Purple Flowers

Tuesday, 13 December 2011

Ulasan ringkas ~ CINTA KONTRAK



Sinopsis Cinta Kontrak

“Oi cicak kobeng! Ayat aku tu! Yang kau sibuk-sibuk ciplak buat harta sendiri pulak apahal? Ayat aku tu milik aku secara rasmi tau tak!” Aku semburkan ayat-ayatku dihadapan wajahnya.

Nur Alia Airysha, seorang gadis yang datang dari kampung ke Kuala Lumpur dengan niat untuk mengumpul duit demi keluarga dan membiayai kos pembelajarannya. Dengan bantuan sahabat Alongnya, Kak Yati, Airysha bekerja di sebuah butik terkemuka yang dimiliki oleh Datin Aleeya.

Muhammad Danial Franz, seorang pemuda kacukan Perancis yang berkelulusan dari luar negara kembali ke Malaysia dan bekerja di bawah daddynya, Dato’ Eddy disebuah syarikat besar.

Takdir menemukan Airysha yang brutal dengan Danial yang ego di butik mommy Danial, Datin Aleeya! Danial cuba mendapatkan Airysha tanpa merendahkan egonya. Danial membawa Airysha untuk bertemu orang tuanya untuk dikahwinkan. Tetapi perkahwinan ini bersyarat! Kontrak yang direka Danial dipandang remeh oleh Airysha.

Disaat akad nikah hampir tiba, Airysha menyusun strategi untuk lari!, Airysha mengambil keputusan untuk membatalkan kontrak tersebut. Lantas sekeping kertas yang tertera kontraknya, dibuang. Apa yang bakal terjadi seterusnya? Adakah perkahwinan masih diteruskan? Bagaimana kehidupan Airysha selepas ini? Adakah masih terkurung disangkar yang disaluti emas? Bahagiakah dia? Bagaimana pula penerimaan Danial terhadap perangai brutal Airysha? Bila senduk bertemu kuali, bila api bertemu sumbu bom, apa yang akan terjadi?

“Kontrak! Kontrak! Kontrak! Tu je yang kau tau nak sebut? Yela! Yela! Aku yang buang. Aku tak puas hati dengan syarat-syarat dia. Ada ke aku sebagai seorang perempuan, kena tido atas sofa? Kau ni manusia takde hati, takde perut!” selorohku. Dalam masa yang sama, aku cuba melepaskan diri daripada rangkulannya. Danial mendengus perlahan.

Masa memula baca novel ni terasa macam baca buku cerita budak-budak.  Bukan sekadar gaya bahasa nya namun cara penceritaannya tak seperti novel2 lain. Setelah habis novel ini dibaca baru nampak biodata penulisnya yang memang masih remaja lagi. Lahir 1993!  Walau macamanapun ianya sesuatu yang boleh dibanggakan kerana dalam usia yang begitu remaja sudah berjaya menghasilkan sebuah novel ringan.

Sedikit komen yang dapat diberikan... tentang penggunaan bahasa watak utama - Alia Airysha. Beliau digambarkan sebagai seorang yang bijak, berpendidikan agama dan bertudung labuh.  Namun sikap dan perwatakan beliau tidak digambarkan sebagai sepatutnya.  Bahasa yang digunakan pada suami beliau terlalu kasar dan a bit rude.  Walaupun suami beliau digambarkan sebagai seorang yang penyabar (kerana terlalu mencintai isterinya!), namun masih dirasakan ianya tak sesuai untuk seorang isteri bercakap kasar dan menggelar suaminya dengan bermacam-macam nama.

Tajuk novel Cinta Kontrak... tapi isi ceritanya boleh dikatakan hanya sedikit sahaja yang menyentuh hal Kontrak itupun lebih kurang macam perkahwinan kontrak.  Namun begitu kontrak hanya dibuat selepas nikah dan bukan sebelum.  In fact kontrak yang dibuat pula begitu keanak-anakan... sedangkan yang membuat kontrak itu merupakan sang lelaki yakni seorang Engineer lulusan luar negara.  Saya masih tak faham dimana datangnya cinta kontrak tu? Rasa seperti tajuk dan cerita  tidak seiring.
 

Walaumacamanapun... it's quite enjoy reading this novel.




No comments:

Post a Comment