Dah kemaruk dengan novel pulak sekarang ini! So teman akan mula menceritakan tentang novel-novel yang sudah teman beli dengan sendirinya.... tanpa perlu pinjam-pinjam dari sesiapa lagi...
Dik kerana payah nak dapat stok novel dari adik tersayang, maka dengan sendirinya mula membeli. Mula-mula beli dekat Popular Bookstore Parkson Ipoh, tapi memandangkan payah nak dapat novel-novel yang Bestseller, maka mula lah beralih arah dengan membeli secara online.
Mula dulu nak beli novel M.A.I.D tapi dah kehabisan. Sales girl situ kata lagi dua minggu sampai. Tunggu sampai tiga minggu still tak sampai. Akhirnya dah sebulan lebih bila dapat tahu adik sedang shopping kat Parkson, so kita suruh dia g tinjau-tinjau. Sekali ada.. apa lagi terus suruh dia beli.
Mula dulu nak beli novel M.A.I.D tapi dah kehabisan. Sales girl situ kata lagi dua minggu sampai. Tunggu sampai tiga minggu still tak sampai. Akhirnya dah sebulan lebih bila dapat tahu adik sedang shopping kat Parkson, so kita suruh dia g tinjau-tinjau. Sekali ada.. apa lagi terus suruh dia beli.
Novel M.A.I.D karya Suri Ryana ni memang best. Memang tak jemu bila membacanya. Bestnya bila dah habis boleh pulak diulang baca lagi... ye la, mana tau ada yg terlajak terlepas pandang.
Sinopsis Novel:
Sinopsis Novel:
Pengembaraan Noorul ke alam yang serba baru bermula semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana sifatnya yang cerewet itu, Noorul menggelar Harris Mr. F. Kenapa F, bukan G atau H? Kerana F itu adalah untuk ‘fussy’ atau di dalam bahasa Melayunya cerewet! Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr. F.
Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul mengenali Mr. F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki itu.
Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak. Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?
Dari sinopsis ni dah menceritakan sedikit sebanyak tentang isi novel, so tak perlu untuk dikomenkan lagi... Memandangkan sekarang ni tengah trend cerita dari novel didrama / difilemkan... agak2 siapakah yang sesuai untuk memegang watak Noorul, Harris dan Haikal?
Nak baca sebahagian dari isi novel ni? Just klik link kat bawah... credit to penulisan2u.com.
~ M.A.I.D - part 1
~ M.A.I.D - part 2
~ M.A.I.D - part 3
~ M.A.I.D - part 4
~ M.A.I.D - part 5
~ M.A.I.D - part 6
~ M.A.I.D - part 7
~ M.A.I.D - part 8
~ M.A.I.D - part 9
~ M.A.I.D - part 10





No comments:
Post a Comment