Sinopsis belakang buku:Puteri Nur Aina, tidak pernah mengharapkan kehidupan indah di atas pernikahan terpaksanya dengan Iskandar hafiz. Baginya perkahwinan ini adalah penyelamat kepada dirinya yang derita dan dikongkong oleh keluarga angkatnya. Takdir telah menentukan mereka suami isteri telah jatuh cinta dan melalui fasa bahagia alam rumah tangga.
Namun, episod gembira cinta mereka tidak disenangi oleh beberapa pihak yang menyebabkan Iskandar Hafiz amat tertekan. Lalu keputusan yang diambilnya secara tidak sengaja telah menyebabkan Puteri Nur Aina sedih lagi terluka.
Dalam masa yang sama muncul sahabat baik Iskandar Hafiz, Megat Khalif yang telah jatuh cinta pada Puteri Nur Aina pada pandangan pertama lagi, dan sanggup berkorban apa sahaja demi melihat 'puterinya' tersenyum bahagia semula.
Dia tidak berputus asa menunggu sehingga Puteri Nur Aina dapat melupakan Iskandar Hafiz dan menerimanya dengan sepenuh hati. Malangnya, apabila Puteri Nur Aina mula menerimanya, Iskandar Hafiz kembali menagih kasih....
Puteri : "Hadirmu bagaikan seorang wira, menyelamatkan aku dari lembah sengsara, yang mengajar apa itu rasa cinta dan erti perasaan. Namun, yang seorang lagi cukup sempurna, setia mengubati lukaku, sentiasa ada saat aku memerlukan. Tanpamu aku lelah..."
Abang Is : "Kau bukannya yang pertama di hati, namun kaulah perempuan pertama aku nikahi, sehingga lidahku menjadi kelu untuk menyebut nama yang lain, menjadikan hanya dirimu perempuan terakhirku..."
Khalif : "Rasa cinta padamu tidak pernah pudar, walaupun nyawa bercerai dengan badan. Apa yang kuinginkan, hanyalah kebahagiaan dirimu, Puteriku...."Apakah kesudahan kemelut kisah cinta mereka? Temui jawapan akhirnya dalam Usai.... Aku Terima Nikahnya
Sebuah novel yang begitu indah jalan penceritaannya. Suka sangat cerita yang sebegini. Ada nilai-nilai positif bagai memberikan satu motivasi tanpa disedari.
Ada dua hero dalam novel ini. Namun ianya bukan cinta tiga segi. Cinta yang begitu luhur ikut pada keadaan masa. Dua hero dengan satu heroin, di mana sang hero tak perlu nak berlumba-lumba untuk memiliki cinta sang puteri. Cinta dua sahabat terhadap seorang gadis yang mana kedua-duanya berjaya memiliki gadis idaman tersebut. Bunyi cam pelik kan? Tapi sebenarnya tak pelik mana pun. Kalau nak tahu elok baca ler novel ini dr mula hingga habis.
Sungguh puas hati sebab apa yang diceritakan dalam novel ini tak seperti kebanyakkan novel2 lain... yakni dialog yang penuh loyar buruk... penuh kata-kata kesat sesama pasangan dsb. Bila kahwin pulak, dapat anak mesti kembar... asyik baca novel jer dapat anak mesti kembar... macam dah takde idea lain. Dalam novel ni sang puteri begitu berhemah begitu memiliki ciri-ciri seorang wanita timur. Dapat anak pulak... takde kembar-kembar nyer!!!!
Sungguh puas hati sebab apa yang diceritakan dalam novel ini tak seperti kebanyakkan novel2 lain... yakni dialog yang penuh loyar buruk... penuh kata-kata kesat sesama pasangan dsb. Bila kahwin pulak, dapat anak mesti kembar... asyik baca novel jer dapat anak mesti kembar... macam dah takde idea lain. Dalam novel ni sang puteri begitu berhemah begitu memiliki ciri-ciri seorang wanita timur. Dapat anak pulak... takde kembar-kembar nyer!!!!
Cerita bermula di kala sang puteri berusia 19 tahun dan diakhir cerita Puteri menjadi seorang wanita mid 30's yang matang. Hero pula... bagi saya Megat Khalif lah hero utama dalam novel ni. Dia mempunyai ciri-ciri jejaka idaman setiap gadis. Dia bagaikan seorang yangs sempurna. Sedangkan Iskandar, pada mula mmg kagum dengan sikap Iskandar yang sering melindungi Puteri. Tapi bila dia hadapi tekanan, dia melarikan diri! Ini bukanlah sifat terpuji seorang lelaki. kan?
Well... kalau nak tahu apa yang berlaku, elok baca ler novel ini. I recommend it!





No comments:
Post a Comment