Purple Flowers

Wednesday, 14 December 2011

Ulasan ringkas ~ SUAMI YANG KU BENCI



"Seseorang itu dicintai bukan kerana kesempurnaannya tapi dia kelihatan sempurna kerana dia dicintai..."

Perkahwinan antara dia dan Uwais Ukasyah bagaikan duri yang mencucuk tangkai hatinya. Dia bencikan lelaki itu kerana baginya seorang penjual burger tidak layak untuk memilikinya sebagai seorang isteri. Kalaulah bekas tunangnya Tengku Muiz tidak menconteng arang pada maruah keluarganya. Pasti perkahwinan ini tidak akan terjadi. Ditelan juga rasa pahitnya pernikahan itu

Hannah Maryam, Nama secantik wajahnya. Namun sayangnya.. cantik itu hanya pada wajah bukan pada hati!. Kebencian isterinya itu hanya disanggah dengan kesabaran. Dia sedar dia bukan putera raja mahupun jutawan ternama. Uwais Ukasyah berpegang pada kata hati.. satu hari nanti dia akan pastikan dia bukan lagi suami yang dibenci. Penjual burger juga layak untuk dicintai! 

Mampukah rumahtangga Hannah Maryam dan Uwais Ukasyah bertahan tanpa permulaan yang begitu indah? Kehadiran Fawaz pula menambahkan lagi kekeruhan rumahtangga yang berantakan.. lakonan demi lakonan dimainkan. Kemana hala tuju pernikahan mereka? atau mungkin perceraian jalan penyelesaian terbaik.

"Terima Uwais? Kau buat lawak ke apa ni? Malaslah aku nak cakap pasal dia…." Bila nama Uwais disebut, dia mula rasa kurang senang. Dia masih tidak boleh lupakan pergaduhan beberapa hari yang lalu. Pasal burger pun nak marah orang, macamlah sedap sangat burger dia tu....

"Lawak apa pulak, kan elok kalau kau mula berfikir pasal masa depan kau dengan dia? Korangkan dah jadi suami isteri...."

"Masa depan? Aku ada masa depan ke dengan lelaki macam tu? Kerja pun jual burger... masa depan apa yang dia boleh bagi kat aku, Maira?"

"Astaghfirullah.... Mengucap Hannah, tak baik kau cakap macam tu…!"

"Kau nak aku cakap macam mana lagi, Maira? Kau nak aku bersyukur dapat suami macam tu? Kau faham tak yang aku tak boleh terima cara hidup dia tu? Dia tu low class, kau tahu tak? 

Suami Yang Ku Benci - sebuah novel yang cukup santai!  Kalau tengah tension tu elok ler baca novel ni.  Takde konflik yang berat-berat. Memang enjoyable dengan watak-watak yang diceritakan dalam novel ni.

Pada permulaan cerita saja ada sedikit konflik, di mana si Isteri (Hannah Maryam) benci sangat dengan suami nya (Uwias Ukasyah). Sebab benci kerana pertama Uwais bukan lelaki pilihan, malahan Hannah terpaksa kahwin dengan Uwais setelah dipaksa oleh Tok Ayah Hannah.... Uwais terpaksa jadi suami bidan terjun sebab lagi seminggu Hannah sepatutnya berkahwin dengan Tengku Muiz, Tengku Muiz pula kena tangkap basah!

Sebab kedua... kerna Uwias hanyalah seorang penjual burger sedangkan Hannah merupakan seorang CEO syarikat milik Tok Ayah.

Hannah mula berubah bila cemburu mula ada di hati.  Cemburu dengan kemunculan Cikgu Batrisyah yang merupakan jiran Uwais yang juga teman yang rapat dengan Uwais. Hannah terpaksa melakukan satu perubahan sebab takut Batrisyah rampas Uwais dari dia.

Bermula dari sini, cerita mula menjadi lebih menarik apatah lagi dengan kemunculan watak ibu Uwais yang sempoi yang penuh dengan loyar buruk nyer... juga dengan kemunculan abang sepupu Hannah yang bernama Fawaz.  Fawaz balik dari Dubai kerana ingin memperisterikan Hannah. Then bila dapat tahun Hannah dah jadi isteri Uwais, mulalah 'peperangan mulut' antara mereka.  Cerita ini banyak sungguh dialog loyar buruk yang begitu sempoi... hinggakan kita yang membacanya boleh terkekek-kekek!




No comments:

Post a Comment