian matanya tertumpu ke arah televisyen yang terpasang.

*****************

Johan termenung seorang diri di dalam pub yang agak sunyi. Mungkin kedatangannya ke pub tersebut agak awal jika mahu dibandingkan dengan pengunjung yang lain. Entah mengapa hari ini dia lebih suka bersendirian. Biasanya kalau hari minggu dia akan menemaninya tunangnya Erin ke mana sahaja gadis itu pergi, tetapi hari ini pelawaan gadis itu ditolak lembut dengan alasan dia terlalu penat dengan kerja sepanjang minggu ini.

Nadia, mengapa gadis itu muncul kembali di dalam hidupnya? Ataupun selama ini Nadia tidak pernah lari daripada kehidupannya. Nama Nadia masih utuh terukir di suatu sudut di dalam hatinya.

“Mama dengar Nadia dah balik Malaysia, betul ke? Ingat Joe, jangan cuba lakukan sesuatu yang mummy tak suka” terngianga suara ibunya memberikan amaran sebelum dia melangkah keluar dari rumah sebentar tadi. Dia sekadar merengus. Sudah tentu tunangannya sudah menceritakan segala-galanya.

“Mummy tak payah risau la. Joe tak akan baik balik dengan dia, she’s mean nothing for me ok!” jawab Johan ingin puaskan hati ibunya. Betul ke Nadia sudah tak bermakna apa-apa dalam hidupnya. Dia sendiri masih belum mengerti bagaimana dia boleh berubah hati terhadap gadis tersebut. Takkanlah disebabkan gambar yang diterimanya dari orang yang dia langsung tak kenali telah menyebabkan dia meninggalkan gadis itu sedangkan pada masa itu dia langsung tidak percayakan gambar yang dilihatnya. Dia kenal Nadia, malah dia mengenali Nadia lebih dari orang lain yang rapat dengan Nadia. Satu-satunya gadis yang paling tahu dan faham dengan kehendak dan kemahuannya.

“Sorang hari ni bro? Erin mana?” tanya Patrick. Bar tender yang berada di pub tersebut. Johan terus tersentak dari lamunanannya.

“Erin? Entah, aku pun tak tahu, keluar shopping dengan kawan-kawan dia kot, malaslah asyik berkepit je 24 jam, rimas tau tak,” jawab Johan tersenyum.

Patrick hanya tersenyum mendengar alasan yang diberikan oleh salah seorang pelanggan tetapnya.

“So, anything you want? Alcohol or without alcohol?” Tanya Patrick sekali lagi.

“No alcohol today, aku sorang hari ni, aku kena drive, nanti tak pasal-pasal aku kena saman, mengamuk daddy aku nanti anak tunggal dia ni kena saman, nanti jatuh pulak air muka dia,” bicara Johan penuh dengan maksud tersirat.

“Oo, so coc boleh?”

“Ok,” jawab Johan pendek.

“Rick, can you help me?” Tanya Johan tiba-tiba. Fikirannya berserabut. Wajah Nadia sering muncul dalam benaknya di kala itu. Tambahan pula dengan peristiwa yang berlaku padanya minggu lepas. Perasaannya langsung tak tenang. Seakan-akan baru semalam dia berpisah dengan Nadia.

“Anything for you, just tell me,” jawab Patrick sambil meletakkan minuman yang dibuatnya tadi kepada pelanggan yang berada di sebelah Johan.

“Kalau aku mabuk lepas ni, boleh tak aku tumpang rumah kau malam ni, kau bawak aku balik lepas kau habis kerja,” pinta Johan.

“So.kau nak minum apa?” tanya Patrick tersenyum faham dengan permintaan Johan sebentar tadi.

“Wiski!” 


Biarkan Ia Berlalu Bab 6

BAB 6
Syafiq berhenti melangkah sebaik sahaja terpandang gadis yang sedang mengemaskan meja yang berada di hadapan bilik pejabatnya. Kelihatan gadis itu begitu tekun sehinggakan kehadirannya langsung tak disedari. Syafiq tersenyum dan meneruskan langkahnya. Sebaik sahaja dia hampir dengan bilik pejabatnya dia berdehem. Gadis itu kelihatan terperanjat dengan kehadirannya.

“Morning Encik Syafiq,” Nadia terus sahaja mengucapkan selamat pagi apabila menyedari kehadiran bosnya itu. Senyuman dikuntum semanis mungkin.

“Emm..pagi, oh ya, bos besar nak jumpa dengan awak?” beritahu Syafiq apabila teringatkan arahan yang diberikan oleh Tiara semalam. Dia sendiri agak pelik kenapa majikannya itu menelefonnya semalam semata-mata mahu bertemu terlebih dahulu dengan setiausaha barunya. Namun dia sekadar orang bawahan, terpaksa mengikut sahaja arahan tanpa banyak soal.

“Bos besar? Siapa?” Tanya Nadia langsung tak mengerti dengan arahan yang baru diberikan kepadanya.

“Pengarah Syarikat la, Cik Tiara, itu pun tak tahu ke? Sepatutnya sebelum interview kat syarikat ni awak dah hafal semua nama orang-orang tertinggi kat sini, kenapa la saya tak tanya soalan ni dekat awak masa interview minggu lepas,” marah Syafiq. Nadia hanya tertunduk. Malas dia nak menjawab kata-kata lelaki itu pagi-pagi buta. Nanti tak fasal-fasal hari pertama dia dah kena buang.

“Cepat, nanti marah pulak Cik Tiara tu, lepas awak jumpa dia, awak masuk bilik saya, faham!”

“Ya En.Syafiq, apa benda pulak minah ni nak jumpa aku, ngada-ngada betul la minah ni,” ngomel Nadia sebaik sahaja habis menjawab arahan Syafiq.

“Apa awak cakap?” Syafiq bertanya apabila dia mendengar sesuatu namun tak jelas. Niatnya untuk melangkah masuk ke pejabat ditangguhkan seketika.

“Hah, saya cakap, ya En. Syafiq,” Nadia agak panik apabila ditanya sebegitu.

“No, selepas tu,”

“Saya tak cakap apa-apa pun lepas tu, kenapa En.Syafiq dengar apa-apa ke?” Nadia cuba menunjukkan wajah selamba. Malah dia sempat tersenyum memandang Syafiq.

“Tak ada apa-apa la,” balas Syafiq terus sahaja melangkah ke pintu pejabatnya.

“Ingatkan En.Syafiq ada six sense, boleh dengar apa yang saya tak cakap,” ujar Nadia perlahan. Dia langsung tak bermaksud agar Syafiq dengar kata-katanya itu.

“I can hear that!” Syafiq bersuara sebelum hilang di sebalik pintu. Pintu pejabat ditutup kuat.

“Aduh! Dia dengar ke? Matilah aku!” Nadia terus sahaja menepuk dahi terus menampar mulutnya yang tak boleh berhenti dari cakap perkara yang bukan-bukan.

*************

“Apa ni En. Syafiq?”Tanya Nadia yang langsung tak mengerti dengan timbunana fail di hadapannya di kala itu.

“Laporan kewangan tahunan syarikat, hujung bulan ni ada pembentangan budget syarikat,” jawab Syafiq bersahaja.

“Jadi…..

“Jadi saya nak awak kemaskinikan semua data yang ada dalam fail tu semua, supaya senang saya nak semak balik dan masukkan data dalam computer, senang kan? Tak susah, awak just susun semula je, dah banyak sangat fail yang dah berterabur, maklumlah saya dah lama tak ada secretary yang bagus, dia orang yang sebelum awak ni semua tak cekap bekerja, saya harap awak tak adalah macam tu,” jawab Syafiq tersenyum sinis. Sekali sekala matanya memandang gadis itu yang kelihatan mengerutkan dahi sambil memandang fail yang betimbun di hadapannya di kala itu.

“Bila En.Syafiq nak?” Tanya Nadia lagi. Wajahnya mulai berubah.

“Petang ni, sebelum habis waktu pejabat,” Syafiq menjawab tanpa berfikir panjang. Sebenarnya ada sebab dia lakukan itu semua.

“Petang ni, gila ke apa?” laju Nadia menjawab tanpa memikir baik buruk ayat yang baru sahaja keluar dari mulutnya.

“What!” Syafiq agak terperanjat dengan apa yang baru didengarnya.

“Mana boleh En.Syafiq, petang ni mana sempat, banyak tu fail yang saya kena semak, paling tak sepanjang minggu ni baru boleh habis,” jawab Nadia langsung tak takut untuk bersuara.

“Hai, saya just suruh awak semak dan susun data yang ada je, tak suruh pun awak masukkan data dalam komputer, itu pun nak ambil masa sepanjang minggu ni, it’s too much ok!”

“Mana ada melampau En.Syafiq, cuba En.Syafiq fikir sendiri, fail ni banyak, saya bukan sekadar nak semak bodoh je, saya kena tengok jugak data tu betul ke tak, bukan main susun ikut tarikh je, itu sapa-sapa pun boleh buat,” jawab Nadia dengan cukup berani. Langsung tak kedengaran suaranya gugup. Syafiq terdiam seketika. Gadis yang sedang berdiri di depannya diperhatikan seketika.

“Hari Sabtu sebelum balik kerja saya hantar,” Nadia mula membuat tawaran.

“No., lusa pagi saya nak,” Syafiq memeberikan jawapan.

“Tulat petang saya hantar, complete! Confirm tak ada yang salah, Promise!” Nadia mengangkat tangan seperti orang mengangkat sumpah. Di kala itu dia langsung tak kisah tentang air muka dia lagi.

“Saya tak suka orang berjanji tapi tak tepati,” jawab Syafiq.

“Dan saya tak suka berjanji kalau saya tahu saya tak dapat tepati janji,” balas Nadia spontan. Syafiq terus merenungnya tajam. Nadia sedikit tak selesa dengan renungan tersebut.

“Tulat pagi, stop! Tak ada tawaran lagi!”

“Deal!” Nadia terus menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Syafiq namun lelaki itu langsung tak menyambut salamnya. Dia mencebik dan mengangkat bahunya.

“Kalau tak ada apa-apa lagi, saya keluar dulu,” Nadia meminta diri lantas mengangkat kesemua fail yang bertimbun dengan segala tenaga yang ada padanya dan menuju ke pintu. Syafiq hanya memerhati tanpa berganjak dari temapt duduknya.

“En. Syafiq!” panggil Nadia sekali lagi setelah dia sampai ke pintu pejabat Syafiq.

“Apa lagi?” tanya Syafiq garang. Sebenarnya dia agak terperanjat apabila namanya dipanggil dengan agak kuat. Dia sudah mengelamun seketika tadi.

“Kalau En.Syafiq tak keberatan, boleh tolong saya bukakan pintu ni tak?” bicara Nadia dengan lembut. Kedua-dua tangannya digunakan untuk memegang fail yang bertimbun sehinggakan dia tak mampu membuka pintu lagi. Syafiq segera bangun dari tempat duduknya dan menuju ke pintu lantas pintu bilik pejabatnya dibuka.

“Terima kasih,” jawab Nadia terus sahaja keluar.

Syafiq termenung sendirian sebaik sahaja dia menutup pintu bilik pejabatnya. Kemudian dia tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepala.

Biarkan Ia Berlalu Bab 8

BAB 8
Syafiq sedang mengintai setiausahanya sedang bekerja di sebalik tabir pejabatnya. Dia tersenyum sendirian. Riak wajah gadis itu berbeza semasa membuat kerja jika dibandingkan semasa gadis itu berbicara dengannya. Kelihatan Nadia memberikan komitmen yang sepenuhnya semasa menjalankan tugasnya. Wajah gadis itu cukup serius malah tumpuannya sedikitpun tak terganggu dengan bunyi bising dari rakan-rakan setugas yang lain. Sekali sekala dia akan melihat gadis itu menekan papan kekunci komputer yang berada di hadapannya dan kadang kala dia akan melihat gadis itu menulis sesuatu dalam sebuah buku.

“Teruk sangat ke kerja yang aku bagi kat dia, dia bekerja mengalahkan aku la pulak, aku rasa aku suruh dia semak fail tu je, bukan suruh dia buat report ke apa,” bicara Syafiq sendirian. Kemudian dia mengintai jam di tangannya.

“Apa yang aku buat ni,dah tak ada kerja ke apa, kerja aku lagi banyak daripada dia,” Syafiq mula menyedari tindakannya yang hampir setengah jam memerhatikan setiausaha barunya itu. Dia terus sahaja berjalan menuju ke mejanya semula. Kemudian dia menggarukan kepalanya yang tak gatal. Menggelengkan kepala kemudian tersenyum.

****************

Nadia menutup fail yang terakhir yang disemaknya. Dia tersenyum puas. Akhirnya kerjanya dapat disiapkan sepenuhnya. Pagi-pagi esok dia akan hantar kesemua fail yang telah disemak dan disusun ke meja Syafiq. Dia nak lelaki itu tahu dia tak pernah main-main bila melakukan sesuatu kerja. Apa yang dia janji pasti akan dia tepati. Kemudian telefon bimbitnya berdering. Nadia mengerling ke skrin telefon bimbitnya yang berada di tepi koputer. Nombor yang terpampang agak pelik.

“Hello!”

“Hei baby, do you miss me?” kedengaran suara garau dari corong telefon. Nadia menjerit keriangan. Dia langsung tak menyangka lelaki itu akan menelefonnya.

“Hei, of course I miss you, miss you so much! How are you?” Tanya Nadia dengan nada yang cukup girang.

“Fine, but not really fine, I miss you so very much, how’s life? Good without me?” suara di corong telefon bertanya lagi. Nadia tergelak. Kemudian dia menepuk dahinya apabila teringatkan sesuatu.

“Hei mat salleh celup, tak payah you nak speaking lagi dengan I , cakap nak suruh fasih berbahasa Melayu, tapi bahasa tak tukar lagi bila bercakap dengan I,” bicara Nadia kuat. Kedengaran lelaki di corong telefon ketawa.

“You know…

“Tak tahu, yang I tahu you tak boleh nak speaking lagi dengan I, cepat cakap dalam bahasa melayu, I rindu la nak dengar you cakap dalam bahasa Melayu, boleh kan,” Nadia bersuara manja. Mindanya di kala itu terbayang wajah lelaki Inggeris yang tinggi lampai dan mempunyai lesung pipit yang cukup menawan bila tersenyum. Siapa sangka lelaki yang pada mulanya disangka sebagai anak jati England rupa-rupanya adalah anak kelahiran Malaysia. Malah lelaki itu beragama Islam. Ayah dan ibunya semua warganegara Malaysia cuma wajah ayahnya yang kacukan Inggeris dan menjadikan lelaki itu saling tak tumpah seperti wajah ayahnya. Yang menjadikan lelaki itu kurang fasih berbahasa Melayu kerana sejak kecil lagi lelaki itu berhijrah ke England.

‘Boleh, tapi pelat, pelat? Am I right? That’s word is stand for someone who can’t speak well, right?” suara lelaki itu kedengaran tersekat-sekat dan menyebabkan Nadia tergelak kuat. Hilai tawanya begitu jelas memandangkan keadaan dalam pejabat yang begitu sunyi kerana semua pekerja telah pulang ke rumah.

“Iya, pandai pun, Jay, I miss you!” suara Nadia tiba-tiba bertukar nada.

“Yea, I pun rindu dekat you, sejak you tak ada I dah hilang assistant I yang paling cekap, Nad, pelase come back! I can pay you double!” suara lelaki itu seperti merayu. Nadia kembali ketawa apabila mendengar rintihan lelaki tersebut.

“You tahu kenapa I balik sini kan?”

“Yea I know, can I ask you something?”

“Yea! Apa dia?” Tanya Nadia kembali. Dia seakan-akan dapat mengagak apa yang akan ditanya oleh Jason.

“You perlu buat tu semua ke? You know, I’m always support you in everything you wanna do, I’m always behind you, but you know…about this…I think it’s…..

“Ok, stop it! You tahu I tak suka bila kita bincang benda ni kan, bila kita bincang benda ni je mesti kita akan gaduh, I tak nak gaduh dengan you, Jay please! Can we stop talking about this anymore! You know me! You know me well right?”

“OK, sorry, boleh tak kalau I nak balik Malaysia?” tanya Jason tiba-tiba menyebabkan Nadia kembali tersenyum

“Ye ke you nak balik Malaysia, I ajak you balik hari tu you tak nak,” jawab Nadia. Kedengaran lelaki itu tergelak kecil di corong telefon.

“Bukan I tak nak, but I’m not ready yet, you know, I kena banyak belajar macam mana nak bercakap dalam Bahasa Melayu dengan betul, baru boleh balik, kalau I balik Malaysia but cannot speak Malay well, nanti muka I jatuh!”

“Bukan muka you jatuh la, air muka you yang jatuh! It’s something like maruah, pride!” Nadia tergelak lagi.

“I saje je nak buat you happy!”

“Yalah tu!” Nadia tersenyum girang. Itu kelebihan Jason. Lelaki yang mampu buat dia ketawa bila-bila masa sahaja.

“Betul ni I akan balik, but I don’t want tell you when, it’s gonna be surprise!masa tu tentu you berlari and then you hug me!”

“Try me!” jawab Nadia kemudian mereka sama-sama tergelak besar.

******************

Syafiq dapat mendengar satu persatu apa yang dituturkan oleh gadis tersebut semasa berbual di telefon dengan seseorang. Pada mulanya dia langsung tak berniat nak mengintip gadis itu, namun ketika itu kebetulan dia berjalan menuju ke pintu untuk pulang ke rumah, sebaik sahaja pintu pejabatnya dibuka sedikit dia mendengar gadis itu menjawab panggilan telefon. Niatnya terbantut lantas dia mendengar setiap perbualan itu.

“Siapa tu? Boyfriend dia kot? Jay? Mat Salleh ke?” syafiq bermonolog dengan dirinya sendiri. Waktu itu dia tahu Nadia mesti langsung tak menyedari bahawa dia masih berada dalam pejabat memandangkan lampu di pejabatnya telah dipadamkan semasa dia mahu melangkah keluar sebentar tadi.

“Perempuan macam tu ada boyfriend jugak ke?” dia bermonolog lagi. Namun seketika kemudian dia segera menutup pintu pejabatnya dengan rapat kembali apabila melihat Nadia berjalan ke arah biliknya.

“Nak ke mana pulak dia ni? Tak kan nak masuk bilik aku kot?” bicara Syafiq dalam hati.

“Kau ingat aku tak boleh siapkan kerja kau suruh, hei! Ni Nadia la Lion King, orang tak akan panggil aku Nad la kalau aku tak mampu buat! Lion King yang sombong, bongkak! Tak ada perasaan! Nasib baik la muka kau tu handsome, macam mana menyampah pun boleh diterima lagi!,” Nadia bersuara agak kuat. Syafiq yang berada di sebalik pintu mengurut dada menahan marah. Kemudian kedengaran tapak kaki gadis itu berlalu pergi.

“Aku kau panggil Lion King, Sombong! bongkak! Tak ada perasaan! Hah! Lepas ni kau tengok la macam mana Lion King ni buat kat kau! Kita tengok siapa yang lebih hebat!” rungut Syafiq perlahan. Dia kembali mengurut dada menahan marah. 

... diambil dari Sha's Corner...




No comments:

Post a Comment